Feb 9, 2013

Tutorial letak facebook like button di header




Facebook Like Button di header korang seperti yang Tiqa punye ni !











Sedih kan , sikit je yang LIKE . Like la korang sebelum ikut tutorial ni T______T





PART ONE .



Okay , mula-mula sekali korang kena ada code Facebook Like Button tu .

Contoh ;


Like la Tiqa :)



1) Mula-mula tekan  LINK NI .

2) Scroll down dan korang akan jumpa benda ni , isi kan .







3) Tekan Get Code , pilih IFRAME







Done part one .



PART TWO


Tutorial tambah ruangan Add Gadget kat atas header . Apakah ? Ini dia :)











Korang kena tambah ruangan Add Gadget kat atas header dulu . Sebab code facebook like button tu kena tampal kat situ !



1) Pergi Dashbord , pilih Template , tekan Edit HTML , tick Expand Widget Templates .



2) Tekan ctrl + F , dan cari code ini .




<b:section class=



Okay , bila jumpa ce tengok code selepas itu macam mana . Adakah seperti ini ?




<b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'>



Kalau seperti di atas , tukarkan code tu kepada code dibawah ni ;




<b:section class='header' id='header1' preferred='yes'>




JIKA code korang tak macam kat atas tadi TAPI macam kat bawah ni ; (macam Tiqa punya)





<b:section class='navbar' id='navbar' maxwidgets='1' showaddelement='no'>




Tukarkan code tu kepada code dibawah ni ; 





<b:section class='navbar' id='navbar1' preferred='yes'>





Lepas tu tekan Save !







Done Part TWO .





Part THREE . LAST .




Okay , sekarang korang boleh tampal code dekat ruangan Add Gadget yang baru korang buat kat PART TWO tadi .



1) Tekan Add Gadget , pilih HTML/JavaScript


2) Copy code dibawah ini dan paste kan disitu .




    <script type="text/javascript">
    function MM_swapImgRestore() { //v3.0
    var i,x,a=document.MM_sr; for(i=0;a&&i<a.length&&(x=a[i])&&x.oSrc;i++) x.src=x.oSrc;
    }
    function MM_preloadImages() { //v3.0
    var d=document; if(d.images){ if(!d.MM_p) d.MM_p=new Array();
    var i,j=d.MM_p.length,a=MM_preloadImages.arguments; for(i=0; i<a.length; i++)
    if (a[i].indexOf("#")!=0){ d.MM_p[j]=new Image; d.MM_p[j++].src=a[i];}}
    }
    function MM_findObj(n, d) { //v4.01
    var p,i,x; if(!d) d=document; if((p=n.indexOf("?"))>0&&parent.frames.length) {
    d=parent.frames[n.substring(p+1)].document; n=n.substring(0,p);}
    if(!(x=d[n])&&d.all) x=d.all[n]; for (i=0;!x&&i<d.forms.length;i++) x=d.forms[i][n];
    for(i=0;!x&&d.layers&&i<d.layers.length;i++) x=MM_findObj(n,d.layers[i].document);
    if(!x && d.getElementById) x=d.getElementById(n); return x;
    }
    function MM_swapImage() { //v3.0
    var i,j=0,x,a=MM_swapImage.arguments; document.MM_sr=new Array; for(i=0;i<(a.length-2);i+=3)
    if ((x=MM_findObj(a[i]))!=null){document.MM_sr[j++]=x; if(!x.oSrc) x.oSrc=x.src; x.src=a[i+2];}
    }
    </script>
    <div style='padding-left:0px; position: absolute; z-index: 300; margin-left:600px;margin-top: 30px; background:#;'title='shoutbox'>
    CODE FACEBOOK BUTTON KORANG KAT PART ONE TADI

    </div>




Merah : Sila paste kan code Facebook Like Button korang yang korang buat kat PART ONE tadi .
Biru : Itu kedudukan Like Button korang dari kiri . Pandai-pandai ejas ye .
Oren : Itu kedudukan Like Button korang dati atas . Same oso , pandai-pandai ejas



Pastikan KEDUDUKAN Add Gadget tadi diatas header korang!



Okay done ! Jangan lupa Like and Follow Tiqa kalau belajar sesuatu dari sini :)






.

Feb 8, 2013

SEGMEN : Tambah Follower Sambil Berkenalan 2












Jom join ramai-ramai ! Macam best je :)




.

Feb 7, 2013

hati perempuan bergelar tunangan orang!






Hati Perempuan bergelar tunangan orang .


Salam reader(s) semua , kali ni Tiqa nak kongsi perasaan dengan reader(s) tentang dugaan bertunang . As you know , Tiqa ada lagi 72 hari je jadi tunangan orang . Lepas ni , insyaAllah Tiqa jadi isteri Encik Zaiful Khairul Nizab bin Ibrahim , insyaAllah aminn .


Dugaan tunang ni memang banyak . Tak pernah hubungan kami ni diduga seteruk macam ni . Mungkin sebab kami ni tak berapa nak bercinta sebelum bertunang , lepas tunang baru kami ni bercinta dan berkasih sayang . SILAP . Sepatutnya kami tak bercinta sebelum bernikah . Ini lah padahnya kalau dah sayang sangat-sangat sebelum nikah .



p/s: sebelum Tiqa teruskan , Tiqa nak tegaskan kat sini yang bercinta tu maksudnya bercinta lah ! Bukan buat benda lain ye !



Continue . . .



Sebelum tu , Tiqa nak korang tau yang Tiqa ni macam mana orangnya . Tiqa ni 


  • manja sangat(dengan orang tertentu), 
  • tapi keras kepala , 
  • degil , 
  • cepat naik angin , 
  • emosi ,
  • cepat terasa dan menangis . 
  • Teruk kan ? Ciri-ciri perempuan yang tak disukai lelaki . HAHA .




Tunang Tiqa ? 


  • Dia seorang ARMY . 
  • Muka dia garang tapi kacak , hehe , 
  • dan suaranya kuat . 
  • TAPI dia seorang yang lembut , 
  • hormat orang tua , 
  • rajin gila tahap tak boleh nak duduk diam , 
  • pandai berjimat , 
  • pandai cari duit , 
  • TAK EGO
  • senang meminta maaf bila buat salah , 
  • senang menerima nasihat orang , 
  • seorang yang tenang , 
  • penyabar , 
  • penyabar dan 
  • seorang yang sangat PENYABAR !




Nampak tak kontra kat situ ? Perangai Tiqa dan perangai dia . Sangat berbeza kan . Dia mempunyai ciri-ciri menantu kesukaan makcik-makcik di kampung ! Ada makcik kat kampung dia offer anak dara dia untuk tunang Tiqa ni . T___T Nak menangis rasa . Serius abah Tiqa yang garang tu dan mama Tiqa suka sangat dengan En.Zaiful ni .




Kat celah mana masalah kami ni bila dia seorang lelaki yang baik ? Masalahnya datang dari Tiqa lah sapa lagi ! T____T sedih ! Tiqa takut Tiqa tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia , isteri yang taat dan tak derhaka , isteri yang berlembut dengan dia , dan yang paling penting isteri yang tak menjawab dan tak tinggi suara . Tiqa takut sangat .




Tiqa ada terbaca 1 Hadis Nabi Muhammad SAW . Hadis tu lebih kurang maksud ada seorang isteri yang bila dia bergaduh dengan suaminya dia akan cakap yang suaminya tak pernah buat baik kat dia , seolah-olah bila gaduh dia lupa segala kebaikan yang ada pada suami dia . Bila gaduh je cakap yang suami tak pernah amik berat dengan dia lah , tak pernah sayang dia lah apa lah . INI ADALAH PEMAHAMAN TIQA SENDIRI YE , TIQA MUNGKIN SALAH , KALAU SALAH TOLONG BETULKAN .




Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.
(Hadis Riwayat al-Bukhari)




Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.




Sumber : http://www.rencanarakyat.net/ciri-ciri-isteri-derhaka/





Tiqa takut sangat jadi macam tu sebab sekarang ni Tiqa macam tengah develope perangai macam tu . Bila gaduh atau sakit hati , Tiqa mesti cakap yang dia tak sayang Tiqa , selalu marah Tiqa depan kawan-kawan dia dan macam-macam lagi .


Contoh :


Tiqa : Abang memang tak pernah sayang Tiqa !!! Abang selalu marah Tiqa depan kawan-kawan abang ! Abang sukakan malukan Tiqa ! Abang tak pernah tunjuk yang abang sayang Tiqa depan kawan - kawan abang!!

En. Zaiful : Bila masa pulak abang tak sayang Tiqa ? bla bla bla . . .



 


Padahal En . Zaiful selalu macam ni :




Kring~ Kring~ (Bunyi tepon)


Tiqa : (Angkat tepon) Hello sayang . .


En . Zaiful : Assalamualaikum sayang , I LOVE YOU~~~~


Tiqa : I love you more ~ Abang kat mana ni ?


En . Zaiful : Abang dalam kete ni , nak gi makan dengan kawan - kawan .




Baik Tiqa move on sebelum korang muntah ! hehe

 


Nampak tak ? Dia selalu je tepon Tiqa depan kawan - kawan dia . Dia tak pernah sorok yang dia sayang Tiqa depan kawan-kawan dia . Dia even tidur dengan PANDA yang Tiqa bagi kat dia . Sampai kawan-kawan dia panggil dia Mat Bunga la , Muka-Garang-Tapi-Hati-Ada-Taman la . Macam-macam kawan dia ejek dia . (Biasalah tentera kalau bergurau memang macam ni) TAPI TAPI TAPI kenapa setiap kali gaduh , Tiqa cakap macam tu kat dia ! (apasal Tiqa tanya korang , Tiqa patut tanya diri Tiqa T___T)



Bila bergaduh , seolah-olah Tiqa lupa segala kebaikan dia pada Tiqa , bila Tiqa sakit hati , Tiqa lupa kasih sayang dia pada Tiqa . I am a BAD FIANCE ! T___T Serius ini adalah masalah BESAR ! Tiqa patut stop berperangai macam ni ! Tapi setan ni lain macam je hasut Tiqa time bertunang ni . Makin kuat hasutan tu . Bila marah , seolah-olah dah tak ada jalan lain selain putus tunang ! Sampai macam tu sekali kuatnya hasutan setan time bertunang ni .




Ya Allah  ! Kuat kan iman kami dalam melawan hasutan setan ni !






Pengajarannya : Korang , bersiap sedia dengan mental dan fizikal bila dah ambil keputusan untuk pergi jauh dalam hubungan . Kalau boleh , bercinta lah lepas nikah ! Itu jalan yang paling terbaik . Kenal hati budi , dah cukup , tunang dan kahwin , baru bercinta !




Tiqa SILAP BESAR ! Kan bagus kalau Tiqa teruskan perangai jual mahal , dingin , tak mesra Tiqa tu lepas tunang . Time bercinta dulu (tempoh 4 bulan) Tiqa memang tak mesra langsung dengan dia , saja nak bagi ada batas , tak nak lebih-lebih sayang kat dia sebab tiada apa-apa ikatan dengan dia , tapi lepas tunang , Tiqa rasa ikatan tu dah cukup kuat dan okay bagi Tiqa untuk tunjuk kasih sayang Tiqa kat dia dan TIQA SILAP . SILAP BESAR sebab bila dah sayang sangat , macam-macam boleh jadi !




p/s : kami pernah berangan nak bercinta lepas nikah . Tapi dah terlanjur mencintai time tunang ni . wuwu T__T





Harap cerita Tiqa ni bagi pengajaran kat korang semua . Tak payah lah nak bercinta sangat sebelum nikah , buat sakit hati , buat sakit mental je !







 

Dan semoga korang boleh ambil masa 10 saat kejap doakan hubungan kami berdua sampai ke jinjang pelamin dan kami tak jatuh akibat hasutan setan ! AMIN~




NASIHAT korang amatlah Tiqa hargai !




Bai .



.

Feb 6, 2013

banner baru dan exchange banner special



Salam semua ! Tiqa nak share dengan korang banner blog yang Tiqa baru buat . Sebenarnya dulu Tiqa penah buat tapi Tiqa buang sebab dia besar sangat . Bertahun jugak lah Tiqa tangguh buat banner , malas punya pasal . Leceh kan nak buat dia . Tadi time buat header , tetibe idea datang , so ini lah hasilnya .





Amacam ? Okay tak ? Malas nak letak link sebab yakin tade sapa nak ambil banner Tiqa , kecuali kalau Tiqa buat exchage banner kan . hehe . 



So , sapa-sapa rasa nak exchage banner dengan Tiqa , sila komen entry ni . Tiqa nak letak 3 je banner sebab Tiqa bukan nak buat link , tapi Tiqa letak kat blog ni , TERPAMPANG ! Tak sorok-sorok ! Sama ada kat side bar , atau pun atas entry ni . Sebab tu Tiqa limitedkan HANYA 3 BANNER SAHAJA .



So , sapa cepat dia dapat ! 



K , Bai . 



.

Feb 5, 2013

tutorial letak widget GooGle +




Tuto ini di request oleh Aireyn . Dia nak tahu macam mana letak widget google + ni kat blog . 




Contoh Widget Google + . 







Senang je nak letak benda alah ni . Sila tekan gambar tu kalau tak nampak eh :)


1) Pergi Dashboard korang dan pilih Layout .












2) Lepas tu tekan Add Widget . Mana-mana pon boleh sebab nanti boleh susun kat mana kita nak letak widget tu :)











3) Lepas tu pilih widget Google + Followers














4) Lepas tu akan keluar window macam ni , tukar sesuka hati korang . Lebar dan tinggi tu ikut lebar sidebar korang ye :) Kalau tak tau lebar sidebar korang , hentam je letak berape-berape , kalau terlebih besar , edit balik , kurangkan . Tiqa punya width : 190px , height : 200px .













5) Lepas save , korang boleh drag widget tu kat mana-mana korang nak letak dan tekan Save Arrangement . Dah save , boleh View blog korang .






Selamat mencuba ! 




Bai . 


.



Feb 4, 2013

Jenis blog yang tiqa tak boleh BW !









Salam semua reader(s) and blogger(s) . Tiqa nak kongsi dengan korang semua pasal masalah Tiqa bila blog walking T___T rasa nak mengamuk dengan lappy ni !



Serius laptop Tiqa ni sengaja nak minta dia ditukar . Dia ada masalah besar . Ada sesetengah jenis blog yang Tiqa tak boleh masuk atau komen-komen kat sana T___T Kalau Tiqa masuk blog jenis ni , laptop Tiqa akan hang , tersekat-sekat dan tak boleh gerak mouse ! Bila ini terjadi , Tiqa kena tutup cepat-cepat blog tu dan biarkan 10 minit , bila dia dah cool down , baru okay . 


So that , bila Tiqa masuk je blog jenis macam ni , Tiqa cepat-cepat tekan pangkah ! sorry ! sedih sebab kadang-kadang Tiqa nak sangat baca entry kat blog tu T___T




Kasihani lah Tiqa yang tak dapat BW ni T__T





So , nak tahu tak blog jenis macam mana yang Tiqa tak boleh BlogWalking ni ? 




  1. Blog yang ada salji turun , atau love turun . Ala yang benda-benda kecik turun dari atas sampai bawah tu . 
  2. Blog yang ada lagu tapi tak boleh pause atau stop kan . Serius Tiqa tak boleh lama-lama kat blog ni , nanti laptop terus hang ! 
  3. Blog yang mouse dia ada benda ikut ; contoh macam nama atau bintik-bintik . Bila kita gerakkan mouse , benda tu muncul .  
  4. Blog yang ada widget kat tepi-tepi blog . Lagi-lagi kalau widget tu bergerak . Contoh gambar kartun comel yang ajak follow blog dia , atau benda macam daun / bintang / benda shiny kat tepi blog yang bergerak tu . 





Kesimpulannya , blog yang banyak sangat widget sampai blog tu jadi berat . Blog macam tu Tiqa tak boleh masuk T___T Sorry sangat ! Tiqa suka blogwalking tapi terpaksa pangkah bila jumpa blog macam ni . Kadang-kadang Tiqa cuba masuk banyak kali sebab nak sangat baca entry nya . Kadang-kadang Tiqa cuma sempat baca dan tak sempat nak komen sbb laptop hang dulu . 



So , please . Sapa-sapa yang rasa blog dia berat sangat , bawa-bawa lah buang widget yang takde-pon-takpe . Tiqa tahu bukan Tiqa sorang yang mengalami macam ni , ada blogger lain yang tak boleh masuk site-site yang berat . Dulu Tiqa pon suka tempek widget yang comel banyak-banyak , tapi bila dah lama berblogging , semua Tiqa buang !
















p/s : kalau ada yang rasa blog Tiqa ni berat , SILA INFORM TIQA YE !





Bai . 

.

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1







Jom sertai segmen mega 3000 follower by Blog 3 dalam 1 ni :) Macam best je ! JOIN JOIN JOIN !



.


.

Segmen: Bloglist February until March by FiQa Nsz






Klik Banner untuk join :)


.

bekerja, sambung belajar atau jadi suri rumah sepenuh masa ? mana satu ?









Seriously , Tiqa tak pernah rasa tertekan macam ni , sampai menangis . Bila kita KENA buat decision sendiri yang melibatkan masa depan kita . Sangat STRESS okay !









Mungkin ada yang tahu dan banyak yang tak tahu yang Tiqa bekas student Diploma in Medical Laboratory Technology , tak grad lagi , cuma dah habis belajar . Tiqa tersepit antara nak sambung belajar (degree in science) ataupun kerja ataupun jadi suri rumah sepenuh masa . TERTEKAN ! MANA SATU ? 






Tiqa dah nak kahwin dah . InsyaAllah . Tiqa tertekan sangat lepas kahwin nak buat apa ? Nak kerja ? Nak sambung belajar ? atau duduk rumah jaga suami

















Tiqa sebenarnya lebih prefer duduk rumah jaga makan minum suami . Jadi isteri terbaik untuk dia . Tiqa selalu berangan nak jadi mama yang didik anak dia sendiri . Tapi , Tiqa nak bantu suami . Tak kan Tiqa nak kuburkan impian Tiqa kerja kat makmal ? Siapa nak bayarkan PTPTN ? Tiqa tak nak bebankan suami . 




Pasal sambung belajar , kawan Tiqa ajak Tiqa buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) USM , Degree in Science . Tempoh 4 tahun . Setiap sem kena bayar dalam RM1400 ++ . Permulaan kena bayar RM1700 ++ . Memang duit boleh cari , tapi masalah utama nya komitmen






















Boleh ke Tiqa jadi superwoman ? yang boleh komit dengan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu (paling penting) , sebagai seorang student dan pekerja ? ofkos la Tiqa kena kerja bila dah sambung belajar , kalau tak mana nak cekau bayar duit yuran .









Serious , Tiqa tak menyesal ambil keputusan kahwin muda . FYI Tiqa baru 22 tahun ye kawan-kawan . SERIOUS TIQA TAK MENYESAL LANGSUNG ! Ini yang terbaik untuk mengelakkan maksiat ! 






“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.






 Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:

يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن


“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”



SUM BER




Tiqa harap dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan Tiqa dan kehidupan Tiqa selepas berkahwin nanti kerana sesungguhnya Tiqa berkahwin kerana untuk mengelakkan maksiat . Tak senang bercinta lama-lama . Takut terjerumus !










Pandangan korang semua amatlah dihargai !


Bai . 


.





Feb 1, 2013

Segmen : Lagu favourite saya by leeyana amzar







Tiqa kena tag oleh Ain Fazlin untuk join Segmen : Lagu Favourite Saya by Leeyana Amzar ni . Korang jom la join ramai-ramai ! Syaratnya mudah sangat ! Klik gambar kat atas untuk join ye kawan-kawan .



Tiqa actually dah lama tak layan lagu / music ni . Last sekali Tiqa fanatik dengan K-POP , layan lagu 2PM , FT-Island . Even pergi DUA concert K-POP tahun 2011 dengan 2012 . Siap kejar Kim Hyun Joong 2 kali time dia datang Malaysia ! Tapi tahun 2013 , entah kenapa Tiqa rasa macam dah slow dengan K-POP . Bukan benci okay , Tiqa tetap sayang dengan Nichkhun .


 
Okay , walau apa pon , Tiqa kena tetap jugak kongsi 1 Lagu sebab Tiqa nak menang hadiah nya ! Lumayan u'olls ! Dah lama Tiqa nak kamera LOMO tu ! T___T Bagilah saya Cik Leeyana , sebagai hadiah perkahwinan ! *membodek~ hihi



Okay ini lagu yang Tiqa nak kongsi .














Tiqa selalu dengar lagu ni kat Astro Oasis time nak dekat magrib dan lepas magrib . Rasa tenang sangat . Tiqa lately ni banyak stress ! Macam-macam kena fikir pasal persiapan perkahwinan ni . Serius bila korang nak kahwin nanti baru korang tau rasa dugaan bertunang + dugaan persiapan perkahwinan tu macam mana . Bersiap sedialah korang semua ! HAHAHA - *Ketawa jahat


Serius Tiqa nak kongsi , bila korang ada masalah atau stress even stress kat jalan raya sebab jem , korang pasang Zikir Terapi Diri -Hafiz Hamidun ni InsyaAllah korang akan tenang . 


Lagipon Zikir Istighfar ni banyak kelebihan tau .




Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”




Zikir Istighfar boleh buka pintu rezeki !




“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)





Sumber .




So , Tiqa rasa CD Zikir Terapi Diri ni patut ada dalam kereta semua umat Islam :) Time jalan jem boleh dengar ! Tiqa tade kereta lagi  T___T


K lah . Bawa-bawa lah menjoin ye :)


Tiqa Tag Fatihah dan Lulu


Bai.


.




tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez