Dec 16, 2012

kain nikah , chiffon beaded

Okay , sebelum tu nak menangis puas-puas dulu T_______________T




Pencarian kain nikah kini berakhir . jadi lepas ni tak payah pening-pening kepala lagi fikir kain apa nak pakai untuk nikah nanti sebab dah rabak dah poket beli kain . 

Sebenarnya bajet keseluruhan baju nikah Tiqa HANYA RM500.00 sahaja termasuk upah jahit semua . Tetapi akibat ketidak-pandaian empunya diri dalam memilih kain murah dan di tambah pula dengan mata yang sudah rambang tengok kain-kain mahal yang gojes gila , jadi bajetnya sudah lari lintang pukang !

Encik Fiancee sebenarnya tak puas hati sebab tak tunggu dia datang pilih sekali dan bertambah-tambah tak puas hati bila diberitahu harga kain tersebut. Sorry sayang !




Okay jom Tiqa cerita kronologi kejadian dari mula sampai lah kain tersebut jadi hak milik Tiqa.

First sekali memang dalam kepala Tiqa fikir nak pakai kain chiffon beaded untuk baju , dan kain satin silk untuk kain , nak bajet punya pasal .

First kedai Tiqa pergi ialah ALINAZ terletak betul-betul depan sogo . Tiqa dah pernah beli kain satin kat sini untuk Encik Fiancee sebagai hantaran masa tunang dulu . Kedai ni memang kedai khas untuk pengantin . Bila Tiqa dengan mama masuk baru tahu yang dia tak jual chiffon beaded . Tapi kain lace dia memang banyak pilihan dan cantik-cantik ! Murah pulak tu ! Antara pakej yang Tiqa ingat


  • RM 119.90 untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
  • RM 245.00 + untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
  • RM 300 ++ untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
Serius memang cantik-cantik kain lace dia . Tiqa memang betul-betul berkenan dengan kain lace yang harga RM245.00 tu . Memang cantik . Tapi memang over dan meriah yu'olls . Bila fikir-fikir balik , kena jugak beli kain chiffon beaded sebab simple dan mudah reuse balik . Kalau guna kain lace untuk nikah , macam bersanding pulak rasa dan mesti baju tu akan terperap dalam almari kan . Jadi untuk tidak membazir even kain chiffon beaded lagi mahal dari lace =_='' Tiqa ambil keputusan untuk pilih kain chiffon beaded !

Kedai kedua Tiqa masuk ialah kedai HARISONS . Kedai ni Tiqa tak pernah masuk sebab takut , macam kedai untuk orang kaya je =_='' . Tiqa dengan mama masuk je lah . Kedai ni pun sama , tak jual banyak pilihan chiffon beaded , yang banyak kain lace . Kain lace dia pun cantik-cantik dan banyak coraknya sama dengan kedai ALINAZ . Dari segi harga mungkin mahal sikit atau sama je dengan kedai ALINAZ tadi . tak ingat punya pasal . 

Kedai ketiga ialah MAYA SILK . Okay, sebelum ni Tiqa baca kat blog-blog lain cakap MAYA SILK murah tapi layanan terhadap customer kureng sikit . Okay, Tiqa admit , memang layanan dia kureng sangat-sangat . Seolah-olah macam dorang tak percaya yang Tiqa memang nak beli kain tu T______T . Antara pakej yang Tiqa ingat ;

  • RM399.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
  • RM499.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
  • RM599.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
Okay sebenarnya Tiqa lupa lah , 2.5 meter ke 4 meter chiffon beaded tu . Serius LUPA ! Tapi apa-apa pun Tiqa jadi tak semangat nak beli kat situ sebab macam nak tak nak je dia layan Tiqa . Tiqa nampak miskin sangat kot T___T even Tiqa memang bukan orang kaya . Sepatutnya dia kena lah layan customer elok-elok kan lantak lah macam mana rupa customer dia kan , setuju tak ?

Kedai terakhir Tiqa pergi ialah GULATIS SILK HOUSE / EURO MODA . Diorang ni bergabung ke apa ke tak tahu lah . Alah , kedai ni kedai paling bising kat Jalan TAR tu , korang perasan tak ? Sebenarnya Tiqa nak pergi Jakel lepas tu , tapi akibat dah tak tahan Tiqa deman selsema masa ni , hidung pun dah berair sakan , memang tak selesa kan , tambahan pula terjumpa kain yang betul-betul menambat hati dan menikam kalbu , jadi Tiqa pun tamatkan pencarian di sini . 

Kat sini memang banyak sangat kain yang gojes gila tapi mahal ! First masuk terus pergi tingkat dua cari kain chiffon beaded terus . Masa ni mata terus terpaku dekat 1 kain chiffon yang corak beaded dia macam mutiara penuh kat kaki kain tu ! Tiqa terus , "Ma ! this is it ! Tiqa nak yang ni !" . Serius cantik ! Mama pun macam "CANTIKNYA!" . Tiba-Tiba orang tu datang menghancurkan angan-angan kami . "Emm, yang ini RM700 semeter" . Tiqa dengan mama macam "700 RATUS??!" dan kami terus berlalu pergi . 

Lelaki tu terus bawa kami kat 1 section penuh dengan kain chiffon beaded ! dan ada dua harga kat situ ;
  • RM138.00 semeter chiffon beaded liplap-liplap
  • RM100.00 semeter chiffon beaded tak liplap-liplap sangat
Ada harga pakej tapi Tiqa tak ingat sebab dia sekali dengan baju melayu , baju melayu Encik Fiancee dah beli dah masa tunang dulu . Jadi Tiqa dan mama ambil keputusan untuk beli kain chiffon ni tanpa pakej .

Tiqa memang berkenan gila dengan chiffon beaded liplap-liplap tu ! Batu dia memantulkan cahaya , dan jadi sangat cantik ! Sesuai bagi mereka yang nak guna kain satin kosong untuk kain baju kurung . Tapi oleh kerana saya sedar yang bajet tidak menyebelahi , Tiqa akur dengan chiffon beaded yang tak liplap-liplap sangat .

TAPI ! Mungkin sebab Allah nak balas kesabaran Tiqa , Tiqa terjumpa chiffon beaded yang liplap-liplap sikit dengan harga RM100 semeter ! WEEHOOO~~ Memang cantik beading dia , even batu dia bukan jenis yang memantul cahaya , Tiqa puas hati dengan harga dia . Bila dah puas hati semua , tiba-tiba datang ujian kedua , orang tu cakap kain ni tinggal 4 meter setengah sahaja ! Jadi dia tak boleh potong kain ni kepada 2 meter setengah sebab tiada orang akan beli baki kain 2 meter ! Tiqa nak beli 2 meter setengah je mengikut perancangan . OH , TIDAK ! ! ! Macam nak menangis dah Tiqa  . bukan main susah payah hati nak terbuka untuk cari kain , lepas dah jumpa dia paksa Tiqa tutup hati untuk kain tu ! 

Dia suruh Tiqa beli kain ni 4 meter setengah atau pilih kain lain . Dia bertungkus lumus carikan kain corak sama kat TIGA kedai GULATIS berdekatan tapi semua dah habis ! Dia carikan kain lain untuk Tiqa tapi semua Tiqa tolak . Tiqa tak nak yang lain , nak yang tu jugak . Tiqa macam "okay , tak apa , aku boleh cari kat kedai lain" dalam hati . Bila dia tengok Tiqa macam tak bersemangat dah , dia terus fikir dalam-dalam . Sambil mama pujuk dia suruh gunting kain tu . Lama-lama , dia ambil gunting , dan gunting kain tu

YAHOO~~ dah dapat kain ni ! Kain baki 2 meter dia terus campak kat tepi . Macam marah je hihihi . 

Tiqa dapat :

  • 2.5 meter chiffon beaded (RM100 semeter) = RM250
  • 4 meter satin for lining + kain (RM25 semeter) = RM100
Kesemuanya ialah RM350 tapi dia bagi Tiqa RM310 =D
Jadi rabak lah poket Tiqa sebanyak RM310 T_________T 
Upah jahit bagi kain yang macam ni adalah dalam RM300 keatas T__________T 
Jadi basically bajet Tiqa untuk baju nikah dah lari lintang pukang dari bajet asal RM500 !

Nak bagi teaser sikit kain chiffon beaded yang liplap-liplap sikit yang Tiqa berjaya grab .





See , batu dia tak pantulkan cahaya pun , tapi nampak macam liplap-liplap sikit kan ? Yang RM138 per meter tu lagi liplap-liplap ! Siapa B2B yang ada bajet lebih sikit tu boleh lah pilih chiffon beaded yang liplap-liplap !


p/s : nak paksa adik Tiqa , ikin dan itom , kumpul duit banyak-banyak sebelum nikah sebab nak paksa dorang beli kain chiffon beaded pearl like gojes-gila yang harganya RM700++ per meter tu ! Tiqa tak dapat pakai , dapat tengok pun jadi lah !



p/s 2 : Kain Tiqa tu komot-komot sikit kan ? Mama kate nanti taylor tolong gosokkan cantik la =D

.

2 comments:

wa said...

getin maried dh tiqa?jgn lupe jemput!tahniah:)))

Unknown said...

ni azwa eh~!! wahh! lama tak jumpa kan.. hehe.. insyaAllah, doa doa kan semoga dipanjangkan umur dan jodoh... amin :) insyaAllah aq jemput ! =D

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez