Jan 23, 2013

tempat terbaik honeymoon 2013 , part 1




Salam readers , oleh kerana insyaAllah Tiqa akan ber HONEYMOON pada tahun 2013 ini , Tiqa dah banyak habiskan masa membuat research tempat-tempat yang sesuai untuk honeymoon di Malaysia ni ! Rajin tak ? Rajin tak ? Memang banyak pulau cantik dan tanah tinggi sejuk kat Malaysia ni untuk honeymoon , korang hanya perlu sediakan duit sahaja . No money No Honeymoon . But then , ada je tempat-tempat yang best tapi murah untuk honeymoon . Nanti kita story okay.

Opps ! Selain daripada honeymoon atau bulan madu , tempat-tempat yang Tiqa recommend ni sesuai juga dijadikan tempat bercuti , getaway , melepaskan penat dan tension dengan keluarga .


Tiqa bahagikan kepada DUA ; Pulau dan Tanah Tinggi .


1) Pulau





Actually pasangan yang baru berkahwin , terutama perempuan lebih prefer pergi PULAU . Well sebab kami perempuan mesti nak cari tempat yang sunyi dan romantik untuk berdua-duan dengan suami ! *malu-malu*
Banyak Pulau yang dah Tiqa survey antaranya Pulau Tioman , Pulau Perhentian , Pulau Redang , Pulau Lang Tengah , Pulau Gemia , Pulau Kapas and even Pulau Langkawi .



Okay Jom ce-ki-da-ut ~



Pulau Gemia












Korang pernah dengar tak nama pulau ni . Tiqa sebelum ni tak pernah dengar langsung . Lepas buat research baru tahu wujudnya pulau cantik ni . Pulau Gemia ini terletak bersebelahan dengan Pulau Kapas . Bagi Tiqa pulau ni sangat sesuai untuk bulan madu sebab pulau ni sangat private ! Hanya ada SATU sahaja resort yang beroperasi kat pulau ni . I wish I can go there for my honeymoon !

Jom ce-ki-da-ut !




Gem Island Resort and Spa



*sekarang dia tengah tutup sampai 28 Feb 2013 , tapi boleh booking sekarang kat SINI untuk dapat harga early bird ! Pilih je tarikh kat bahagian resevation*


Ada 4 jenis bilik kat resort ni iaitu Water Villa , Superior Villa , Hideaway Villa dan Hideaway Suite . Bagi kita-kita yang nak berjimat ni , duduk kat Water Villa pon dah cukup bagus . Selesa ! Ada balkoni sendiri lagi .



Water Villa



Water Villa interior


Water Villa interior 2





Aktiviti di Pulau Gemia

Cave Swimming





Menetaskan Penyu

Kalau korang bernasib baik , korang boleh tengok dorang lepaskan baby penyu yang comel-comel ke dalam laut !






Dolphin in pool

Dolphin ni dalam pool dorang!

Serius tak tahu pulak ada Dolphin kat Malaysia ni . T___T




Jacuzi kat The Tusita Wellness Spa


Private beach kat Spa


Gambar-gambar kat resort ni semua Tiqa ambil kat laman web Gem Island Resort and Spa . Korang boleh tekan untuk survey-survey dan booking ! Highly recommended oleh saya !



Kalau korang book Water Villa sekarang (pada tarikh entri ini ditulis) , korang akan dapat harga "early bird special" iaitu RM740 untuk 3H 2M (2 orang) termasuk breakfast , bot pergi balik dan cukai .


Okay what ! Berbaloi weh . Tiqa nak sangat booking sekarang tapi Encik Fiance suruh tunggu dulu . Kitorang nak tunggu Matta Fair bulan Mac nanti . Mana tau ada yang lagi murah . Tapi Tiqa takut kalau resort ni tak join Matta Fair . Kalau nak booking lepas tu mesti dah mahal kan .








Sebenarnya Tiqa cadang tak nak bagi tau orang pasal pulau ni . HAHA . Biar sikit orang tahu so nanti lebih private ! JAHAT KAN TIQA . Sila debik saya sekali . Tapi lepas fikir balik , tak baik la kan . Semua makhluk Allah berhak tahu tempat cantik ni . So , first come first serve la kan . Tape , Kalau ada rezeki , insyaAllah sampai jugak . Amin .








Next~




Pulau Lang Tengah





Pulau Lang Tengah ni pon Tiqa tak penah dengar sebelum ni . Adakah Tiqa sorang je tak sedar kawujudan pulau cantik ni ? T__T Pulau ni pon PERFECT untuk bulan madu / honeymoon . Kecil dan private . Hanya orang yang duduk kat resort kat pulau ni je ada . Hanya ada 4 sahaja resort kat Pulau ni .


Sila lihat peta dibawah .





Resort pon jauh-jauh , mesti best kan berdua-duan *pasangan yg sudah berkahwin* kat sini . Wah , Tiqa dapat bayangkan ! Seronoknya !!







Sari Pacifica Resort and Spa


Resort ni paling mahal , tapi highly recommended bagi mereka yang nak honeymoon . Bilik yang sangat-sangat selesa dan luxury . Rata-rata pengunjung yang pergi puas hati dengan bilik dan servis dorang .


Ada 3 jenis bilik iaitu Sea Front Villa , Pool Villa dan Garden Villa . Untuk resort yang bertaraf Luxury ni Tiqa rasa amik yang paling murah iaitu Garden Villa pon dah okay . Bagi yang ada duit lebih apa salahnya amik Sea Front Villa kan . Asalkan mampu dan puas hati .





Tip: Pilih resort yang menyediakan bilik yang sangat selesa dan lengkap untuk honeymoon . Sebab bila korang honeymoon , kebanyakan masa korang akan spent kat bilik buat ehem-ehem . *malu* Ini adalah nasihat yang Tiqa baca dari mereka yang sudah honeymoon . Kalau setakat nak layan pantai dan air laut membiru , amik resort murah dan biasa-biasa pon dah memadai sebab korang akan spent masa lebih kat luar . TIDAK untuk honeymoon ye !




Garden Villa



Untuk Garden Villa kalau korang booking sekarang (time entri ini di post) Total price untuk 3H 2M untuk 2 orang , termasuk bot pergi-balik dan breakfast lunch dinner untuk 3 hari ialah : RM 956



Tak terkeluar dari budget bagi mereka yang ada budget RM1000 . Okay la kan . Bilik pon cantik dan selesa . Puas hati !



<a href="/Hotel_Review-g304002-d1557875-Reviews-Sari_Pacifica_Hotel_Resort_Spa_Lang_Tengah-Pulau_Lang_Tengah_Terengganu.html">Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa - Lang Tengah</a>: Pictures




<a href="/Hotel_Review-g304002-d1557875-Reviews-Sari_Pacifica_Hotel_Resort_Spa_Lang_Tengah-Pulau_Lang_Tengah_Terengganu.html">Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa - Lang Tengah</a>: Pictures






Nexttt~~







 Pulau Redang



Sumber

Mula-mula Tiqa buat research , Tiqa cari tentang Pulau Redang dulu . Redang ni terletak dekat Negeri Terengganu , dekat dengan Pulau Perhentian , dan Pulau Lang Tengah . Terengganu untung sebab banyak pulau cantik !

Jom tengok peta .




Ini peta Pulau Redang , tengok , dia dekat dengan banyak pulau lain . Kalau korang ada duit lebih , boleh buat aktiviti Island hopping . Lompat dari 1 pulau ke pulau yang lain !






Attention ! Nak pergi Redang naik bot dari Jeti Merang BUKAN Marang ye ! Jeti Marang adalah jeti untuk pergi Pulau Kapas dan Pulau Gemia .





Sumber
Kelik untuk tumbersaran gambar !







Peta senarai resort yang ada kat Redang .


Ini peta lama ye kawan-kawan


Pilihan Pertama (a lot of money)

Berjaya Redang Resort a.k.a The Taaras Beach and Spa Resort *new name*



Ada 2 iaitu Berjaya Redang Beach Resort (BRBR) dan Berjaya Redang Spa Beach Resort (BRSR) , dulu lah , sekarang tukar nama Taaras . This is the best and luxury resort kat Redang  ni . Luas sangat-sangat . Korang boleh jalan kaki dari BRSR ke BRBR . Ada disediakan laluan . Dan boleh dikatakan tempat tu sunyi sebab resort dorang saja yang beroperasi kat kawasan tu . So hanya pelancong yang menginap kat resort tu sahaja yang ada kat tempat tu .


Garden Deluxe


Total Price untuk 3H 2M : RM 1809.60 including taxes , breakfast and lunch
*harga terkini pada Jan 2013*




Ocean Front Studio

Total Price untuk 3H 2M : RM 4083.20 including taxes , breakfast and lunch
*harga terkini pada Jan 2013*




Banyak lagi jenis-jenis bilik yang Taaras ada tapi ini je yang menarik hati Tiqa . Garden Deluxe tu bilik paling murah . Ocean Front Studio ni bilik yang dekat dengan laut . Baru lah romantik ! Tak gitu~

Pilihan kedua (Medium budget)


Redang Beach Resort



Ramai orang cakap lokasi resort ni best . Pantai yang cantik dan bersih . Bilik pon boleh tahan .

Sekarang dorang tengah buat promotion pakej 3H 2M untuk early bird (travel date : 1 Mac - 31 Mac) . Untung lah sebab dah termasuk makan minum selama 3 hari untuk dua orang dengan snorkling trips sekali .


Sumber

Sila lah tekan gambar untuk melihat harga pakej !






Standard Bed Rooms at Redang Beach Resort

Superior Double Bed Rooms at Redang Beach Resort




Photos of Redang Beach Resort, Pulau Redang











Okay lah . Rasanya Part 1 sampai sini je . Korang pon mesti penat dah tengok kan . Nanti Tiqa akan sambung Part 2 tentang Pulau Tioman , Pulau Perhentian dan Langkawi . Tanah tinggi maybe Part 3 . insyaAllah~


Kalau korang nak suggest tempat-tempat menarik atau hotel-hotel murah tapi selesa dan best , silakan ! Tiqa hargai sangat-sangat .


K lah .


Bai .



.

UPDATED

Boleh tengok part 2 kat SINI


.




6 comments:

leeza said...

nice entry. cantik pulau bentuk hati tuu. cari tempat honeymoon eh? heee :)

tiqa tia said...

thank you . a'ah.. hehe.. puas buat research ni..tak nk menyesal.. hihi

Alia Erfani said...

bestnye, best la tempat2 tu and entry akak ni. hehe. da buat part yg seterusnya, bgtw la saya ;) hik.

tiqa tia said...

InsyaAllah :) nk g bercuti ke b=honeymoon ? hehe

athirah said...

hi,

lang tengah recommended.... cntik sgt... pergi company trip dlu... :)

air bersih sgt...

tiqa tia said...

:)

TQ athirah, insyaAllah ada duit lebih nnt sampai la tiqa kat sana.. tiqa dah booking kat pulau tioman :P



tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez