Apr 25, 2013

Sudah sah menjadi isteri

Alhamdulillah  



Assalamualaikum , hari ni genap 5 hari Tiqa sah menjadi isteri kepada suami Tiqa , Zaiful Khairul Nizab . Rasa macam tak percaya yang Tiqa dah kahwin ! Serious !












Nak cerita sikit pengalaman Tiqa .


First sekali , Tiqa tak rasa berdebar sangat , entah kenapa tak boleh nak feeling-feeling terharu ke apa time akad nikah ! Sedih , dah siap dah tisu kot kot lah air mata mengalir , sebab Tiqa ni kan jenis cengeng , sememeh , cepat touching .

Mula-mula bila dengar Tok Kadi cakap "aku nikahkan dikau bla bla bla" , Tiqa dah mula start rasa berdebar rasa tak tentu arah , Tiqa fokus kan pendengaran Tiqa pada suara Encik Suami .





Tok Kadi : Aku kahwinkan dan nikahkan akan dikau Zaiful Khairul Nizab bin Ibrahim dengan Nur Atiqah binti Abdul Kadir dengan mas kahwin RM*&*%* tunai .


Tiqa : Dup Dap Dup Dap Fokus nak dengar suara Encik Suami 


Encik Suami : krikk~ krikk~ krikk~ tak dengar apa-apa 


Tok Kadi : A'u'zubillahimisansyaitoirrajim~ start baca doa


Tiqa : hah ! dah sah ke ? Tak dengar pape pon~







Serious ! Sangat cepat ! tak sempat nak feel . Tok Kadi tu tak tanye pon saksi sah ke tak , terus baca doa . Terkejut tau . hehe . Mungkin Tok Kadi tu dah dengar dengan jelas dan nak cepat nak gi kahwinkan orang lain pulak kot . hehe


Nak tengok tak ? Cer play ni   Pause dulu lagu blog ni ye, scroll sampai bawah ye ! 













Second .Terlupa ambil kasut sanding ! Baju sanding Tiqa ada 3 , maroon , merah dan putih . Masing-masing ada kasut nya , tapi entah kenapa tertinggal , pekerja mak andam tu lupa nak bagi . Tiqa pon terlupa pasal kasut . 



Serious , bila rombongan lelaki dah sampai , Tiqa kelam kabut sebab tak siap lagi , lepas tu bila dah siap , laju je Tiqa keluar , tetiba mak andam tanya , "kasut mana?" , terkejut sangat time tu ! Kasut tade ! Terus sarung kasut nikah . Nasib baik kasut nikah Tiqa beli warna gold , masuk dengan semua jenis baju ! 









Dan yang paling syoknya , baju ketiga Tiqa , yang warna putih , tak sempat pakai pon !

Tiqa even tak sempat nak ambil gambar ! 





Even banyak benda yang berlaku , Tiqa tetap happy ! Semua yang berlaku sikit pon tak menjejaskan mood Tiqa . Tiqa bersyukur sangat sebab selamat jadi isteri kepada Zaiful Khairul Nizab , lelaki yang dapat menyempurnakan Tiqa yang banyak kekurangan ni . Tetiba rasa terharu~











Cubaan berikutnya : Baru 3 hari kahwin , Tiqa dah rasa macam mana takut dan risaunya hati seorang isteri jaga suami sakit .




YUP ! Encik Suami demam pada hari ketiga . Badan menggigil malam dan panas sangat ! Tiqa nak menangis tak tahu nak buat apa . Esok terus bawa dia pergi jumpa dokter and guess what , dokter cakap dia terkena jangkitan kuman kat throat ! Ya Allah , terkejut sangat .  


Lepas tu malam nya , dalam keadaan demam tak kebah lagi , Encik Suami naik bas balik kuantan Pahang untuk uruskan majlis belah sana Sabtu , 27 hb 4 ni . Dengan berat hati Tiqa lepaskan dia pergi even hati risau kesihatannya .



Sekarang alhamdulillah , tadi dia bagitahu Tiqa demam dia dah okay . Tiqa tak sabar nak jumpa dia Sabtu ni ! Rindu lah !


Ok lah . Nanti sambung cerita , insyaAllah . Bye ! 

 .

Apr 13, 2013

Layakkah aku menjadi isteri seorang perwira?






Assalamualaikum.
Tujuh hari lagi .








Title entry tak menahan kan ? Tapi ini serius okay .
Dia selalu cakap , "Macam mana Tiqa nak jadi isteri abang ni , manja sangat ni" . 




Seriously Tiqa manja sangat - padahal anak sulong =.=''
Tiqa jenis yang cepat merajuk padahal bakal suami seorang army , yang garang , yang biasa mengajar anak buah guna senjata - okay obviously sangat garang . 
Tiqa dalam diam kagum macam mana dia boleh tahan dengan perangai Tiqa yang mengada-ngada sangat ni .
Dia selalu cakap "Tiqa kena kuat , Tiqa tak boleh manja macam ni , Tiqa bakal jadi isteri askar
Seriously kadang-kadang mengalir air mata ni . "Layakkah aku jadi isteri dia , aku tak kuat , aku senang menangis , aku selalu cepat risau keselamatan dia padahal dah memang itu tugas dia"



InsyaAllah lepas kahwin dia akan naik pangkat Sarjan - sekarang Korperal , orang kata rezeki kahwin .
Dan ada khabar angin yang dia mungkin akan posting ke Sabah , kem Tanduo yang akan dibuka - lambat lagi . 
Dia cakap dia nak Tiqa tinggal kat semenanjung kalau dia kena posting sana . Tapi Tiqa tak nak . Tiqa nak duduk di sisi suami . Dia tanya "kalau kena ambush?" , Tiqa jawab , "tape Tiqa sanggup!" - dalam kepala terbayang Bukit Kepong .


Kuat ke Tiqa yang manja , cengeng , sememeh macam ni nak lalui hidup sebagai seorang isteri perwira ? Boleh ke Tiqa jadi tabah se tabah tabahnya di sisi dia , lelaki yang Tiqa cinta ?











Hanya doa je yang Tiqa mampu panjatkan . Semoga Allah tabahkan hati kami , panjangkan nyawa kami , panjangkan jodoh kami ke akhir hayat . Tiqa nak bahagia dengan dia dunia dan akhirat ! Moga Allah perkenankan permintaan Tiqa ni .


 
p/s : Doakan lah kebahagiaan kami dunia dan akhirat . Moga Allah kurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat pada kamu semua juga ! ;')



.

Apr 3, 2013

Kad Kahwin DIY sudah siap !







YEAY ~ Kad kahwin DIY saya dah siap print dan selamat sampai ke tangan saya !



Mesti korang terkejutkan , lagi 18 hari majlis baru kad sampai ! T_____T Panjang ceritanya . B2B lain jangan ikut perangai Cik Tiqa ni ye T_____T Bertangguh-tangguh ! Lepas tu buat perangai , bila gaduh dengan Encik Tunang , terus malas / tak ada mood nak siapkan design kad . Mengada-ngada kan saya ? Lagi nak dekat kahwin , lagi kuat Cik Tiqa buat perangai , permainan setan kot ! Mungkin ini dugaan bertunang kami . Kerap sangat gaduh lepas tu buat drama hindustan T_____T



Ah , LUPAKAN SEMUA TU . Janji kad kahwin dah siap , lepas ni boleh pos kat kawan-kawan . Nak tengok tak kad nye ?





JENG JENG JENG ~~















Dan ini hasil nya !!













Tiqa sangat lah berpuas hati dengan kad ni selepas di print . Tak jauh beza cuma colour warna maroon tu jadi macam warna coklat sikit, Tiqa mmg expect benda ni terjadi sebab bila print memang colour lari sikit , but its okay , SANGAT berpatutan dengan harga kad ni ! Cuba teka harga kad ni jatuh berapa untuk sekeping ? 




RM 0.35 ! 




Ye ! TIGA PULUH LIMA SEN je sekeping ! memang murah . Tiqa print 1000 keping , so RM350 . Tiqa split 2 , Encik Tunang ambil 500 , Tiqa ambil 500 . Bayar pon split . Tiqa bayar RM175 je la ! wehoo~~ , RM 175 untuk 500 keping kad ! Sangat berbaloi-baloi untuk tahun 2013 ni !


Oh ya , Tiqa pun print banting kat tempat yang sama ! Guess how much harga bantingnya ! 


RM25 untuk 1 banting ! 



Sangat murah berbanding tempat lain ! Oleh kerana murah , Tiqa design 2 banting untuk di print . Hee~ Banting pon Tiqa design sendiri sebab Tiqa ni cerewet , Tiqa tengok macam tak best je design banting yang biasa orang buat . 2 banting jadi RM50 . 

So semuanya ;

RM350 + RM50 = RM400

Split 2 , jadilah RM200 saja .


Jom intai design banting Tiqa . 










Hasilnya ; 










Panjang gila banting ni , dah la murah . Memang berpatutan tau . So B2B kat luar sana yang masih nak mencari tempat untuk print kad kahwin / banting yang murah ? , Tiqa syorkan korang intai kadborongdotcom .



Korang boleh picit SINI untuk tahu macam mana nak design kad kahwin sendiri .



P/s : perasan tak Tiqa blurkan bahagian dada Tiqa . Jangan ditanya kenapa , paham-paham sendiri T_____T


.




tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez