Mar 26, 2011

10 lelaki "kacak" di hati saya

Salam readers semua !
Hari ni tergerak hati nak berbicara atau berkongsi ciri ciri lelaki kacak dihati saya !
Aiipp Aiipp, jangan pikir bukan bukan lagi ! Tengok dulu.
Macam jugak cantik, kacak juga subjektif ! Bagi Tiqa, kacak bukan sekadar rupa.
Ramai la lelaki ingat yang perempuan ni semua pandang rupa.
Bila kita tolak dia, dia cakap 



"ala, I tahu la I tak handsome"
"abang tau la abang tak hansome macam boyfriend Tiqa"
"takpe, kita sedar kita tak handsome, tak layak untuk dia"


Seriously, geram dengan lelaki yang cakap macam ni ! 
Geram rasa macam nak tembak dengan peluru berpandu atau baling dengan bom !
Please, lelaki sangat tak cool bila dia cakap macam ni. Be cool okay.
Okay, lupakan pasal tembak menembak dan bom mengebom ni, we continue . . .


Kacak pada Tiqa terletak pada gaya, skill, cara berfikir, cara bercakap, atau style lelaki tu.
Contoh macam style, Tiqa tak nafikan bagi lelaki yg berduit, dia boleh nampak kacak dengan bergaya. nak wat macam mana, tu kelebihan dia ye tak?
Tapi, bukan duit saja boleh nampak orang tu kacak, ada banyak lagi.
Okay, tiqa mulakan dengan nombor 10 hingga nombor 1 list lelaki kacak di hati Tiqa !


Jeng jeng jeng~!!



Nombor Sepuluh : Lelaki yang ada skill dengan alat muzik.


Tak dinafikan, tanpa muka yang kacak, mereka boleh nampak sangat cool dan kacak bila bermain dengan alat muzik. Seriously, hati perempuan senang cair dengan lelaki yang bermain alat muzik.
Contoh alat muziknya ialah gitar (ramai betul perempuan suka guitarist). 
Tapi bagi Tiqa, yang paling menarik hati ialah Drummer !
Suka bila mereka pukul pukul drum tu.













Nombor Sembilan : Lelaki yang pandai.
  
Pandai kat sini bukan hanya dalam pelajaran saja. Lelaki yang ada skill dalam apa jua jenis ilmu.
Lelaki yang pandai, amat memikat hati. Mereka nampak smart dan kacak. Ada dua jenis lelaki pandai ;
  • Lelaki pandai tapi sombong tahap gaban.
  • Lelaki pandai dan ramah berkongsi ilmu.
Lelaki yang kacak di mata perempuan ialah dari kategori kedua ; pandai dan ramah berkongsi ilmu. 
Contoh lelaki pandai, ce tengok dalam cerita CSI. Watak Greg Sanders yang dimainkan oleh  Eric Szmanda. Tak de la hansome sangat tapi bila dia buat kerja kerja makmal, nampak sangat kacak ! 










Nombor Lapan : Lelaki yang funny


Lelaki yang kelakar selalu buat kita senang dengan dia. Masalah semua hilang bila berborak dengan dia. 
Betol ! Tiqa ada seorang kawan, dulu waktu Tiqa tau boyfriend Tiqa curang, ada perempuan lain, dia boleh buat Tiqa ketawa lagi ! Bercakap dengan dia buat Tiqa berhenti menangis. 
Seriously, beruntung siapa yang dapat buah hati yang kelakar. 
Sense of humor ni jangan dibuat buat, biar spontan. Kalau tade sense of humor, nak wat cammana, terima jelah~




Nombor Tujuh : Lelaki yang comel


Aiiishhh.. comel dengan kacak mana boleh samakan ! Ish, kacak kat sini kacak yang subjektif ye, bukan rupa yang kacak. Maksud lelaki comel ni bukan cuma berdasarkan rupa yang comel semata mata, tapi kelakuan yang comel juga termasuk ! Acting cute omputih cakap.. Boleh mencairkan hati perempuan tau. 
Contoh macam riak muka, kelakuan comel, reaksi spontan yang comel dan macam macam lagi lah !











Nombor Enam : Lelaki yang bawa superbike.


Okay, lelaki yang jenis ni mesti la agak berduit sebab boleh beli superbike kan. bagi yang lost, superbike tu motor berkuasa tinggi ye. Serius bila nampak lelaki bawa superbike even tak nampak muka dia sebab topi keledar dia cermin hitam still nampak kacak sangat ! Eh, kita bukan mata duitan tapi dah memang betol lelaki naik superbike nampak kacak, nak buat macam mana kan.. 





pengakuan berani mati : Yang sebenarnya, dalam dok pikir nak google gambar superbike ni, tiba tiba terlintas nak taip nama Ell Zurkanain , boyfriend cik Moy Chem kita yang aku tahu pakai superbike. Tu dia ehh ! ada pulak gambar dia ngan motor besar dia dalam Google Image. So, jgn marah ye encik Ell yang kacak. Pinjam sat.
FYI, encik Ell ni ni seorang photographer sambilan [aku rasa la, aku rapat ngn moy je]
kalau nak intai blog dia, sila tekan sini :  The Ballad of sekeping gambar dan Soul dan Jiwa.










Nombor Lima : Lelaki yang bawa sport car.


Aiisshh ~ Ini lagi lah kaya sebab boleh beli sport car. Ini lah kelebihan orang kaya, boleh nampak kacak dengan beli sesuatu. Dah tu duit dia, nak wat macam mana. Orang lelaki suka cakap, 



"ni la perempuan, mudah terpikat dengan duit"
"perempuan  mata duitan"




Aiipp, aiipp, tak baik tau menuduh. Kita cakap je dia kacak tapi bukan bermakna kita memilih berdasarkan kualiti ni SEMATA MATA. 
Lelaki yang bawa kereta biasa pon kacak  bagi Tiqa. 
Lagi lagi bila dia handle stereng dengan satu tangan.
Suka bila tengok dia pulas stereng dengan dua tangan lepas tu lepas satu tangan.
tak paham? pandai pandai la imaging, tak tau nak cakap macam mana lagi ni.
Yang pasti, lelaki yang bawa kereta kacak. lagi lagi kalau dia putih, suka tengok tangan yang putih memegang stereng ! korang jangan ingat Tiqa gila pulak tengok ngintai tangan lelaki, for your information, perempuan suka tengok tangan lelaki, lagi lagi yang putih, lebar, bersih ! kuku mesti pendek ! boleh terpikat dengan tangan ! HAHA


Yang ini scene dalam cerita initial D. Even bawak kereta buruk, still nampak kacak apa?
Ni contoh memandu dengan satu tangan ! okay fine, tak dapat cari gmbar yg diingini ==''






Nombor Empat : Photographer !


Photographer disini bukanlah menjurus kepada budak budak remaja sekarang yang menggantung DSLR di leher semata mata kerana fashion atau style ye ! Tengok tengok tangkap gambar guna mode auto. ==''
Maksud tiqa mereka yang ada skill dalam photographing ! Serious kacak ! Suka lelaki yang pandang sesuatu benda dengan pandangan yang lain daripada orang biasa. Orang Seni. Suka dan kagum dengan orang macam ni. Even kita tak nampak dengan jelas muka dia, tapi time beraksi untuk shoot photo tu, mereka nampak sangat kacak !











See, even tak nampak dengan jelas muka macam mana tapi still nampak kacak kan? tak setuju? nama entry ni pon "10 lelaki kacak di hati saya" so of cos la ni dari pandangan Tiqa. hehe










Nombor Tiga : Lelaki yang tahan lasak.


Most of lelaki ialah lasak. Betol ke? Dengan zaman facebook macam ni, ramai ke lelaki yang bila weekends dia tinggalkan laptop, iPad or whatsoever pergi rock climbing or daki bukit or even paintball? Ramai ke? 
Entah lah, Tiqa pon tak pasti. 
Setakat ni tade lagi kawan lelaki yang minat GILA benda lasak ni.
Tapi kalau petang petang main football kira lasak la jugak kan. 
Lelaki yang lasak bermakna dia cergas, kebanyakan lelaki yang cergas adalah sihat !
Lelaki yang sihat adalah ciri ciri lelaki yang ideal untuk dijadikan calon suami. Betol tak kaum hawa sekalian?
Seriously guys, be healthy, don't smoke, and you will be at the top of the list !


















Nombor Dua : Lelaki yang pandai masak.


Tiqa suka gila lelaki yang pandai masak!!  
Perempuan lain pon suka lelaki yang pandai masak !
Bukan sebab kami ni nak lari dari tugas memasak, tapi sebab lelaki yang ada skill memasak nampak  sangat kacak ! Lelaki yang pandai masak biasanya pembersih ! Tangan dia mesti sentiasa bersih, kuku sentiasa pendek. tangan lagi? Obses dengan tangan ke cik Tiqa ni ==''
Lelaki yang pandai masak berkemungkinan romantis ! 
Suka tengok budak kulinari kat kolej, dorang nampak sangat kacak bersih dan kemas dalam uniform chef ! tapi yang tak kacak nye bila merokok ! mana boleh chef merokok ! ISHH, image pembersih dan kacak dah spoiled !








ce tengok ce tengok ! Dia nampak bersih kan, tangan dia, kuku dia. SUKA :)
Nampak kemas, nampak bersih. Nampak kacak bila kemas macam ni.










Finally, nombor satu !
Jeng jeng jeng~!!







Nombor Satu : Lelaki yang penuh ilmu agama di dada.


Ini lah kualiti yang dicari. BETOL ! 
Mereka ni mesti nampak kemas, muka pon bersih je, sopan tutur kata. Kacak sangat sangat ! 
Bila tengok rancangan Iman Muda kat Astro Oasis, rasa sejuk je hati.
Bila ustaz ustaz ni baca Al-Quran, lagi la terpikat ! Sedapnya suara, syahdu je. 
Mama pon selalu pesan ;


"Tiqa, kalau nak cari lelaki, cari la macam dorang ni, aman rumah tangga InsyaAllah, jangan cari yang panas baran, tak bahagia"


Jangan buta menilai lelaki dek kerana cinta ye adik adik. 
Lelaki yang panas baran, kita kene jauhi.
Korang ada tengok tak Drama Ustaz Amirul kat tv3 sekarang? kalau tak tahu google sendiri.
Kalau la dapat lelaki yang macam Ustaz Amirul tu, jadi bini no 1,2,3 atau 4 sekalipun tak kisah!
Mesti korang pelik, perempuan mana suka bermadu, tapi kalau dapat suami yang baik budi pekerti macam watak Ustaz Amirul tu, Tiqa rasa tak rugi bermadu. Kalau kita isteri pertama, dapat payung emas kat syurga nanti. IsnyaAllah :)









Gambar di atas adalah gambar Ustaz Azhar Idrus yang makin femes sekarang. Ustaz ni best, lawak sangat bila bagi ceramah. Yang best tu, dia jugak photograher ! cantik cantik gambarnya. Tekan la link ni kalau nak tengok hasil tangan ustaz , Ustaz Azhar Idrus page . Nak tanya pape pon boleh sebab page tu memang ustaz punya :)













Ustaz ustaz sentiasa TERKACAK dihati saya <3 








DAH HABIS DAH TULIS PASAL LELAKI. jangan ingat Tiqa perempuan gatal pulak. Ini adalah pandangan jujur seorang perempuan. Tu aje :)
salam :)
,

Song : Starlight Tears by KYK



Sejak akhir akhir ni busy sangat dengan mid term exam. Semuanya ada 6 paper.  
Clinical Microbiology 2 , Histotechnology 1 and Parasitology 1 absolutely drive me crazy ! Sebab semuanya dalam 1 hari . Tapi alhamdulillah, semuanya dah lepas.  Clinical Chemistry 2 boleh buat, alhamdulillah. CCT [creative and critical thinking] ada masalah sikit. Wuwuwu T_T . Malaysian Studies betol betol mengembalikan memori sekolah dulu, macam paper sejarah ! Well, semuanya dah lepas, sekarang, nak prepare untuk final exam pulak ! ye la tu cik tiqaaaaaaa ==''


Sebelum pergi, dengar lagu ni dulu. Unfortunately, ni yang tiqa rasa buat masa ni. Pathetic gila kn?? :(


the white starlight envelops the tears
the tears fall in the warm wind
do you feel it?
this trembling, quiet whisper that is going your way
i draw you on this white paper
the warm smile holds me
is this love?
even when i close my eyes, i see only you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you

please look at me, like the faraway stars
can't you be the one that's in my heart

i will be waiting for you
i will wait for you
i don't want to see the tears of pain anymore
you let me know
this love that's like a lie, i'll never let it go
because that love is you
...........

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez