Jan 22, 2013

tutorial DIY kad kahwin sendiri






Hello hello peeps ! Hari ni Tiqa TER rajin nak kongsi dengan reader(s) semua macam mana nak design kad kahwin sendiri / DIY kad kahwin sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 . Sebenarnya boleh je buat guna Microsoft Office Word tapi tapi tapi ia terlalu simple dan Tiqa tak suka . hehe

 
Tutorial ini khas untuk mereka yang guna Adobe Photoshop CS3 . Actually yang guna CS4 , 5 dan seterusnya pon boleh tapi kedudukan butang tu maybe lain sikit . lain sikit je .

Senang je sebenarnya nak design kad kahwin sendiri . Yang paling penting korang kena kreatif dan banyak-banyak bersabar . Dan jangan lupa tanya pendapat orang sekeliling contohnye mak ke adik ke , okay tak guna bentuk ni , warna ni . Try explore sendiri Adobe Photoshop korang , lama-lama korang akan mahir dalam men design benda-benda macam ni .





 
Jom ce-ki-da-ut ~




STEP ONE



Pilih jenis dan size kad kahwen yang korang impikan . 




tips : better pergi tanya tempat korang nak print kad kahwen nanti , saiz kad yang macam mana yang dorang ada . Supaya tak la korang buat 2 kali kerja mendesign , bila dah siap design , nak hantar pergi print , tetibe dorang cakap dorang tak ada kad saiz tu , terpaksa la korang pergi edit balik . tak ke dua kali kerja tu .








Ini contoh saiz kad kahwin yang Tiqa jumpa kat internet . Korang boleh google-google cari kat mana korang nak print kad tu nanti .





tips : Cari kedai kad kahwin yang print sendiri kad yang customer dorang tempah , BUKAN kedai yang pergi hantar ke tempat lain untuk print . Buang karen korang je nanti .





Untuk tutorial ini , tiqa pilih kad ukuran 110mm x 91mm , 2 lipatan . sila rujuk gambar atas
Tiqa pilih saiz yang sedang-sedang sebab kebanyakan orang yang nak DIY sebab nak save budget kan . So makin kecik kad , makin murah harga untuk print .





STEP TWO


Buat pengiraan !

Kad tadi berlipat kan? So bila kad tu tertutup, saiz nya 110mm x 91mm , kalau terbuka, saiz nya ?






Orait , bila kad terbuka saiz nya 110mm x 182mm .






STEP THREE


Open Adobe Photoshop CS3 anda . Click File dan pilih New . Akan keluar satu box , sila isi box tu macam Tiqa isi . Bagi mereka yang nak saiz kad lain , boleh isi saiz kad anda .








Perasan tak saiz kad tu Tiqa lebihkan 1mm setiap bucu ; width dan height . Tiqa sengaja sebab kebanyakan tempat print dia akan suruh lebihkan 1mm sebab dia nak potong kad tu nanti . Better tanya dulu kedai ye tuan-tuan dan puan-puan .


Okay , dah siap tekan OK . 


STEP FOUR


Korang akan dapat macam ni . 











Lepas pilih Rulers , buat garisan tengah kad seperti gambar dibawah ini .






Ha , dah dapat garisan lipatan / tengah . Lepas tu , masukkan background kad kahwin anda seperti rajah dibawah . Ini bagi mereka yang nak kad ada background la .










Tips : Korang mestilah memilih background yang besar gedabak ye . Kalau tak bila print nanti pecah-pecah dan tak cantik . Dekat google image tu , lepas korang search gambar background tu , tekan search tool , tekan any size , pilih larger than 2MP / 4MP . Lepas tu google akan filter gambar besar gedabak je bagi korang tengok . SENANG . 








Okay , sambung balik tuto . Kad korang akan jadi macam ni . 






STEP FIVE


Mula kat sini , korang boleh lah menunjukkan bakat seni korang menDESIGN kad kahwin impian / berpatutan korang . Tiqa tukar background bunga-bunga ni . Tak cantik pulak rasa . hehe .  





Tiqa tunjuk macam mana nak letak bentuk dalam kad ni . 




Bila dah pilih shape , korang boleh lah melukis shape tu sesuka hati korang . 



Tips : Kalau korang tade shape macam Tiqa tu , korang boleh guna bulat ke bujur ke love ke . Suka hati lah . Kalau nak jugak shape macam Tiqa tu , boleh request tutorial macam mana nak download shape untuk Adobe Photoshop CS3 . Senang je . 









Sekarang Tiqa nak tunjuk macam mana korang nak cantikkan shape korang tu . 





Sila tekan gambar untuk tumbesarannya ye . Tak boleh letak gambar besar-besar nanti dia terHIDDEN T___T




tips : Kat sini korang boleh ber eksperimen sendiri macam mana korang nak hias shape tu . Benda ni jugak korang boleh guna untuk hias tulisan . Tekan , picit dan tick je mana yang patut , dan tengok perubahan shape korang . Bila dah puas hati tekan OK . 











Macam ini lah rupa shape Tiqa .












Lepas tu korang boleh lah zoom untuk tambah perkataan apa yang patut dekat kad tu . 










Lepas tu korang boleh lah tambah perkataan secara kreatif ye . 




Sila lah tekan gambar untuk besarkan dia . Sakit hati nengok gambar kecik macam ni T___T


Korang pandai-pandai lah meng kreatifkan diri ye . Tulis apa yang patut .



Tips : Korang boleh download kat internet tulisan caligraphy yang cantik-cantik sesuai untuk letak kat kad kahwin korang . Kalau tak reti , boleh request tutorial macam mana nak dowload tulisan lelawa untuk lappy korang . 




Okay , ini cara masuk kan bentuk love . Ala , sebijik cara nak masukkan shape tadi . 








Ini pulak cara nak ubah-ubah bentuk love .





Pandai-pandai lah korang transform bentuk tu sesuka hati . practice make perfect right ? Senang je pon . 






Jadi ini lah kad kahwin yang Tiqa dah siapkan bahagian depan sahaja . bahagian sebelah kiri iaitu belakang kad kahwin itu korang boleh letak peta . Korang boleh ulang step satu balik untuk buat bahagian dalam kad kahwin korang . Jadi bila korang hantar kedai untuk print , akan ada dua file , 

  1. muka surat 1 & 4 ( cover depan dan belakang )
  2. muka surat 2 & 3 ( bahagian dalam kad )


tips : Korang boleh google-google untuk cari inspirasi kad kahwin korang . Kalau boleh tetap kan tema , nak kad kahwin macam mana , modern ke kartun ke vintage ke . 




tips lagi : Perasan tak Tiqa guna 1 warna sahaja iaitu pink ? putih tak kira . Sebab kalau kad 1 warna , ia boleh menjimatkan kos print . Sesetengah kedai kad kahwin mengira harga kos print kad ikut berapa jenis color guna . Ada yang tak . Jadi perlu bijak memilih kedai kad untuk hantar print ye . Jangan terburu-buru . Ambil masa survey kedai kad kahwin yang ada kat Malaysia ni . 




Korang boleh tengok SINI , untuk lihat kad kahwin yang penah Tiqa buat . 

UPDATED

Boleh tengok sini untuk hasil kad kahwin DIY Tiqa :)


K lah . Penat . Dah pukul 5 pagi . Sebarang petanyaan , sila komen dibawah .


Bai . 


.

11 comments:

bihah said...

assalam...dik,akak nk tnyalah lau ikut ukuran kad c4ub yg adik attachkan dlm gmbr tu boleh print depan belakang ea?

bihah said...

assalam tiqa..boleh ajarkan akak utk buat border yg ada love yg cantik & comel tu..

Unknown said...

Salam kak.. bole bg blog akak or fb ke..tiqa boleh cerita dgn lebih lanjut.....


actually border yg love tiqa download dr internet... dan berkenaan dengan kad pulak, kad kahwin mmg kebiasaannya depan belakang :)

bihah said...

hi tiqa fb akak Nabihah Hazwani..akak ada like dkt page tiqa

Unknown said...

oh yeke? kalau ada apa2 pertanyaan, PM je tiqa kat FB page tiqa tu....
nama page tiqa tu Cik Tiqa Punya Belog....kalau dah like bole la mesej
:)

ayu mirayu said...

camne nak download shape comel2..ade link??? plizzzz :)

Unknown said...

camne nk download tu kena buat tutorial, tp buat permulaan tiqa bg link kat mana tiqa cilok shape yg cantik2 tu.. :P

http://www.deviantart.com/

kat tempat search tu boleh type "custom shape" ....

serius byk shape2 yg cool korang boleh tambah kat dlm photoshop korang :)

Anonymous said...

salam..nk tnye mase kte zoom kad kte dlm adobe 2 mmg kn nmpk pic kte 2 pecah2 ke???..lg 1,nk tnye ble kte dh save kad kte 2 blh x kte edit blk kad yg same???

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

wslm :)

ye, kadang-kadang dia akan selang seli pecah2(gambar macam tak smooth)..contoh zoom 67% pecah-pecah, zoom lagi 40% tak pecah, pastu zoom lagi pecah-pecah balik.. tp kalau lebih dr 100% mmg dia kabur.. tp walau apa2 pon check time dia 100% zoom..itu gambar sebenar...dan pastikan gambar background tu betul2 besar...

2. boleh edit balik kalau save dalam format .psd :)

Cik Itah said...

sy belajar buat kat sini....tQ share :)

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez