Oct 18, 2013

update laju laju





MasyaAllah ! 

Pejam celik , pejam celik , hampir 5 bulan Tiqa tak update blog ni ! Sejak kahwin , macam macam jadi sampai tade masa nak update . Maaf ye kalau sapa-sapa bukak asik stuck dengan entry sama je . 


Okay , jom Tiqa update laju laju apa yang dah berlaku .


1) Tiqa dah pregnant ! Alhamdulillah . 


Actually ini lah sebab utama tak dapat berblogging . Tiqa bunting pelamin , lepas balik honeymoon baru tahu dah pregnant . Tiqa dapat mabuk yang sangat teruk time awal hamil hari tu . Sakit kepala 24 jam . Muntah setiap kali lepas makan . Tubuh lemah , asik baring je . Memang tak larat la nak bukak laptop kan . Masuk hospital , masuk air sebab demam teruk . Semua ni alahan . Asyik menangis je sebab emosi jadi tak stabil . Bila tengok hubby balik kerja penat-penat lepas tu kena masak (sebab Tiqa tak boleh masak , mabuk) pon Tiqa boleh nangis - nangis sebab kesian tengok hubby . Memang pelik sangat perangai time awal - awal kehamilan dulu . HAHA . HORMON .










2) Hubby naik pangkat . 


Tak lama lepas dapat berita Tiqa pregnant , hubby pulak naik pangkat . Kami yang baru masuk rumah baru kat Asahan, Melaka terpaksa pindah sebab hubby kena bertukar kem . Sekarang Tiqa duduk rumah mama kat Cheras , hubby pulak duduk kat kem dia kat Seremban sementara nak cari rumah baru . So skang ulang alik seminggu sekali . 







Sekarang ni , mabuk pon dah kurang , kat rumah pon dah tak busy , insyaAllah dah boleh dah update :) Lepas ni maybe ke arah keibuan sikit la ceritanya . Maklum lah , dah lebih kurang 25 weeks dah baby :)


Tak sabar nak tunggu dia keluar . Kawan kawan doakanlah baby selamat dilahirkan .


Wslm . 




.





May 20, 2013

Honeymoon di Sun Beach Resort, Pulau Tioman Part 1









Salam dearest semua !


Ya Allah, lama gila kan Tiqa tak update blog ni ! Sorry la pada mereka yang keep on buka blog Tiqa , asyik tengok entry yang sama tak bergerak-gerak . Bukan busy sangat pon, tapi entah lah . Tak kan dah MALAS kot ?


Malas nak bla bla bla , kali ni Tiqa nak kongsi dengan korang honeymoon kitorang 2 minggu lepas . Tiqa pilih untuk honeymoon di Sun Beach Resort, Pulau Tioman . Sun Beach Resort ni terletak kat Kampung Genting, Pulau Tioman . Seriously , Awesome beybeh!


Serius Tiqa JAKUN sangat sebab seumur hidup Tiqa tak pernah pergi bercuti kat PULAU , kecuali dulu waktu darjah enam pergi rombongan sekolah kat Pulau Langkawi . Pulau Langkawi lain , ia lebih kepada jalan-jalan shopping daripada dekatkan diri kepada nature .



Tiqa seronok , excited sangat sangat sebab dapat pergi honeymoon kat Pulau Tioman ni . Tapi hubby cakap dia rasa tak excited pon nak pergi , sampai menangis Tiqa dalam feri sebab terasa dengan dia *oversensitive*. Dia tak excited sebab dia tak biasa pergi bercuti , dia sayang nak tinggal kampung sebab time tu musim sotong , nak buat macam mana , dah tu hobi dia . Tiqa jugak untung hari-hari dapat makan sotong yang hubby sendiri tangkap kan .


**dia pergi mencandat sotong 3 hari berturut-turut okay even kitorang baru 2 minggu kahwin *sebelum honeymoon .



Jom , sekarang nak cerita bersama-sama gambar pulak .






Tengok muka dia tu, serius je . **Muka hubby gelap sebab pergi mencandat sotong kat tengah2 laut .


Kitorang pagi-pagi dah bangun , bertolak pukul 7 dari Balok, Kuantan . Bajet nak sampai pukul 10 kat Jeti Mersing . Time tu redha je pergi tak tahu feri pukul berapa , kitorang bajet feri dalam pukul 11 / 12 macam tu .



Perjalanan pagi tu agak seram sikit . Nak tahu kenapa sebab kabus tebal yang amat ! Dah macam dalam movie dah tahu . Takutttt~









Tebal gila kan kabus pagi tu ?


Dalam pukul 10:07 pagi , kitorang sampai lah kat Jeti Mersing . *30 minit sebelum sampai Jeti Mersing , Kitorang lalu Jeti Tanjung Gemok dulu , jakun sekejap sebab tak pernah tengok Jeti dengan berlambak kapal .










Sampai je Jeti Mersing terus pergi pejabat Sun Beach Resort . Sampai je , dia cakap feri dah terlepas ! Tekejut gila time tu , dia kata next feri dari Jeti Mersing ni pukul 4 petang . Memang tak sanggup la kan nak tunggu sampai pukul 4 petang .



Dia cakap , kalau nak naik sekarang boleh pergi Tanjung Gemok, feri bertolak pukul 11 . Tengok jam , pukul 10:10 pagi macam tu . Sempat lagi nak patah balik . Apa lagi , cuung~ terus merempit bawa kereta patah balik ke Tanjung Gemok . Alhamdulillah, sampai sebelum feri datang .




tip bercuti: please check dengan pihak resort pukul berapa feri korang okay , kadang-kadang jadual feri boleh bertukar !











Eh , eh . Happy pulak muka hubby . *Padahal kena paksa senyum . hihi . Time ni tengah beratur nak amik boarding pass . Macam naik flight pulak . Tiqa time ni sangat excited !









Ini feri yang kami naik . Banyak gila pelancong asing yang nak gi Pulau Tioman ni . Feeling-feeling kat negara Omputeh jap bila di kelilingi Omputeh kat sini .






Perhatikan warna laut yang berubah bila semakin jauh feri meninggalkan jeti .









Nampak tak biru nya air laut bila ada kat tengah lautan . SubhanAllah~ cantik sangat !



Bila dah hampir 2 jam kami duduk dalam feri , tetiba dari jauh kami nampak Pulau Tioman ! Tapi , macam hujan je





Seriously , time ni memang hujan lebat la jugak kat luar feri tu . Tiqa macam "alamak hujan!" . Tapi bila makin dekat dengan feri , makin cerah pulak langit .








Alhamdulillah~ rupanya hujan kat tengah laut lagi . So, macam sempat la kitorang sampai Sun Beach Resort sebelum hujan turun kat Pulau Tioman .







Memang bawa 1 beg je untuk letak pakaian . Sumbat dalam 1 beg . Senang . Wajah hubby yang sangat happy lepas tengok ikan yang berenang-renang manja tepi jeti tu . Dengan tiba-tiba , dia menjadi sangat excited . Hubby tak boleh tengok ikan , dia mesti nak memancing , tu yang dia geram tengok ikan bayan dengan slumber-lumber berenang tepi jeti tu . Hubby cakap ikan tu mahal !





Ini ikan Bayan . Memang cantik .




Ini ikan Bayan sebelum di goreng !

*Gambar ni Tiqa curi kat pakcik Google . Nanti Tiqa bagi tengok gambar yang Tiqa amik kat jeti pulak , teruskan membaca !









Gambar bilik kami *yang dalam bulatan tu* dari jeti .  Front beach chalet with air-cond and water heater .






 Dekat je Sun Beach Resort dengan Jeti Kampung Genting ni .




Muka "penat tidur" dalam feri 2 jam . Serious lenguh ,tapi bila tengok keindahan Pulau Tioman , terus hilang segala penat lenguh tu semua ! Eh , baju kami sama .



Anyway, kitorang sempat sampai Borak-Borak Cafe , minum welcome drink , lepas tu , buhf~ hujan turun . Terpaksa meredah hujan renyai nak gi bilik !









Tadaa~ Ini bilik kitorang . Bilik semua okay , tandas pon bersih . Cuma 1 je , tombol pintu tu , hanya hubby je pandai buka . Susah nak buka ,  kena ambil masa sikit . Sampai sempat Tiqa snap gambar sekeping .







Sampai bilik , letak beg semua terus pergi cari nasi kat kawasan jeti . Lapaq bak hangg~ Tiqa order Nasi goreng seafood *RM8.00 dengan air suam , hubby order nasi goreng ayam *RM LUPA maybe RM6 dengan air sirap .  Serious sedap gila nasi goreng dia ! Hubby suka sangat ! Puas hati even bayar mahal sikit dari biasa .






Hanya air je sempat ambil gambar , makanan tak sempat , terus ngap ! Sebab lapar sangat !



 
Lepas makan kitorang jumpa Mok Teh . Siapa Mok Teh ? Mok Teh ni tokey kedai cenderahati , merangkap ibu kepada kawan baik hubby iaitu Tioman *nama dia ERY , hubby / geng army panggil dia Tioman sebab dia asal dari Pulau Tioman . Kebetulan , rupa-rupanya Tioman duduk kat Kampung Genting . Mok Teh dengan happy dan ramah berborak dengan kitorang bila tahu yang hubby ni kawan anak dia . Mok Teh baik sangat . Tiqa seronok berbual dengan Mok Teh ! Tiqa beli selipar dari Mok Teh , dapat diskaun !









Lepas tu kitorang balik bilik , mandi solat . Lepas Asar , kami keluar bagi makan ikan kat Jeti ! Beli roti dari kedai Mok Teh . Seronok sangat ! Cantik sangat ciptaan Allah SWT ni ! Dengan air membiru / hijau / jernih , ikan yang berwarna-warni , terumbu karang yang sangat cantik . Tenang jiwa kami !














Banyak sangat ikan kat jeti ni ! Ikan Todak *yang panjang , Ikan Bayan *yang warna warni , Ikan Belang-Belang *tak tahu nama . SubhanAllah~ Tiqa terpegun , terkesima dan terjakun sekejap . Tiqa mana pernah tengok semua ni kecuali dalam akuarium . Ni pertama kali tengok ikan secantik ni depan mata , hidup bebas di bumi Allah ni .









Air dah pasang . Nampak lebih cantik !



 
Lega bila tengok hubby happy datang Pulau Tioman ni . Mula-mula memang dia tak rasa excited , tapi bila dah jejak kaki kat sini , dia betul-betul terpikat dengan keindahan pulau ni . Tiqa pon seronok tengok dia seronok .





Ralit kitorang duduk jeti , sampai nak dekat pukul 7 malam . Kitorang terus bergegas pergi tempat makan Sun Beach Resort . Kitorang makan dinner secara buffet malam tu . Cantik sangat pemandangan daripada restoran tu . Makanan dia , PERGHH~ SEDAP BAK HANG~! Memang tak menyesal pilih Sun Beach Resort !









Sotong goreng tepung , Ayam masak kicap , Kari Ikan Tenggeri *kalau tak silap , kacang buncis . Sedap sangat ! . Hubby sangat puas hati . *Kalau hubby puji maknanya betul la tu sedap sebab dia pandai masak jadi dia cerewet sikit . Kalau ada yang kurang , dia dapat rasa ada yang kurang . Dia puji masakan kat Sun Beach Resort ni . Memang sedap . Tiqa pulak jenis bantai je makan . hehe .


Lepas tu dalam pukul 7:30 malam , terus cepat-cepat balik bilik , solat . Malam tu lepas Isyak , kitorang gi tempat Mok Teh , berbual . Sampai malam , kitorang supper kat Borak-Borak cafe , makan bubur pulut itam dengan air teh . Lepas tu balik bilik tidur . Nak siapkan diri untuk snorkeling esok ! Yeayy~!



To be continue  . . .

.


tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez