Dulu Tiqa dah pernah post resepi puding roti TANPA agar-agar
, sekarang Tiqa nak kongsi pulak macam mana nak buat puding roti yang
mudah tanpa bakar , tanpa stim , cuma guna agar-agar dan sejukkan dalam
peti ais je ! Sedap wo ! Tiqa admit buat macam ni , lagi sedap daripada buat tanpa agar-agar .
Bahan-bahan
7 keping roti , kalau nak sedap lagi guna butterscoth .
1 paket serbuk agar-agar Nona tanpa warna .
1 tin susu cair
3 senduk gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara
1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang . Carik kecik-kecik lagi sedap !
2. Panaskan periuk , rebus 4 cawan air . Tiqa guna serbuk agar-agar Nona , dia suruh letak 4 cawan air .
3. Bila dah gelegak masukkan agar-agar .
4. Bila agar-agar dah larut , masukkan susu cair , gula dan esen vanilla .
5. Kacau bagi gula tu cair , dan masukkan telur .
6. Lepas masukkan telur , jangan berhenti kacau sebab nanti dia berketul-ketul.
7. Masukkan Tepung Kastard yang dah dibancuhkan dengan air sikit .
8. Bila yakin telur dalam tu dah masak , angkat dan tuang dalam loyang yang berisi roti tadi .
9. Sejuk kan sebelum masuk dalam peti ais .
10. SIAP ! Potong dan makan !
Tips : Oleh sebab abah Tiqa tak boleh makan manis sangat , jadi Tiqa letak 2 senduk gula je . Tapi bagi kita-kita yang boleh makan manis ni , kita akan rasa puding tu tawar . SOLUTION , Tiqa buat sos kastard . So sapa yang rasa nak manis sikit boleh lah makan dengan sos kastard secukup rasa lidah mu . Jangan makan manis-manis ye ! Nanti kene kencing manis T___T
SOS KASTARD
Bahan-bahan
Susu cair satu mangkuk
1 sudu besar tepung kastard
Gula secukup rasa .
Cara-cara
Masak susu cair dan gula . Bila gula dah larut , masukkan tepung kastard . Kacau . Bila dah semua larut , angkat .
Sekejap je buat sos kastard ni . sedap pon sedap . Enjoy your meal !
Bai .
.
No comments:
Post a Comment