Jan 3, 2013

idea barang hantaran - minyak wangi

Kali ni Tiqa nak kongsi dengan readers / B2B idea barang hantaran minyak wangi yang ada dalam kepala Tiqa . Actually Tiqa dah beli hampir 80% barang hantaran untuk lelaki dan perempuan dalam masa SATU HARI SAHAJA ! Kagum tak ? Tiqa dengan Encik Fiance ( EF ) berpakat nak bagi hantaran 7 dibalas 9 . Maknanya Tiqa kena belikan dia 9 barang. tak aci kan lelaki dapat lebih ! 

Jom Tiqa kongsi idea barang hantaran untuk pihak lelaki !


NOMBOR SATU - Minyak wangi lelaki

Benda ni adalah antara barang wajib untuk hantaran ! 2 , 3 kali jugak Tiqa pergi survey nak cari minyak wangi yang murah dan berjenama ofkos ~ Serius Tiqa pergi 2 tempat sahaja T___T

First Tiqa pergi Pavilion dengan bff Tiqa , Koca . Kitorang jumpa beberapa minyak wangi yang menarik deria bau kami antaranya Ralph Lauren . Big Pony Collection for Men dia memang terbaik !





Ada 4 wangian untuk lelaki ! Senang nak ingat mana satu pilihan hati sebab label wangian ni dia guna nombor ! Senang kan ! Yang paling Tiqa suka kalau EF pakai ialah nombor 1 dan 4 . Tapi nombor 1 paling wangi ! Dia ada jual set yang sesuai untuk hantaran . Ada 3 barang dalam 1 set . Perfume , lotion dan lagi 1 Tiqa tak ingat T___T . Harganya RM240 SAHAJA .


Dan bagi mereka yang nak beli wangian perempuan yang padan dengan wangian lelaki ni , Ralph Lauren jugak ada 4 wangian untuk perempuan ! Tapi harganya lagi mahal sikit berbanding lelaki .




Oh , ya ! Nama collection ni ialah BIG PONY COLLECTION for WOMEN by RALPH LAUREN .


Tak lama lepas tu , Tiqa Keluar pulak dengan mama beli kain nikah kat Jalan TAR . Alang - alang ada kat situ , kitorang singgah SOGO nak survey minyak wangi lagi . And guess what? Tiqa jumpa set Ralph Lauren yang sama tapi harga yang berlainan ! Dan harganya lagi mahal dari kat Pavilion which is RM280. Bila Tiqa tanya abang yang jaga tempat tu, kenapa harga lain kat pavi , dia cakap TAK MUNGKIN ! tak mungkin sebab memang harga betul dia RM280 . Dan nada dia macam marah - marah dan seolah -olah Tiqa tipu dia ! Dia siap cakap dia akan keluar duit dia sendiri kalau betul harga kat pavi tu RM240 . Biadap betul kan cakap dengan customer macam tu . Tiqa rasa malu sangat seolah - olah macam Tiqa dah tipu dia pulak !


Akibat daripada incident itu , Tiqa bertekad tak nak beli minyak wangi kat sogo ! NEVER ! Baik beli kat Pavilion . Sekurang - kurangnya orang yang jaga tu cakap lembut dengan Tiqa .

Okay, jauh dah tersasar dari cerita barang hantaran~


Next perfume yang menambat deria bau Tiqa ialah Gucci Guilty for Him .




Serius wangi ! Suka sangat dan tak pening . Gucci la katakan . Model dia pon kacak gilewwzz~
EF pon suka dengan bau ni ! Memang kena dengan jiwa dia . Tapi set dia memang tak hagak-hagak lah mahalnya ! Over budget tau kalau beli ni . Tak silap Tiqa dalam RM380++ macam tu . Terus kuburkan niat nak belikan ini untuk EF . EF pon tak kisah sebenarnya , mata dia lagi pedih tengok harga ni . Bagi dia , untuk dia yang murah - murah lagi bagus . Tiqa yang nak belikan dia mahal - mahal . Bagi Tiqa biarlah , bukan hari - hari kita kahwin kan , asalkan mampu . Okay, yang ni Tiqa tak mampu T___T

For Her pon ada , tapi Tiqa tak nak . Dah ada dalam kepala apa yang Tiqa nak =D



Cantik kan botol dia ! kelas kau maria kalau letak atas dulang hantaran !


Next - LACOSTE



Tak silap Tiqa, yang BLEU ni lah yang Tiqa bau wangi . Tiqa ingat botol dia warna biru . Ni wangi jugak , harganya yang set pulak okay dalam RM250 kalau tak silap . Tapi time ni Tiqa dengan mama , EF tade so tak dapat nak minta pendapat dia . 


Last but not least , TOMMY .




Tiqa tak pernah dengar sebenarnya jenama TOMMY ni . Tiqa terjumpa pon sebab "akak" kat pavi tu recommend kan . Tinggal 1 je set dia . RM150++ dapat perfume 100 ml + body wash 100 ml + free 1.5ml perfume + free LAB SERIES face wash + water lotion + face cream . 

Hamek kaw ! Dah lah murah , wangi , banyak pulak tu dapat ! Meriah sikit dulang hantaran nanti kan .
Serius bau dia pon memang tak mengecewakan ! Wangi , seksi gila Tiqa rasa EF bila bau lengan dia yang dah "akak" tu sembur dengan TOMMY ni . "Akak" tu sembur banyak kot . Seronok je Tiqa tengok "akak" tu borak dengan EF . EF pulak suka usik - usik dia , tu kot dapat banyak barang free . 

Serius Tiqa terpikat dengan wangian TOMMY ni . Bau dia sangat menyenangkan hidung . Tak terlalu kuat mencucuk hidung . Dan yang paling penting , EF pakai handsome je ! HAHA =D
Ni skin care LAB SERIES yang dapat free tu . Tapi yg Tiqa dapat yang kecik dan yang tengah tu tak dapat , dapat Face cream . Malas cari gambar T___T



Okay done ! Pencarian minyak wangi untuk lelaki tamat ! Minyak wangi untuk Tiqa ? Dah selamat dah beli sebelum beli lelaki punya . Jejak je kaki kat Pavilion terus menghala ke kedai VICTORIA'S SECRET !

Tiqa bila bau je minyak wangi ni time survey dengan Koca hari tu terus tak pandang lain dah ! Serius wangi dan bau dia mmg fresh ! Macam bau orang lepas mandi !



VICTORIA'S SECRET BOMBSHELL



Ini body mist dia ! Memang wangi ! Bau fresh macam lepas mandi . Tiqa recommend yang ni untuk mereka yang suka kan kesegaran . Sangat sesuai ye untuk disembur selepas mandi sebelum tidur dengan suami ! HEHE . EF pon setuju dengan Tiqa . Dia suka bau perempuan yang fresh dan bersih , bukan bau yang manis atau kuat sangat sampai mencucuk hidung . TIQA SUKA SANGAT BODY MIST DIA ! bertekad kalau body mist dia habis nanti , still nak beli yang ni tak nak tukar yang lain dah ! 

Tiqa beli set BODY MIST 250ml + BODY LOTION 100ml + BODY WASH 100ml = RM144

Disebabkan set dia tade minyak wangi , Tiqa grab 50ml EAU DE PARFUM = RM200

So semuanya RM344 EF kena bayar . Demand kan saya ? Sorry sayang !






Terjumpa gambar kat internet sebijik macam yang Tiqa beli !




Ini pulak gambar minyak wangi nya , comel kan ! Kecik je ni , kalau beli yang 100ml cume tambah RM60 je which is RM260. Tapi kesian pulak kat EF . Tak apa lah , kecik pon , kecik lah janji dapat . Yang penting BODY MIST dia besar , 250ml !


Orait , penat dah . Nanti sambung balik cerita pasal barang hantaran lain :) 
.

No comments:

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez