Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Apr 3, 2013

Kad Kahwin DIY sudah siap !







YEAY ~ Kad kahwin DIY saya dah siap print dan selamat sampai ke tangan saya !



Mesti korang terkejutkan , lagi 18 hari majlis baru kad sampai ! T_____T Panjang ceritanya . B2B lain jangan ikut perangai Cik Tiqa ni ye T_____T Bertangguh-tangguh ! Lepas tu buat perangai , bila gaduh dengan Encik Tunang , terus malas / tak ada mood nak siapkan design kad . Mengada-ngada kan saya ? Lagi nak dekat kahwin , lagi kuat Cik Tiqa buat perangai , permainan setan kot ! Mungkin ini dugaan bertunang kami . Kerap sangat gaduh lepas tu buat drama hindustan T_____T



Ah , LUPAKAN SEMUA TU . Janji kad kahwin dah siap , lepas ni boleh pos kat kawan-kawan . Nak tengok tak kad nye ?





JENG JENG JENG ~~















Dan ini hasil nya !!













Tiqa sangat lah berpuas hati dengan kad ni selepas di print . Tak jauh beza cuma colour warna maroon tu jadi macam warna coklat sikit, Tiqa mmg expect benda ni terjadi sebab bila print memang colour lari sikit , but its okay , SANGAT berpatutan dengan harga kad ni ! Cuba teka harga kad ni jatuh berapa untuk sekeping ? 




RM 0.35 ! 




Ye ! TIGA PULUH LIMA SEN je sekeping ! memang murah . Tiqa print 1000 keping , so RM350 . Tiqa split 2 , Encik Tunang ambil 500 , Tiqa ambil 500 . Bayar pon split . Tiqa bayar RM175 je la ! wehoo~~ , RM 175 untuk 500 keping kad ! Sangat berbaloi-baloi untuk tahun 2013 ni !


Oh ya , Tiqa pun print banting kat tempat yang sama ! Guess how much harga bantingnya ! 


RM25 untuk 1 banting ! 



Sangat murah berbanding tempat lain ! Oleh kerana murah , Tiqa design 2 banting untuk di print . Hee~ Banting pon Tiqa design sendiri sebab Tiqa ni cerewet , Tiqa tengok macam tak best je design banting yang biasa orang buat . 2 banting jadi RM50 . 

So semuanya ;

RM350 + RM50 = RM400

Split 2 , jadilah RM200 saja .


Jom intai design banting Tiqa . 










Hasilnya ; 










Panjang gila banting ni , dah la murah . Memang berpatutan tau . So B2B kat luar sana yang masih nak mencari tempat untuk print kad kahwin / banting yang murah ? , Tiqa syorkan korang intai kadborongdotcom .



Korang boleh picit SINI untuk tahu macam mana nak design kad kahwin sendiri .



P/s : perasan tak Tiqa blurkan bahagian dada Tiqa . Jangan ditanya kenapa , paham-paham sendiri T_____T


.




Feb 1, 2013

Segmen : Lagu favourite saya by leeyana amzar







Tiqa kena tag oleh Ain Fazlin untuk join Segmen : Lagu Favourite Saya by Leeyana Amzar ni . Korang jom la join ramai-ramai ! Syaratnya mudah sangat ! Klik gambar kat atas untuk join ye kawan-kawan .



Tiqa actually dah lama tak layan lagu / music ni . Last sekali Tiqa fanatik dengan K-POP , layan lagu 2PM , FT-Island . Even pergi DUA concert K-POP tahun 2011 dengan 2012 . Siap kejar Kim Hyun Joong 2 kali time dia datang Malaysia ! Tapi tahun 2013 , entah kenapa Tiqa rasa macam dah slow dengan K-POP . Bukan benci okay , Tiqa tetap sayang dengan Nichkhun .


 
Okay , walau apa pon , Tiqa kena tetap jugak kongsi 1 Lagu sebab Tiqa nak menang hadiah nya ! Lumayan u'olls ! Dah lama Tiqa nak kamera LOMO tu ! T___T Bagilah saya Cik Leeyana , sebagai hadiah perkahwinan ! *membodek~ hihi



Okay ini lagu yang Tiqa nak kongsi .














Tiqa selalu dengar lagu ni kat Astro Oasis time nak dekat magrib dan lepas magrib . Rasa tenang sangat . Tiqa lately ni banyak stress ! Macam-macam kena fikir pasal persiapan perkahwinan ni . Serius bila korang nak kahwin nanti baru korang tau rasa dugaan bertunang + dugaan persiapan perkahwinan tu macam mana . Bersiap sedialah korang semua ! HAHAHA - *Ketawa jahat


Serius Tiqa nak kongsi , bila korang ada masalah atau stress even stress kat jalan raya sebab jem , korang pasang Zikir Terapi Diri -Hafiz Hamidun ni InsyaAllah korang akan tenang . 


Lagipon Zikir Istighfar ni banyak kelebihan tau .




Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”




Zikir Istighfar boleh buka pintu rezeki !




“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)





Sumber .




So , Tiqa rasa CD Zikir Terapi Diri ni patut ada dalam kereta semua umat Islam :) Time jalan jem boleh dengar ! Tiqa tade kereta lagi  T___T


K lah . Bawa-bawa lah menjoin ye :)


Tiqa Tag Fatihah dan Lulu


Bai.


.




Jan 29, 2013

tempat terbaik honeymoon 2013, part 2






Perhatian

Tempat honeymoon terbaik ini adalah hasil pandangan Tiqa setelah Tiqa mensurvey dan membuat research sendiri ye . Bukan yang secara official dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu .










Salam dan hello B2Bs and readers semua . Eceh macam ramai je yang datang belog Tiqa ni . Okay , haritu Tiqa ada post entry Tempat Terbaik Honeymoon 2013 , part 1 kan , jadi ini sambungannya . Kali ni Tiqa nak story pasal Pulau Tioman dan Pulau Perhentian .



Lets Ce-ki-da-ut ~



Pulau Tioman 



Actually Tiqa survey Pulau Tioman ni atas permintaan kawan Tiqa , padahal dia nak kahwin 2014 insyaAllah , lama lagi kan , hihi , TAKPE ! Ini semangat yang kita mahu ! At least bila dah tahu berapa kos , kita boleh kumpul duit awal-awal ye tak ?





Tioman menyediakan banyak pilihan resort untuk dipilih . Dari yang mahal , sederhana , sampai lah yang murah . Bagi korang-korang yang mengimpikan resort yang mewah dan layanan bak VVIP korang boleh pilih luxury resort , contohnya ; 







Resort ni dapat ranking #1 kat TripAdvisor ! . Dan Tiqa pon highly recommend tempat ni bagi mereka yang banyak duit . Sebab resort ni unik sangat ! Jom tengok kenapa resort ni unik . 


First sekali nama bilik yang dorang sediakan memang unik . Antaranya , Boat House , Eagle View , Flying Fox , Rumah Laut , Rock House and even Tree House pon ada . Mesti korang nak tengok macam mana rupa bilik / chalet dorang yang unik ni . 





Boat House
Boat House





Bedroom


Unik kan Boat House . Nampak macam kecik tapi besar okay . Tido kat bilik dia boleh rasa tido dalam kapal . Boleh berangan macam ala-ala movie Pirate of Carribean gitu . Bila lagi nak rasa benda yang lain dari yang lain kalau bukan time honeymoon . Bangun pagi , terus lari terjah pantai !








Rock House


Tekan Gambar untuk tumbesaran ye .










Tiqa suka sangat Rock House ! Macam best je . Boleh berangan ala-ala Tarzan and Jane . Laut betol-betol depan balconi ! Memang sesuai untuk honeymoon dan romantik-romentik dengan husband ! Tiqa rasa kita boleh mandi-manda depan balkoni tu , rasa macam cetek je . Serius LOVE this house !








Rumah Laut


Rumah Laut






Bedroom





Dapur dan bilik air


Rumah Laut ini khas untuk honeymoon dan tak sesuai untuk kanak-kanak sebab balkoni dorang yang open nature concept . Sangat private dan terasing . Dan yang paling best korang akan dapat 270  degree sea views ! For more information pasal Rumah Laut ni , sila tekan link kat bawah gambar tu . 


Ada banyak lagi jenis chalet kat Bagus Place Retreat ni . Boleh tekan SINI untuk pergi ke website dorang . Dan korang kalau tak percaya Tiqa , korang boleh baca review pasal tempat ni kat SINI .



Harga kat Chalet ni senang kira . Semua jenis chalet (kecuali Rumah Laut) harga sama . RM900 untuk 2H1M untuk 2 orang dewasa . Kalau korang nak duduk 3H2M , so RM1800 . Harga ni termasuk makan minum korang , boat tranfer , kopi teh , kayak , snorkeling , and many more .


Resort ni bukan lah yang paling mahal tapi Tiqa rasa yang paling terbaik ! Oh , pasal Halal Food , korang jangan lupa tanya ye ! Tiqa tak kuasa nak tepon dorang T___T Kalau Tiqa pergi sini , Tiqa akan tanya . Korang please jangan lupa tanya pasal Halal Food before buat reservation ye .







Tips : Sebelum korang memilih tempat / resort untuk korang tinggal , please baca review pelancong lain sebelum korang pilih resort tu . Sebab ada kadang-kadang resort ni indah khabar kat website dari rupa . Korang boleh baca review pelancong lain kat TripAdvisor atau Agoda .







Resort lain yang terbaik dan might cost a "little" money :

JapaMala Resort   + - RM 680 2H1M

Tunamaya Beach Resort and Spa   + - RM 500 2H1M

Minang Cove Resort   + - RM 300 2H1M




Pilihan lain bagi mereka yang nak budget macam Tiqa , korang boleh pergi antara 2 resort ni . 












Ocean View Suite




Ramai gak Tiqa tengok orang Malaysia yang pergi resort ni . Mungkin sebab berpatutan . Banyak jenis bilik yang korang boleh pilih dan dorang ada pakej sekali dengan makan minum dan snorkeling .


Resort ni jugak adalah satu-satunya resort kat Pulau Tioman yang Tiqa jumpa ada buat Pakej Honeymoon . Paling murah RM1496 per couple untuk 3H2M termasuk makan minum , candle light dinner , BBQ dinner , kek , PRIVATE snorkeling trip , boat transfer and many more . 


Korang boleh tekan SINI untuk tengok bilik yang dorang ada .






Next ~






















Aman Damai Wing





Tekan gambar untuk tengok peta resort





Tiqa pon suka resort ni . Cantik ! Ada pool ! Tiqa tak boleh copy gambar bilik dia . T___T Korang tengok sendiri lah ye . Tekan SINI . Harganya pon boleh tahan okay . Kita kan nak honeymoon , tak salah rasanya belanja lebih sikit je untuk keselesaan ASALKAN MAMPU . Kalau tak mampu jangan membazir . Bak kata seseorang , jangan tiru orang kaya , bersederhanalah !










Panjangnya entri , baru Pulau Tioman , belum masuk Pulau Perhentian . Okay , jom tengok Pulau Pehentian pulak . 





Pulau Perhentian


Pulau Perhentian ni Tiqa pening sikit sebab ada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil . Banyak sangat resort . So , Tiqa dapat tunjuk resort yang menarik perhatian Tiqa je ye . Tiqa tak jamin ini yang terbaik kat Pulau Perhentian , maybe ada lagi resort yang best tapi Tiqa tak jumpa T___T






















Abdul Chalets ni terletak kat Perhentian Besar . Chalet ni simple je , betul-betul depan pantai . Tengok la warna air laut tu , jernih sangat kan . Tiqa rasa kalau Tiqa pergi sini , Tiqa terjun je dalam laut tu tiap-tiap pagi . Maha Suci Allah , Tuhan semesta alam yang mencipta tempat secantik ni !


Bilik kat chalet ni pon kemas je Tiqa tengok . Harga dia pon berpatutan . Okay la , tak mahal sangat . Bilik yang dorang ada ; Suite Sea View , Family Sea View , Deluxe Sea View , Standard Sea View , Standard Garden View .




Suite Sea View



Katil kat Suite Sea View






Deluxe Sea View | kecik sikit dari Suite Sea View



Katil kat Deluxe Sea View


Dorang pon ada sediakan Pakej 3H2M dan 4H3M . Untuk bilik Deluxe Sea View , RM474/person untuk Pakej 3H2M dan RM646/person untuk Pakej 4H3M . Pakej termasuk return boat transfer , makan minum , BBQ dan 2 trip snorkeling . Harga untuk bilik lain korang boleh tekan SINI .




Okay lah . Sampai sini part 2 . Part 1 korang boleh tengok SINI . Nanti sambung part 3 pulak pasal Tanah Tinggi , insyaAllah . 



K , Bai .





p/s : 2H1M maksudnya 2 Hari 1 Malam . 










Kenapa manusia berlumba keluarkan duit untuk ke neraka?

MAHALNYA NERAKA, MURAHNYA SYURGA

Neraka itu mahal, syurga itu murah...
Jalan ke neraka penuh sesak...
Ramai manusia beratur, penuh kekalutan dan saling bercakaran... Bimbang takut diri tidak mendapat bahagian...

Tiket ke neraka mahal harganya...
Bukan calang-calang, harus berhabisan ribuan ringgit...
Untuk dapat ikut
berjalan ke sana...

Maksiat itu mahal...
Judi itu mahal...
Zina itu mahal...
Korupsi itu mahal...
Dusta itu mahal...
Hiburan itu mahal...
Namun masih tetap juga manusia berbondong-bondong menuju ke arah neraka...

Jalan ke syurga itu sunyi...
Jalannya luas, mulus dan bersih...
Tiketnya murah, modalnya kecil...
Halamannya bersih, para pendidiknya ramah tanpa meminta upah...
Tapi mengapa amat sedikit yang beratur di laluan ini?

Puasa itu murah...
Solat itu murah...
Sedekah itu murah...
Senyum itu murah...
Jujur itu murah...
Ternyata nafsu telah memutar belit semua tatapan...
Yang mungkar terlihat indah...
Yang ma'aruf tergambar jelek...
Yang baik terlihat sukar...

Di saat ini baru kita sedar...
Betapa besar nikmat Islam dan iman yang dianugerahkan...
Untuk mereka yang terpilih, ketahuilah bahawa jalan ke syurga itu sememangnya dingin, sejuk dan sepi...
Bersabar, bertakwa dan berpegang teguhlah dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah...






Post ini Tiqa copy dari post adik afina rahmat . Bukan selalu Tiqa re-post entry orang ni . Tapi Tiqa rasa terpanggil untuk kongsi ini dengan pembaca .  


Kenapa eh ? Kenapa kita susah-susah nak beli tiket ke neraka sedangkan neraka seburuk-buruk tempat kembali . Tiqa tanya diri Tiqa sendiri , kenapa Tiqa tega buat macam ni pada diri Tiqa sendiri . Semoga kita semua mulai sedar . Semoga kita tak pekakkan telinga dan buat tak nampak kata-kata ini . Semoga kita mengambil pengajaran . Semoga Allah ampun kan dosa kita semua . Semoga kita dapat cari jalan yang lurus semula . Jalan untuk ke syurga bukan neraka . Amin



.

Jan 28, 2013

resepi puding roti mudah senang dan sedap

Dulu Tiqa dah pernah post resepi puding roti TANPA agar-agar , sekarang Tiqa nak kongsi pulak macam mana nak buat puding roti yang mudah tanpa bakar , tanpa stim , cuma guna agar-agar dan sejukkan dalam peti ais je ! Sedap wo ! Tiqa admit buat macam ni , lagi sedap daripada buat tanpa agar-agar



















Bahan-bahan

7 keping roti , kalau nak sedap lagi guna butterscoth .

1 paket serbuk agar-agar Nona tanpa warna .
 
1 tin susu cair

3 senduk gula

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar tepung kastard
Cara-cara

1. Carik-carikkan roti dan susun dalam loyang . Carik kecik-kecik lagi sedap !


2. Panaskan periuk , rebus 4 cawan air . Tiqa guna serbuk agar-agar Nona , dia suruh letak 4 cawan air .


3. Bila dah gelegak masukkan agar-agar . 
 
 
4. Bila agar-agar dah larut , masukkan susu cair , gula dan esen vanilla .


5. Kacau bagi gula tu cair , dan masukkan telur .


6. Lepas masukkan telur , jangan berhenti kacau sebab nanti dia berketul-ketul.


7. Masukkan Tepung Kastard yang dah dibancuhkan dengan air sikit .
 
 
8. Bila yakin telur dalam tu dah masak , angkat dan tuang dalam loyang yang berisi roti tadi .


9. Sejuk kan sebelum masuk dalam peti ais .


10. SIAP ! Potong dan makan !
 
 
 
 
 
Tips : Oleh sebab abah Tiqa tak boleh makan manis sangat , jadi Tiqa letak 2 senduk gula je . Tapi bagi kita-kita yang boleh makan manis ni , kita akan rasa puding tu tawar . SOLUTION , Tiqa buat sos kastard . So sapa yang rasa nak manis sikit boleh lah makan dengan sos kastard secukup rasa lidah mu . Jangan makan manis-manis ye ! Nanti kene kencing manis T___T






SOS KASTARD

Bahan-bahan


Susu cair satu mangkuk


1 sudu besar tepung kastard


Gula secukup rasa .




Cara-cara


Masak susu cair dan gula . Bila gula dah larut , masukkan tepung kastard . Kacau . Bila dah semua larut , angkat . 





Sekejap je buat sos kastard ni . sedap pon sedap . Enjoy your meal ! 



Bai .

.





tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez