Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

May 12, 2014

Resepi puding milo oreo sukatan cawan




Alhamdulillah .
Menjadi buat puding ni . Mudah sangat . Sedap pulak tu .
Terjumpa resepinya kat facebook . So , Tiqa nak kongsi dengan semua .

Bahan-bahan .

1 paket agar-agar . Tiqa guna brand nona , colourless punya .

4 cawan air .

1 tin susu cair .

1 cawan milo .

1 paket oreo .

1 cawan gula .






Cara-cara .


Rebus 4 cawan air masak . Bila panas , masukkan serbuk agar agar . Gaul sampai sebati , masuk kan susu cair dan gula .

Ceduk keluar 2 cawan adunan tadi kedalam periuk lain . Panas kan menggunakan api kecil .


Masukkan milo . Kacau sampai sebati .

Ceduk 1 cawan adunan yang ada milo tu ke dalam loyang . Sejukkan .

Sebelum dia jadi keras sepenuhnya , tuang kesemua adunan yang lagi 1, yang warna putih tu , kedalam loyang . Supaya dia boleh melekat . Kalau dia dah terlanjur keras , guris permukaan dia dengan garpu dulu sebelum tuang lapisan baru .

Patah kan oreo , dan masukkan ke dalam loyang .

Sejukkan .

Sebelum dia mengeras sepenuhnya , masukkan lapisan yang terakhir iaitu lapisan milo .

Sejukkan dalam peti air sampai dia mengeras sepenuhnya .

Siap . Enjoy :)




.

Mar 7, 2013

Resepi Kuah Percik Putih Kelantan









Salam bloggers dan readers semua ! Dah lama Tiqa tak update sebab secara tiba-tiba Tiqa kena duduk kat kampung sebab mek (nenek) masuk hospital (2 minggu Tiqa menetap di hospital) ! Mula-mula sebab septicemia (jangkitan kuman dalam darah) , lepas tu kuman tu merebak naik ke mata sampai lah mata hitam mek sebelah kiri pecah ! Terpaksa buat operation cuci dan jahit mata putih mek tu . Sekarang mata mek tu boleh bukak dah tapi dah tade la mata hitam tu , ada mata putih je . Perkongsian ekspress kenapa Tiqa senyap selama 3 minggu . 



Okay jom tengok hasil selepas 3 minggu Tiqa duduk kampung ; KELANTAN . Tiqa dah pandai masak kuah percik putih kelantan ! Weehooo~ Senang kacang mudah sekejap je rupanya nak masak kuah percik ni . Kuah percik ni sesuai untuk ikan ataupun ayam ye ! Bakar je ikan / ayam lepas tu makan dengan kuah percik putih ni . GERENTI SEDAP !




p/s : resepi ni memang sesuai untuk budak-budak yang tak makan pedas ! Dorang mesti suka !






p/s : Nak bakar ikan / ayam tu kena lah marinate sedap-sedap dulu ye . Jangan main bakar je ikan / ayam tu bogel-bogel .


















Jom Ce-ki-da-ut~





Original resepi dari Tiqa dan mama dan makcik Tiqa !





Bahan-bahan



Santan Seringgit

Bawang Merah - 2 atau 3 ulas (terpulang pada saiz bawang tu - lagi banyak lagi sedap)

Bawang Putih - 2 ulas

Halia - 1 atau 2 inci

Serai - 2 atau 3 batang (dititik atau diracik halus - Tiqa racik , lagi sedap !)

Asam Keping - 1 Keping

Garam , gula dan serbuk perasa (Tiqa guna 1 sudu kecil Cukup Rasa)






Cara-cara



1) Tumbuk bawang merah , bawang putih dan halia . 
2) Masak santan sampai gelegak . Kalau rasa pekat sangat boleh tambah air sikit . 
3) Masukkan bahan yang telah ditumbuk , serai dan asam keping .
4) Masukkan garam , gula dan serbuk perasa . 
5) Siap , hidangkan dengan ayam / ikan bakar . 




Senang je kan ? Sekejap je buat dia ! Sedap pulak tu .Mek Tiqa yang tak lalu makan nasi pon berselera makan ikan percik kuah putih ni . Pagi-pagi lagi dah request nak makan percik putih T___T Terpaksa la buat sebab mek dah nak makan . Dengan gigih Tiqa buat untuk mek .



P/s : gula tu kena letak jugak kalau tak hilang rasa percik . Tiqa letak 1 sudu kecil .

.




Jan 28, 2013

resepi puding roti mudah senang dan sedap

Dulu Tiqa dah pernah post resepi puding roti TANPA agar-agar , sekarang Tiqa nak kongsi pulak macam mana nak buat puding roti yang mudah tanpa bakar , tanpa stim , cuma guna agar-agar dan sejukkan dalam peti ais je ! Sedap wo ! Tiqa admit buat macam ni , lagi sedap daripada buat tanpa agar-agar



















Bahan-bahan

7 keping roti , kalau nak sedap lagi guna butterscoth .

1 paket serbuk agar-agar Nona tanpa warna .
 
1 tin susu cair

3 senduk gula

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara

1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang . Carik kecik-kecik lagi sedap !


2. Panaskan periuk , rebus 4 cawan air . Tiqa guna serbuk agar-agar Nona , dia suruh letak 4 cawan air .


3. Bila dah gelegak masukkan agar-agar . 
 
 
4. Bila agar-agar dah larut , masukkan susu cair , gula dan esen vanilla .


5. Kacau bagi gula tu cair , dan masukkan telur .


6. Lepas masukkan telur , jangan berhenti kacau sebab nanti dia berketul-ketul.


7. Masukkan Tepung Kastard yang dah dibancuhkan dengan air sikit .
 
 
8. Bila yakin telur dalam tu dah masak , angkat dan tuang dalam loyang yang berisi roti tadi .


9. Sejuk kan sebelum masuk dalam peti ais .


10. SIAP ! Potong dan makan !
 
 
 
 
 
Tips : Oleh sebab abah Tiqa tak boleh makan manis sangat , jadi Tiqa letak 2 senduk gula je . Tapi bagi kita-kita yang boleh makan manis ni , kita akan rasa puding tu tawar . SOLUTION , Tiqa buat sos kastard . So sapa yang rasa nak manis sikit boleh lah makan dengan sos kastard secukup rasa lidah mu . Jangan makan manis-manis ye ! Nanti kene kencing manis T___T






SOS KASTARD

Bahan-bahan


Susu cair satu mangkuk


1 sudu besar tepung kastard


Gula secukup rasa .




Cara-cara


Masak susu cair dan gula . Bila gula dah larut , masukkan tepung kastard . Kacau . Bila dah semua larut , angkat . 





Sekejap je buat sos kastard ni . sedap pon sedap . Enjoy your meal ! 



Bai .

.





Jan 25, 2013

resepi tomyam thai sedap dengan pes buatan sendiri






Malam semalamn adik saya yang paling gedik mesej mama , katanya masak sedap-sedap sebab dia nak balik esok . Mengada dia ni , asal balik rumah je minta masak sedap-sedap . Kali ni dia nak makan ketam , tapi mama nak masak ketam esok je . So , saya dengan baik hati masakan untuk dia Tomyam Thai sedap dengan pes buatan sendiri !


Actually Tiqa dah lama nak try masak tomyam dengan pes buatan sendiri . Google-google , rezeki Tiqa jumpa resepi kat Azie Kitchen . Sedap ! Cubalah ! 


Serius bau pes yang tengah dimasak buat Tiqa rasa Tiqa ni tukang masak professional ! HAHA . Sedap gila bau dia u'olls !
















Tomyam Thai Sedap
Resepi : Azie Kitchen

Diolah : Cik Tiqa

Bahan Pes Tomyam:


7 ulas bawang merah    Tiqa gantikan dengan 2 biji bawang besar yg besar gila .
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah    Tiqa tak letak , tengok kat pasaraya tak segar , malas nk beli .
10 biji cili kering  Tiqa masukkan 2 senduk cili kering yang dah dikisar oleh mama malam tadi .
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar    Baru perasan belacan dalam peti ais dah expired T___T So tak letak !
Air asam jawa
Gula dan garam




 

Cara cara :

Semua bahan di atas di kisar kecuali Air asam jawa, gula dan garam .


Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar .


Masukkan air asam jawa, garam dan gula.


Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 


Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.




 


Bahan Sup Tomyam :

Ayam - potong kecil   Tak letak sebab Tiqa tak nak campur makanan laut dengan darat :)
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6  Tiqa hiris mayang je
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut    Tiqa hiris dengan pisau
2 biji buah tomato - belah 6   Tak letak
2 ketul kiub tomyam    Letak 1 kiub je .
1 sudu besar sos ikan   Tak letak , rasa menyesal tak letak . Elok letak ye .
2 biji limau nipis   Tinggal sebiji je dalam peti ais .
3 sb susu cair    Tiqa letak 4 sb
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran : 


Bunga kubis     Tiqa letak bunga kubis je sebab nak praktikkan 1 jenis sayur sekali makan (nasihat ustazah)
Karot
Cendawan
Putik jagung


Cara cara :
 

Rebus ayam beberapa minit . Masukkan bawang besar , bawang putih dan daun limau purut , serai , cili padi dan lengkuas .

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar .

Bila sudah sebati mendidih , masukkan sayur sayuran dan cendawan . Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi , sos ikan , perahan limau nipis dan garam .

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar . 


Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas .



Tip: Tiqa nasihatkan korang buat pes banyak-banyak . Kalau boleh doublekan apa yang Tiqa buat . Sebab Tiqa termasak dalam kuantiti yang banyak dan Tiqa rasa pes tu tak cukup . So kalau korang terlebih letak air ke at least korang ada pes yang banyak boleh cover . Lagi pun tak rugi sebab pes tu boleh simpan . Boleh masak untuk paprik atau nasi gorang tomyam ! 



Bai .

.

Jan 20, 2013

resepi puding roti mudah lazat berkrim

Kali ni Tiqa nak kongsi resepi puding roti yang mudah lazat dan berkrim ! serius sangat berkrim !



CAUTION ! 
Baca dulu ini !


Resepi puding roti sangat mudah dan simple . TANPA BAKAR , TANPA KUKUS , TANPA AGAR2 , TANPA TEPUNG KASTAD !   Kalau nk resepi lagi sedap sila tekan ini --> TEKAN


Al-kisah Tiqa teringin nak makan puding roti tapi tak cukup bahan , dan bila google-google resepi semuanya guna bakar atau kukus T___T Tiqa tade oven / pengukus . Okay lepas tu jumpa resepi tanpa bakar / kukus tapi guna agar-agar . Tiqa tade agar-agar T___T . Lepas tu semua resepi guna susu cair , Tiqa tade susu cair T___T


Nampak tak , nampak tak betapa mengadanya Tiqa , tade bahan tapi nak makan jugak . Oleh kerana Tiqa teringin sangat nak buat , Tiqa berani amik risiko , olah sikit resepi dari SINI , buat cara Tiqa .


Dan hasilnya sangat memeranjatkan ! Ini lah puding roti paling sedap Tiqa penah makan masuk bakul angkat sendiri =_='' ! Siap ada sos berkrim lagi yang rasa ala-ala aiskrim vanilla !






Silakan lihat gambar ye tuan-tuan dan puan-puan .




Nampak biasa-biasa je sebelum potong .







Selepas potong . Yummy ! Krim kat tepi tu rasa macam vanilla icecream yang dah cair . Sejuk !





Zoom lagi ! Nampak tak telur kat roti tu ? Rasa telur memang cukup ! 
Thanks Pn.Hanna for original resepi !




Jom Tiqa share resepi :



Bahan-bahan

8 keping roti , kalau nak sedap lagi guna butterscoth .

500ml susu cair
Tiqa tade susu cair , jadi Tiqa ambil 4 sudu besar susu pekat manis , cairkan dalam 500ml air suam =_=''

4 sudu besar gula halus
Tiqa guna gula kasar . 

2 sudu besar Butter
Tiqa guna marjerin planta T___T

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung



Cara-cara

1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang .

2. Panaskan periuk , cairkan butter .

3.  Masukkan susu cair , gula dan esen vanilla .

4. Kacau bagi gula tu cair , dan masukkan telur .

5. Lepas masukkan telur , jangan berhenti kacau sebab nanti dia berketul-ketul.

6. Masukkan tepung jagung .

7. Kacau sampai dia sedikit pekat .

8. Bila yakin telur dalam tu dah masak , angkat dan tuang dalam loyang yang berisi roti tadi .

9. Sejuk kan sebelum masuk dalam freezer selama 3 jam .

10. SIAP ! Potong dan makan !






3 jam u'olls ! Lama kan ? Sebab kita tak letak agar-agar atau bakar . Kalau letak agar-agar sekejap je dia keras . Kalau bakar , 30 minit je . Tape lah ! Ini resepi untuk mereka yang tak cukup bahan macam Tiqa dan untuk mereka yang nak rasa macam mana makan puding roti dengan icecream vanilla cair



p/s : Oleh kerana Tiqa tak letak agar-agar , maka adunan yang tak sempat beku itu telah menjadi / rasa seperti icecream vanilla yang dah cair . Sejuk ! Sedap weh makan dengan puding roti tu !



Okay , rasa nak pergi dapur balik dan makan barang sepinggan dua lagi T____T


Till then . 

Bai . 


.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez