Aug 28, 2010

i must stop!


OMG~!

i must stop blogging for awhile!!

why?

its my final exam dude~!
its just around the corner!!

when?

today is Saturday, my exam start on Wednesday!


p/s : actually baru perasan yang hari ini dah hari sabtu, ingatkan hari khamis!!! 
         im a dead meat!! mati laa~
.

Aug 27, 2010

when i can't find my heart


lihat saya sudah ada favicon!

hahaha~!
saya sangat seronok!
selama ni selalu iri hati dengan sifu sifu blogger sebab mereka ada favicon yang comel!
persoalan bagaimana mahu meletak benda alah tu selalu bermain dalam pale otak ni..

apa itu favicon?

favicon ialah ~~

JENG JENG JENG~~!!
ini dia favicon saya!
comel tak?

nampak tak yang dalam kotak tu?
kalau tak nampak tak tahu lah saya~
hehehe~

credit to : lassie my sifuu~ saya curik dari tuto dia..hikhikhik~!
.

Aug 26, 2010

copycat , plagiat or whatever u call it

atoi~ atoi~
apa nak jadi lah zaman sekarang ni..
semata mata mahu glamour, popular or mahu nampak cool,
sanggup mengopy paste dan memplagiat hasil buah fikiran orang lain!
sudah lah mengopy hak cipta blogger lain, menuduh pula orang lain yang mengopy paste hasil kerja dia..
benda ni benda budak budak kot..
budak budak je yang buat kerja ni..

saya menulis bukan lah mahu mengumpat atau memalukan sapa sapa,
tapi mahu membuka mata anda anda dan anda...
tak salah kita mahu ikut orang lain,  
tapi agak agak lah wei~!
ikut sebagai rujukan dah la, mintak izin dulu ke, 
lepas tu pandai pandai lah fikir guna otak macam mana nak variasikan, cantikkan blog anda..
biar hasil tu datang dari kepala anda sendiri..
kalau ada sambutan, 
baru lah boleh bangga.. sampai kembang bontot pon tape.

ini tidak, dari post, gambar sampai lah ke header pun tiru orang sejibik jibik!
jangan buat sampai orang disekeliling anda marah..
buruk padahnya~!


terlajak perahu boleh diundur,
terlajak perbuatan, padan lah muka.




p/s : konklusi ini di cipta daripada pemerhatian yang dibuat pada entry moy.
.

korang mesti baca ini! mesti menangis~

korang, korang semua ingat lagi tak pasal pelajar UM (lelaki) yang meninggal dunia jatuh dari tingkat 5 hostel sebab panjat balkoni sebab nak ambil dompet dengan HP yang tertinggal kat dalam bilik kawan dia??
korang ingat tak???

ya tuhan~!!
tiqa terjumpa cerita di sebalik kejadian!
apa perasaan korang kalau lelaki yang korang sayang meninggal sebab korang??
ya tuhan~ air mata ini mengalir bila baca cerita ini..
korang baca lah!
cerita sebelum kejadian..


updated!!

tiqa baru pasan yang pemilik blog telah delete post die berkenaan cerita di sebalik kejadian yang menimpa allahyarham azmi yang tiqa link kan diatas ni sempena sebulan pemergiannya..
sapa yang sempat baca bertuahlah, tapi sapa yang tak sempat baca, tiqa mintak maaf sebab tak dapat nak buat apa apa..ini pilihan pemilik blog tersebut..
sama sama lah kita sedekahkan al-fatihah buat allahyarham azmi.. 
al-fatihah.


aku jahat, aku sedar, aku mintak maaf

mahu guna "aku" sebagai kata ganti diri.


don't judge a book by it's cover



tak kenal maka tak cinta


ini perangai buruk aku ;''(
aku selalu judge orang dari luarannya,
selalu benci orang bila tengok perangai dia dari jauh,
tak cuba untuk mengenalinya tapi terus membencinya..
macam macam benda buruk aku pikir tentang dirinya..
lagi lagi bila ada segelintir manusia mengutuknya, 
kebencian itu makin membara..


tapi Tuhan maha adil!
Dia telah tunjuk pada betapa tanggapan aku silap..


bila kawan yang aku anggap sayangkan aku "membuang" aku, trust me, it is really hurt!
bila aku rasa yang hanya naja dan koca saja kawan aku,
dia terima aku! ;'')
dia terima tanpa tahu betapa aku benci dia..
jauh di sudut hati, aku malu! malu yang teramat sangat!

pada mulanya, aku cuba menyakiti dia,
untuk lihat apa respond dari dia..
ya tuhan~ dia naif! 
dia tak perasan yang aku tidak menyukainya..
malah, dia mula sayang aku..
mana aku tahu?
aku tahu bila aku nampak dia tulis nama aku dalam list kawan kawan dia yang dia tampal pada fail!


ya Tuhan! apa yang aku dah buat selama ini!
hati aku meronta ronta mahu meminta maaf!


pada suatu malam, tiba tiba, 
Tuhan bantu aku beri kekuatan untuk minta maaf..
aku cerita semuanya!
aku cerita dari A sampai Z perasaan aku pada dia dulu!
aku minta maaf darinya..
aku nampak ada air mata yang bertakung dimatanya..
dia tak sangka ada orang membencinya..
dia sungguh tak sangka..
tapi dia maaf kan aku.. ;'')

selama aku kenal diri dia, dengan lebih rapat
aku perhati dia..
yang aku temui dalam diri dia,
dia naif,
dia lurus,
dia tak perasan apa yang berlaku disekeliling dia,
dia tak ada prasangka buruk pada orang lain,
dia cuma tahu ketawa,
dia tak pernah ambil tahu hal orang,
dia cuma buat kerja dia,
dia langsung tak macam yang aku fikir!


fisha, tiqa mintak maaf..


p/s : aku jahat gile  babi kan?? ;'''(
.

najaa iliani binti ehsan

aww~~ 
tadi jalan jalan kat blog my BFF, naja iliani...
dan saya jumpa ini~!


OMG~! 
sweet sangat kan!
me, love you more sayang!
and ada lagi tau, ada ucapan lagi!

TADAAA~!!


najaa iliani ini my BFF..
no one can replace her..
the way she care, the way she love, and the way she treat me..
make me realize what BFF's means..
i love her, sincerely..
.

Aug 24, 2010

every girl , every boy


tired


you know what . . .


i still try to smile even i am very tired. . . 


tired of . . .


karoke "ing"~!

hahaha~!!
karoke 3 jam kat red box mana tak nye..
dah la pi bantai lagu lagu seperti :
  • numb
  • in the end
  • here without you
  • tiada lagi (amy search)
  • don't want miss a thing

memang macam nak terkeluar anak tekak la kan.. =.='
.

Aug 22, 2010

i am a worrier




korang semua, tiqa nak tanya ni,
korang pernah dengar tak orang tua tua cakap kalau mata kanan gerak gerak tandanya ada orang rindu kita, tp kalau mata kiri kita gerak gerak tandanya kita nak menangis..??
korang percaya tak??

dulu masa kecik kecik, bila mengadu kat mama,

maa~ kenapa mata kiri ni gerak gerak??

mama mesti cakap,

haaa~ nak nangis la tuh!

dan tak lama kemudian, mesti ada benda yang berlaku yang buat saya menangis!
contohnya :
  • kene marah dengan abah 
  • kene rotan dengan abah
  • kene cubit dengan mama sebab kacau adik
  • dan sebagainya!
sekarang bila besar entah kenapa benda ni berlarutan!
kalau mata kiri ni gerak gerak mesti tak lama lepas tu saya menangis..
bila dah besar ni, sebab menangis tu dah lain lah, contohnya :
  • tengok cite hindustan
  • gaduh dengan kawan
  • gaduh dengan boyfren
  • gaduh dengan boyfren
  • gaduh dengan boyfren
bila mata kiri ni gerak gerak je, mesti saya jadi tak sedap hati,
semua benda benda pelik bermain dalam kepala otak!
macam macam pikir, teka apa yang akan terjadi sampai saya menangis kejap lagi..
contohnya :

alamak, kenapa ni, nanti bergaduh dengan bubu ke? *lepas tu cepat cepat call dia tanye dekat mana.

aduh! tadi keluar rumah aku kunci mangga tak ehh? lupa lah! alamak! kalau rumah kena rompak macam mana??

aiseyyhh~ kenapa mata kiri ni gerak gerak ni! mana mama ni tak balik lagi.. entah entah eksiden tak!!

haaa~~ teruk betol kan pemikiran saya! macam macam lagi lah benda pelik yang saya selalu pikir bila mata kiri ni gerak gerak.. 
tolong!! sapa yang pandai bagi tau saya..kaunseling saya ke..
rasa macam nak pergi jumpa psychiatrist jek! rasa macam diri ni terlalu paranoid!
kalau korang nak tahu, dah dua hari mata kiri ni gerak gerak..
sampai sekarang saya belum menangis lagi!
aduh~! resah, gelisah risau semua ada!
alah~!! apa lah yang akan terjadi nih! ;''(


p/s : bubu selalu marah sebab dia kata saya selalu pikir bukan bukan.. hehehe~
         sorry sayang!!
.

Aug 21, 2010

bayi mati didera di perhentian bas

Mayat bayi lelaki dengan kesan lebam di badan ditinggalkan di perhentian bas Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – BERNAMA

korang semua dah baca tak surat khabar hari ini??
memang terkejut betol saya bila baca utusan malaysia hari ini..
ibu bapa mana yang tergamak mendera bayi mereka sampai mati nih?!
lepas tu tinggalkan mayat bayi mereka di sebuah perhentian bas!!
melampau betol! hey, binatang pun tak kan buat macam ni tahu tak!

bayi ini di percayai bayi lelaki berketurunan melayu!
orang islam babe! mana pergi kemanusiaan? mana pergi agama??

kamu, kamu, kamu dan kamu semua tak takut ke kalau suatu hari nanti tuhan turunkan bala kat kita akibat tindakan tak bertamadun segelintir masyarakat Islam sekarang???

baca cerita dengan lebih lanjut? picit sini.

p/s : huh~! apa nak jadi dengan manusia sekarang..
         seolah olah telah kembali ke zaman jahiliah!
.

sayang kak lassie



macam biasa malam malam macam ni ape lagi,
blogwalking lah saya.. tetibe tekejut gila bila baca satu blog sifu saya!
hohoho! die buat tutorial untuk saya lah!

nampak tak tulisan dalam bulatan pink tuh? hehe ;P


actually, dah lama dah pikir macam mana nak sorok bilangan follower saya nih..
almaklumlah, follower ta banyak.. agak segan la di situkan... hehehe~~
and then p la tanye kak lassie....kak lassie dah bagitau, tapi tak paham paham jugak!
ish! ape lagi~! nah! amik kau! kak lassie siap bagi tutorial lagi khas tuk saya!
tengs kak lassie! buat susah susah aje~ ;P

p/s : mesti ada orang cakap "alah, pasal ni pon nak post".. 
jawapan saya : bialah. ikut suka lah. ni lah cara saya untuk berterima kasih! 
tak suke? pergi meninggal.


credit to : kak lassie
.

loveee~

okay okay...nak cerita sikit aje k..
hehehehhe~

tadi mesej mesej dengan sayang saya! *okay itu pon nak cerite ke??

and cara dia buat saya makin sayang pada dia!!

OMG~! i really love him!



saya suka sangat gambar ni!! comel kan??
berangan yang chuck tu firdaus and blair tu saya!
~hahhahah!

p/s : firdaus, i love you so much!! ;D
.

Aug 20, 2010

OMG! who the hell hack my facebook's account?!

*nak guna kata ganti diri "aku" untuk entry kali ni.. boleh ke tidak??

okay..semasa aku sedang enak menaip naip untuk meng update blog buruk aku ni, 
teretibe,aku mendapat 1 mesej!

te tett te tettt~ *actually bunyi mesej aku lain, sedap sikit bunyinye..hehe..

from naja : asal ko macam lain babe? :( risau aku dowh.

aku dengan terkezutnya berasa pelik.. aku ada menunjukkan tanda tanda nak bunuh diri ke??
lalu aku pon meng reply mesej BFF aku nih.

lain macam mana weh?

yela, ko cakap macam tu kat aku lepas tu ko offline.. aku ada buat salah ke? :(

aku lagi lah terkejut beruk! *beruk pon tak terkejut macam aku! aku cakap ape?? bila masa pulak aku online? aku cume on blog aku jek!
lalu aku pon reply kat naja.

aku cakap ape? aku dah lama tak online FB nih.. ape yang aku dah cakap??

lantas naja pon menelepon aku..
naja cakap ada orang borak dengan die kat FB guna account FB aku..
"hantu" tuh tanye naja benda benda pelik yang tak mungkin aku tanye!

ciss~~ badigol betol! *maaf yer..saya sangat geram!
sapa yang memandai mandai gatal tangan pergi meng online FB aku ni!
memandai mandai pulak tu borak dengan naja menggunakan nama aku!!
mana dia tahu password FB aku! aku bukannya buat password tarikh lahir aku pon!
ciss~!! aku memang bengang betol! 
bubu aku pon tak online kn FB aku tau tak!

atoi~~ terpaksa lah aku tukar password aku..


geram sampai nak gigit patah pensil!
.

Aug 19, 2010

smiley comel!

hari ni salah satu impian telah tercapai!! ceewah~~ hahhaha!

tadi jalan jalan kt blog moy, tetibe

eh, eh, moy da ade smiley baru yang comel kat chat box die lah! comel sangat! whoaaa~~ :O



da lama nak smiley mcm ni! tengok tengok moy post cara cara macam mana nak dapat smiley macam dia!
hehehe~ apalagi, terus try buat! and jadi! hehehe~~

TADAA~~!!
saya pilih smiley yang ini!
comel ke cute?? hehehe~~

korang try try lah guna makhluk comel ni ye.. hahaha~ paksa paksa pulak kn!

thanks moy!! i love you lahh~!!

creadit to moy.
.

Aug 16, 2010

tetak isteri sampai mati, tetak anak sampai putus jari

semalam, kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan seluruh rakyat malaysia..
seorang suami telah menetak isterinya berulang kali sampai mati dan menetak anak perempuannya sampai putus jari di teluk intan perak.

baca berita dengan lebih lanjut. picit sini


orang sekarang ramai yang hidup dalam tertekan, sampai boleh dapat mental disorder..
ada jugak yang menghidap penyakit ni akibat daripada keturunan..
walau apa pun punca penyakit ini, pihak keluarga dan masyarakat sekeliling perlu lebih peka!
ada surat khabar tulis yang si anak kata ayah mengamuk sebab ubat ayah habis..
mungkin mereka bukan daripada keluarga senang sehingga tidak mampu beli ubat baru..
bagi saya, pihak hospital perlu lebih peka terhadap pesakit pesakit menntal ini walaupun pesakit mereka tidak lagi tinggal kat hospital.. buat pemantauan ke, ape ke..

takziah buat keluarga Khairul Bariah Mohamat Aaripin.. semoga roh nya di cucuri rahmat..
.

Aug 15, 2010

email for Bill Gates.

From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft

Subject: Problems with my new computer 

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
Problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button ‘start’ but there is no ‘stop’ button. We request you to check this.

2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ‘sit’, so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’: when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only..

9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10. You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret 
Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

Regards, Suresh

mesti baca!! peringatan!

Disaat


Disaat kamu ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.

Disaat kamu mulai tidak mencintainya,
ingatlah saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya.

Disaat kamu mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya.

Disaat kamu ingin menduakannya,
bayangkan jika dia selalu setia.

Saat kamu ingin membohonginya,
ingatlah disaat dia jujur padamu.

Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu.

Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu.

 


hari itu, saya jalan jalan dekat belog kawan lama saya, amir afandi..
kawan sekolah rendah + sekolah menengah! 
tak sangka die semakin kacak sekarang ni..lantas pandai pula berpuisi!
lalu saya terjumpa kalimah kalimah yang menyentuh hati ini..
entah kenapa bagai mahu menangis..
mahu menangis kerana masih ada lelaki atau perempuan yang tak mahu menghargai pasangan masing masing.


to mohd firdaus bin abdul rahim : 
i love you so much. may Allah bless us.. i wish this more-than-one-year-relation may last forever!


.

saya mahu header baru please!

apa itu header?
tuu~ kat atas tuu.. yang ada tulis "ini belog tiqa" *malas nak printscreen.. hihihi~

header yang saya gunakan ini ialah header original dari template yang saya cilok kat blog ipietoon.
saya mahu header baru! buat la sendiri! memekak lak kat sini..
saya pernah try buat sendiri! tapi ta jadi! tade bakat lah tuh~ =.=''
saya tade photoshop.. itu lah masalah nye..
dapat buat dengan photoscape jee~
tak dapat nak kembangkan bakat dan ke kreatifan diri! eh eh~ ade bakat ke? kreatif ke saya?? +.+

ini lah hasil hasil yang tidak memuaskan!



huhu~~ jeles giler bile pergi blog blog blogger yang teror! 
santek giler header mereka!
memang berbakat lah!!

curi jap header mereka, tayang kat sini.. hihihi~

ini header blog akak huda! cool!
ini pulak kak liyana punye...comel sgt! suke!
ini kak lassie punye! sangat bergaya! suke!!
baru je jumpa blog ni hari ni.. die sangat pandai buat template! dan headernye sangat tak mengecewakan! kreatif!
ini blog moy si comel..hahhah! header die sgt simple dan cool! i likeee~~


rajin rajin, jalan jalan lah kat blog mereka! picit je kat caption kat bawah setiap gambar header mereka yang dah saya cilok tuh! hehehe~


p/s : akak akak dan moy...jangan marah eaa ;P

.

Contest Saya Mahu Template COmel ! ! !

hehehe~ teretibe tersegan sorang2..
ini kali pertama saya gedik gedik nak masuk contest..
hahahhah~~ jangan la ketawa...
saja je cube nasib!

ini contestnye!
TADAA~~ !!


http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png

Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

http://kozumiro.blogspot.com/2010/08/contest-saya-mahu-template-comel.html


Read more: " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! "
Under Creative Commons License: Attribution



blog budak nakal ni seronok sgt! comel pulak! jalan jalan la kat sana! :)
mmm~ jeles! hehehhe~~

Aug 12, 2010

hari pertama puasa


hari pertama puasa tade yang istimewa pun yang terjadi.. 
tadi kami sekeluarga, saya, mama dan abah bersahur dengan nasi putih, ayam goreng dan sayur brokoli + carrot goreng.. 
menu yang berkhasiat.. tak melebih lebih.. khasiat pon cukup bagi orang yang berpuasa.. :)
bersyukur sebab dapat bersahur.. :)

alhamdulillah, even saya tak berapa sihat hari ni, saya tak rasa lapar sangat.. 
puasa berjalan dengan lancar..
cuma perut seakan bergendang bila terhidu aroma bihun sup special yang mama belikan khas untuk saya untuk berbuka tadi.. hehehh~
kami bertiga berbuka puasa bersama sama.. saya dengan bihun sup special tade lah special sangat! :P , mama dengan abah pula berbuka dengan nasi kerabu kelantan kegemaran mereka.. :)
malam tu kami berterawih bersama di surau berdekatan dengan rumah saya :)
ramadhan tak lengkap tanpa terawih kn..

rasa ta lengkap berpuasa kali ni tanpa dua orang adik saya syikin dan itom ;'(

Aug 8, 2010

impian



atoi~ teretibe hati ni teringin ada photoblog sendiri even diri ini bukan lah seorang photographer..
kene tunggu ada DSLR sendiri lah, baru best!
atoi~ bila lah boleh beli DSLR nih.

duit kalau ada, asik beli benda lain jee, bila da abis duit, baru teringat nak beli DSLR.

[big sighh~~]

p/s : buu~! nak DSLR!

belog baru

TADAAAA~~!!
hahahha~ blog baru lagi! eyup! tah knp rasa ter rajin pula untuk mengGoogle laman web blog template.
jumpa banyak sangat laman web yang menyajikan blog template yang comel comel! Free pulak tuh!
alih alih terpikat dengan blog template yang ini! comel tak???

okay, kawan kawan yang rapat dengan saya mesti tau yang saya tak berapa minat warne pink dan biru.
okay okay! saya mengaku saya dah buang tebiat.. hahahah~~
comel pulak warna pink nih! hehehheh~ ;P

kalau dah nama perempuan tu, tak kemana kan?

lepas tu terpikat pulak dengan monyet monyet yang adorable nih!
apa lagi, habis sidebar saya penuh dengan monyet nih! hehehe~ jangan marah..



hahaha~ comel sangat kan?????
okay, pada mereka yang teringin menukar blog template yang baru, bole tekan link bawah sana.. hehehe~~ saya da tolong google! baik tak? ceeewah~

    p/s : jangan la amik yang sama dengan saya yee~

    Aug 7, 2010

    ATTENTION PLEASE



    ~UNDER CONSTRUCTION~

    Aug 6, 2010

    meaning

    i love you, firdaus :)

    kalori oh kalori


    okay, sekarang saya ada cita cita.. 
    cita cita saya ialah hanya mahu memasukkan hanya 1000 kalori sehari dalam perut besar saya ni.. hahhaha~ jgn ketawa okay..ini serious..
    bagi merealisasikan cita cita saya dan mempastikan yang ini bukan angan kosong,
    saya sudah buat satu research! ceeewaah~
    jeng jeng jeng! ini dia! credit to kak ida :)


    senarai kalori dalam makanan rakyat Malaysia ;O


    Kategori:Kuih Muih

    1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori

    2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

    3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

    4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori

    5. Popia goreng (satu) = 130 kalori

    6. Popia basah (satu) = 95 kalori

    7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

    8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

    9. Karipap (sebiji) = 130 kalori

    10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

    11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

    Kategori: Lauk Pauk

    1. Ikan kembongkari berkuah (seekor) = 85 kalori
    2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
    3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
    4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
    5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
    6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
    7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
    8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
    9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
    10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
    11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
    12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
    13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

    Kategori: Makanan Rutin

    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam(sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

    Kategori: Makanan Segera

    1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
    2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
    3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
    4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
    5. Burger keju (satu) = 425 kalori
    6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
    7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
    8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

    Kategori: Buah-buahan

    1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
    2. Betik (sepotong) = 45 kalori
    3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
    4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
    5. Limau (sebiji) = 42 kalori
    6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
    7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
    8. Epal (sebiji) = 63 kalori
    9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
    10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

    kategori: Minuman

    minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
    minuman kotak 250g - 105 kal
    susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
    susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
    aiskrim 2 skop- 390 kal
    susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
    yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
    mentega 2 sudu teh - 75 kal
    keju chedar 1 keping -58 kal

    fast food :

    french fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal
    hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal
    mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal
    Big Mac - 1 570Kcal

    secara konklusi nya : 


    Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)

    Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur)


    Tinggi/High (401 -600 kcal)

    Mi bandung
    Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
    Mi kari/CurrymeeNasi dagang/Nasi dagang
    Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
    Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
    Nasi minyak/Oily rice

    Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)

    Nasi lemak/Nasi lemak
    Mi sup/Mee soup
    Roti telur/Roti telur
    Roti canai/Roti canal
    Capati/Capati
    Mi hoon goreng/Fried mee hoon
    Mi goreng/Fried mee
    Nasi ayam/Chicken rice
    Rawadosai/Rawadosai
    Putu bambu/Putu bambu
    Dosai/Dosai

    Rendah / Low (0- 100 kcal)

    Idlii/ldlii
    Putu mayam/Putu mayam

    OTHER TRADITIONAL KUIH


    Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)
     
    Mysore pak/Mysore pak


    Laddu/Laddu


    Papadam/Papadam


    Tinggi / High (151 - 300 kcal)

    Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
    Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
    Lepat pisang/Lepat pisang
    Cokodok pisang/Cokodok pisang
    Kuih kasturi/Kuih kasturi
    Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

    Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

    Kuih sagu/Kuih sagu
    Pisang goreng/Pisang goreng
    Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
    Popia/PopiaPuding jagung/Puding jagung
    Kuih kacang/Kuih kacang
    Putu kacang/Putu kacang
    Cucur badak/Cucur badak
    Emping/Emping

    Rendah / Low (0 - 50 kcal)

    Kuih karas/Kuih karas
    Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
    Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


    TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)


    Tinggi / High (151 - 300 kcal)

    Yau-car-kue/Yau-car-kue
    Kuih apam balik/Kuih apam balik
    Donat/Doughnut
    Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
    Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
    Kuih pau ayam/ Chicken dumpling
    Kuih apam gula hangus/ Kuih apam gula hangus

    Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)

    Halwa/Halwa
    Cucur udang/Cucur udang
    Kuih ketayap/Kuih ketayap
    Karipap/Curry puff
    Kuih keria/Kuih keria
    Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
    Kuih apam/Kuih apam

    Rendah / Low(0 - 50 kcal)

    Karipap mini/Mini curry puff
    Baulu cermai/Baulu cermai
    Kuih tat nenas/Pineapple tart
    Kuih bawang/Kuih bawang
    Kuih kapit/Kuih kapit


    Tambahan

    Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
    Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
    Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
    Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
    Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
    Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
    Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
    Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
    Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
    Kuey Teow Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
    Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
    Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
    Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
    Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
    Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
    Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
    Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
    Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
    Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
    Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
    Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalor
    Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
    Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
    Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
    Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
    sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
    Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
    Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
    Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
    Pasembur - 1 plate - 752 kalori
    Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
    Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)


    jumlah kalori (sehari) yang diperlukan oleh badan hanyalah :

    Lelaki

    Aktif (20 - 39) - 2,530 cal

    Sederhana (40 - 49) - 2,400 cal

    Berat Badan (50 -60) - 2,280 cal

    55kg > 60 - 2,020 cal


    Perempuan

    Aktif (0 -39) - 2,000 cal

    Sederhana (40 - 49) - 1,900 cal

    Berat Badan (50 - 60) - 1,800 cal

    50kg >60 - 1,600 cal  

    anda mesti ingat, jumlah kalori setiap makanan mungkin berbeza melalui cara memasak makanan itu :)

    p/s : tak jumpa cari jumlah kalori bagi tomyam ;(

    tweet with me

     

    This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez