Perhatian
Tempat honeymoon terbaik ini adalah hasil pandangan Tiqa setelah Tiqa mensurvey dan membuat research sendiri ye . Bukan yang secara official dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu .
Salam dan hello B2Bs and readers semua . Eceh macam ramai je yang datang belog Tiqa ni . Okay , haritu Tiqa ada post entry Tempat Terbaik Honeymoon 2013 , part 1 kan , jadi ini sambungannya . Kali ni Tiqa nak story pasal Pulau Tioman dan Pulau Perhentian .
Lets Ce-ki-da-ut ~
Pulau Tioman
Actually Tiqa survey Pulau Tioman ni atas permintaan kawan Tiqa , padahal dia nak kahwin 2014 insyaAllah , lama lagi kan , hihi , TAKPE ! Ini semangat yang kita mahu ! At least bila dah tahu berapa kos , kita boleh kumpul duit awal-awal ye tak ?
Tioman menyediakan banyak pilihan resort untuk dipilih . Dari yang mahal , sederhana , sampai lah yang murah . Bagi korang-korang yang mengimpikan resort yang mewah dan layanan bak VVIP korang boleh pilih luxury resort , contohnya ;
Resort ni dapat ranking #1 kat TripAdvisor ! . Dan Tiqa pon highly recommend tempat ni bagi mereka yang banyak duit . Sebab resort ni unik sangat ! Jom tengok kenapa resort ni unik .
First sekali nama bilik yang dorang sediakan memang unik . Antaranya , Boat House , Eagle View , Flying Fox , Rumah Laut , Rock House and even Tree House pon ada . Mesti korang nak tengok macam mana rupa bilik / chalet dorang yang unik ni .
Boat House
Boat House |
Bedroom |
Unik kan Boat House . Nampak macam kecik tapi besar okay . Tido kat bilik dia boleh rasa tido dalam kapal . Boleh berangan macam ala-ala movie Pirate of Carribean gitu . Bila lagi nak rasa benda yang lain dari yang lain kalau bukan time honeymoon . Bangun pagi , terus lari terjah pantai !
Rock House
Tekan Gambar untuk tumbesaran ye . |
Tiqa suka sangat Rock House ! Macam best je . Boleh berangan ala-ala Tarzan and Jane . Laut betol-betol depan balconi ! Memang sesuai untuk honeymoon dan romantik-romentik dengan husband ! Tiqa rasa kita boleh mandi-manda depan balkoni tu , rasa macam cetek je . Serius LOVE this house !
Rumah Laut
Rumah Laut |
Bedroom |
Dapur dan bilik air |
Rumah Laut ini khas untuk honeymoon dan tak sesuai untuk kanak-kanak sebab balkoni dorang yang open nature concept . Sangat private dan terasing . Dan yang paling best korang akan dapat 270 degree sea views ! For more information pasal Rumah Laut ni , sila tekan link kat bawah gambar tu .
Ada banyak lagi jenis chalet kat Bagus Place Retreat ni . Boleh tekan SINI untuk pergi ke website dorang . Dan korang kalau tak percaya Tiqa , korang boleh baca review pasal tempat ni kat SINI .
Harga kat Chalet ni senang kira . Semua jenis chalet (kecuali Rumah Laut) harga sama . RM900 untuk 2H1M untuk 2 orang dewasa . Kalau korang nak duduk 3H2M , so RM1800 . Harga ni termasuk makan minum korang , boat tranfer , kopi teh , kayak , snorkeling , and many more .
Resort ni bukan lah yang paling mahal tapi Tiqa rasa yang paling terbaik ! Oh , pasal Halal Food , korang jangan lupa tanya ye ! Tiqa tak kuasa nak tepon dorang T___T Kalau Tiqa pergi sini , Tiqa akan tanya . Korang please jangan lupa tanya pasal Halal Food before buat reservation ye .
Tips : Sebelum korang memilih tempat / resort untuk korang tinggal , please baca review pelancong lain sebelum korang pilih resort tu . Sebab ada kadang-kadang resort ni indah khabar kat website dari rupa . Korang boleh baca review pelancong lain kat TripAdvisor atau Agoda .
Resort lain yang terbaik dan might cost a "little" money :
JapaMala Resort + - RM 680 2H1M
Tunamaya Beach Resort and Spa + - RM 500 2H1M
Minang Cove Resort + - RM 300 2H1M
Pilihan lain bagi mereka yang nak budget macam Tiqa , korang boleh pergi antara 2 resort ni .
Ocean View Suite |
Ramai gak Tiqa tengok orang Malaysia yang pergi resort ni . Mungkin sebab berpatutan . Banyak jenis bilik yang korang boleh pilih dan dorang ada pakej sekali dengan makan minum dan snorkeling .
Resort ni jugak adalah satu-satunya resort kat Pulau Tioman yang Tiqa jumpa ada buat Pakej Honeymoon . Paling murah RM1496 per couple untuk 3H2M termasuk makan minum , candle light dinner , BBQ dinner , kek , PRIVATE snorkeling trip , boat transfer and many more .
Korang boleh tekan SINI untuk tengok bilik yang dorang ada .
Next ~
Aman Damai Wing |
Tekan gambar untuk tengok peta resort |
Tiqa pon suka resort ni . Cantik ! Ada pool ! Tiqa tak boleh copy gambar bilik dia . T___T Korang tengok sendiri lah ye . Tekan SINI . Harganya pon boleh tahan okay . Kita kan nak honeymoon , tak salah rasanya belanja lebih sikit je untuk keselesaan ASALKAN MAMPU . Kalau tak mampu jangan membazir . Bak kata seseorang , jangan tiru orang kaya , bersederhanalah !
Panjangnya entri , baru Pulau Tioman , belum masuk Pulau Perhentian . Okay , jom tengok Pulau Pehentian pulak .
Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ni Tiqa pening sikit sebab ada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil . Banyak sangat resort . So , Tiqa dapat tunjuk resort yang menarik perhatian Tiqa je ye . Tiqa tak jamin ini yang terbaik kat Pulau Perhentian , maybe ada lagi resort yang best tapi Tiqa tak jumpa T___T
Abdul Chalets ni terletak kat Perhentian Besar . Chalet ni simple je , betul-betul depan pantai . Tengok la warna air laut tu , jernih sangat kan . Tiqa rasa kalau Tiqa pergi sini , Tiqa terjun je dalam laut tu tiap-tiap pagi . Maha Suci Allah , Tuhan semesta alam yang mencipta tempat secantik ni !
Bilik kat chalet ni pon kemas je Tiqa tengok . Harga dia pon berpatutan . Okay la , tak mahal sangat . Bilik yang dorang ada ; Suite Sea View , Family Sea View , Deluxe Sea View , Standard Sea View , Standard Garden View .
Suite Sea View |
Katil kat Suite Sea View |
Deluxe Sea View | kecik sikit dari Suite Sea View |
Katil kat Deluxe Sea View |
Dorang pon ada sediakan Pakej 3H2M dan 4H3M . Untuk bilik Deluxe Sea View , RM474/person untuk Pakej 3H2M dan RM646/person untuk Pakej 4H3M . Pakej termasuk return boat transfer , makan minum , BBQ dan 2 trip snorkeling . Harga untuk bilik lain korang boleh tekan SINI .
Okay lah . Sampai sini part 2 . Part 1 korang boleh tengok SINI . Nanti sambung part 3 pulak pasal Tanah Tinggi , insyaAllah .
K , Bai .
p/s : 2H1M maksudnya 2 Hari 1 Malam .
.