Jan 16, 2013

Kad Kahwin DIY

Oleh kerana Cik Tiqa ini adalah seorang yang perasan dia berbakat dalam buat kerja art work ni , jadi dia telah mengambil keputusan untuk menDESIGN sendiri kad kahwin dan hantar je kilang pergi print . Mudah dan jimat kos kan ?

Actually Tiqa dah pernah design kan kad kahwin untuk seorang kawan Tiqa yang bakal jadi bini orang bulan Februari 2013 ni . Tiqa design kan free of charge je . Anggap lah ini hadiah perkahwinan untuk dia . cewah !

Nak tengok tak ? Nak tengok tak? gaya suara gedix~





Jeng , jeng , jeng ~ ! ! !





Front









Back


Ya ampun ! Sila abaikan watermark Tiqa yang besar gedabak tu ye . Kawan Tiqa ni Tiqa panggil dia Adek meng request kad kahwin tema purple dan nak gambar kartun muslimah . Kad ni jenis sekeping ala-ala poskad gitu sebab Adek request 1 alamat sahaja iaitu sebelah perempuan . So bagi Tiqa , buat style macam ni je lah sebab murah bila nak print nanti ! Adik print sikit je , 200 keping so harga dia agak mahal , RM120 , iaitu 60sen sekeping .  Adik cakap kalau print banyak lagi murah dapat .

Ini lah yang Tiqa mampu buat . Actually Tiqa tak puas hati dengan gambar peta . Rasa nak nangis tengok wajah rumah Adek yang Tiqa lukis guna PAINT ! Time tu internet down , tak boleh cari icon rumah yang kiut miut untuk Adek ! Percaya tak Tiqa lukis guna paint je . Buruk kan peta tu . Adek suruh Tiqa google je peta rumah dia guna google maps .

Adek kata dia tengok je kad , terus dia terima dan hantar pergi print . Tade nak komen-komen ke nak tukar apa-apa ke . Dia puas hati . Tiqa yang tak puas hati !



Okay , lupakan kisah lama itu . lama lah sangat kan . Tiqa dah siap dah sebenarnya kad kahwen Tiqa , cuma ada tinggal lagi beberapa perincian tak lengkap lagi . Tiqa bagi tunjuk teaser kad kahwin DIY Tiqa ye .















Mengadakan bagi nmpak gmbar EF . Again , sila abaikan watermark Tiqa yang buruk tu . Tiqa mengimpikan wedding tema ala-ala vintage , so inilah hasilnya . Nanti dah siap print Tiqa bagi yang full version okay ?

Actually sebelum Tiqa menetapkan tema vintage ni , Tiqa ada design 2 kad kahwen tapi tak jadi nak guna sebab tak ikut tema .










Okay semua kad ni telah di reject olah diri sendiri . Lagipun tak cantik kan ?

Okay lah , dah penat ! next time cerita lagi :)











 



UPDATED ! 


Kad Kahwin dah siap ! weehoo~ Boleh picit SINI untuk lihat hasilnya :)


Boleh tengok SINI untuk tutorial buat kad kahwin guna Adobe Photoshope CS3 :)
 
Selamat berjaya . 


.

1 comment:

Anonymous said...

Sis, yang atas tu size apa ek?

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez