Sep 30, 2010

2 guys and 600 pillows

I found this music video very interesting!
they are so creative!
How they manage to sing backwards!






yang ini the making of video ini..
buruk betol sound dia, tapi bila di backward kan, sedap je.. ;D



.

Alert pada semua muslim!

baca sampai habis!!

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;

Barang siapa yang melalaikan dan meringan-ringankan sembahyang lima waktu, maka nescaya akan diseksa oleh Allah akan dia dengan 15 seksaan. Enam didunia, tiga azab ketika hendak mati, tiga azab didalam kubur dan tiga azab sewaktu berjumpa dengan Allah s.w.t. dihari kiamat nanti.


Enam seksa diatas muka bumi ialah ;
  • Dicabut berkat umurnya
  • Tanda orang soleh dihapuskan oleh wajahnya
  • Semua amalan yang dilakukan semasa hidupnya tidak diterima oleh Allah s.w.t dan tidak diberi pahala.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak mendapat bahagian daripada doa orang orang yang soleh.
  • Keluar roh dalam keadaan tidak beriman kepada Allah s.w.t. 
Tiga seksaan ketika hendak mati ialah ;
  • Matinya sebagai mati yang sangat hina.
  • Mati didalam kelaparan.
  • Mati dalam keadaan yang sangat haus. Kalau dituang semua air yang berada didalam dunia ini ke mulutnya, maka tidak akan hilang hausnya. 
Tiga jenis seksaan didalam kubur ialah ;
  • Disempitkan kuburnya sehingga beradu tulang rusuk kiri dan yang kanan.
  • Dinyalakan api neraka didalam kuburnya siang dan malam.
  • Akan datang kepadanya Ular yang bernama "Syuja ulakrok" memagut dan menggigitnya hingga hari kiamat.
Tiga seksaan yang akan dihadapinya ketika bangkit dari kubur ialah ;
  • Dihisab dengan jangka masa yang lama.
  • Allah sangat murka dan tidak mahu melihat wajahnya.
  • Dimasukkan kedalam neraka.  
MasyaAllah, begitu berat seksaan keatas mereka yang meringan ringan kan solat. Saya ingin mengingatkan anda semua termasuk saya sekali, jangan lah kita melambat lambat menunaikan solat apatah lagi meninggalkannya dengan sengaja tanpa reason. Mungkin didunia kita tak terasa sangat seksaannya tapi boleh ke kita tahan seksaan ketika dalam kubur dan di akhirat nanti?? Semoga kita semua tidak lalai dan alpa dalam mengerjakan kewajiban kita sebagai seorang muslim.. Amin..


Sumber saya amik dari buku bertajuk "Rasulullah s.a.w bertanya, iblis menjawab" yang saya pinjam dari ikin (kawan). buku pinjam jeee.. hehee..

p/s : Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu hanis (kawan) yang baru meninggal dunia           petang tadi. ;'(
        Al-Fatihah.
.

my second award!

HAHA~!
ye! memang ni baru award wa no dua!
tapi wa tak kisah sangat janji happy!
hehehe~
award yang comel calour pink ni di hadiahkan oleh cik MOY kita..
thanks yaww!


TADAA~!
ini award nya!


Bila dah amik lovely award ni, macam biasa kene jawab beberapa soalan yang boleh buat otak wa keluar ikut hidung! okay,wa acah tipu aje hehe~!


soalan pertama!


Write 5 interesting facts abaout person who gave you this award




Arrgh~! 
nak puji puji Moy ni yang wa malas gila ni! HAHA!
okay, apa yang interesting sangat kat minahcunmatasepetmacamamoicantik ni eaa..?
okay.. ini dia ;
  •  nampak je kecik tapi garang nak mampus, bila mengamuk mulut dia . . . malas nak cakap hehe..
  • Obsess terhadap hello kitty! time jumpa kat TS aritu dulu minah ni suggest kat aku suruh beli 1 kasut tu sebab ada gambar hello kitty! sebenarnya dia yang nak kasut tuh tapi out of bajet! yang pelik ni wa beli tuuuu~
  • muka macam cina sejibik sebijik! sebab dia ada darah cina.. orang cina selalu ingat yang dia orang cina!
  • boleh lah dikatogorikan dikategerikan dikatogerikan sebagai good-looking-girl + cute! menggigil tangan wa masa wa taip ini! hehe..
  • bermuka dan berpewatakan TAK seperti remaja yang berumur 19 tahun! hehe.. 


Arrggh~! 
penat memikir! ni tak abis lagi ni!


soalan kedua


Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby!




ni yang wa malas ni nak pikir pasal wa, kalau tertinggi diri termeninggi diri macam mana?
so, wa nak mintak maaf dulu sebelum tulis kalau kalau wa ada termeninggi diri okay?
let see, apa yang interesting sangat pasal wa ni eaa..


  • yang interestingnya pasal wa ni ialah wa rasa wa tak interesting puuunnnn! HAHA~! okay tiqa, fokus!
  • wa suka pikir bukan bukan, termasuk macam mana wa mati nanti.. emm..orang cakap benda ni tak baik tapi ikin kawan wa cakap memang bagus mengingati mati..kan kan?
  • wa sangat paranoid! wa kalau lalu tempat pembinaan, wa boleh takut sebab terpikir yang ada batu konkrit akan jatuh hempap wa.. nauzubillah..mintak dijauhkan kesudahan yang buruk..Aminn..
  • wa suka bercakap dalam hati konon konon wa tengah berbual dengan seseorang.. biasanya wa selalu buat conversation pelik ni sebelum tidur.. dan conversation ini akan berakhir dengan tangisan.. kenapa? Lu pikir lah sendiri! wa ta nak cite nanti lu orang ingat wa GILA.. ;D
  • wa banyak mulut banyak bunyi! terlalu banyak bunyi! dengan lecturer pun wa bantai banyak bunyi! betol lah moy cakap wa ni kepoh.. HAHA~!
  • wa ni sensitive teramat sangat.. wa pernah hilang kawan sebab wa sensitive dan tak kuat orangnya.. okay sudah lari tajuk, ini benda interesting ke?
  • wa suka bidang photography tapi wa masuk bidang perubatan! interesting tak? mmm.. TAK! okay da pening, nak cakap pasal apa lagi ni!
  • bila wa makin besar, wa makin kurang kawan sebab keramahan wa dah hilang seiring dengan usia.. dulu, satu sekolah wa kenal woo..sekarang boleh kira dengan jari dan kaki berapa ramai kawan wa! maksud wa kawan yang betol betol kawan okay..
  • wa suka masak makanan barat dari makanan tempatan! wa suka masak ;D
  • wa start masuk cyber cafe time wa darjah dua macam tu.. sebab mama malas wa ikut dia pergi shopping so dia tinggal kan wa kat CC.. kat CC yang okay tau.. mungkin sebab tu wa obsess dengan game PC! HAHA~!

okay dah habis! susah nye la hai soalan! 
sakit kepala wa!! 
dah la wa ni tak interesting langsung! 
dah jadi merepek meraban dah ni...
okay next question!


soalan terakhir


Pick your most deserving recipients and describe them




sebenarnya kene pilih 10 tapi wa pilih sikit je lah eaa..sape sape nak award ni, amik je lah! wa bagi kat semua yang rajin kritik wa kat kotak perli di sebelah..


  • Naja ; she is my best friend in this world and hereafter.. i love her so much! tak di tag atas sebab sebab tertentu!
  • Moy ; aku nak tag hang balik, peduli apa! cik Moy ni BFF kepada kawan baik aku si Koca.. dua orang ni perangai sama aja! kaki shoping! ;D
  • Mimie ; kawan teater wa yang giler giler.. tergelak gelak lah kalau lepaking dengan dia.. punya personaliti yang lain dari yang lain.. 
  • Suraya ; kawan teater wa gak.. dia part time photographer.. punya kereta yang sangat cool! caya lah! 



okay, dah la tu!
penat memikir! otak wa dah krem.
wa nak siap nak pergi kelas.
kelas biostick biostatistic!
.

Sep 28, 2010

new item!

HAHA~!!
teruja gila bila dah ada benda ni!
memang dah lama nak ni tapi tak tahu nak buat..
silly me ;P
tapi sekarang dah ada! 
thanks to HUD HUD!

this is my new item on this blog!
TARAA~!!


kamu semua boleh jumpa ini dekat sebelah kanan kamu sekarang!
macam orang tak nampak!
ehem, ehem! baru sorang je yang "like"! 
hehe.. baru buat kann.. 
Okay, please click on "like" button if you love my blog! wink wink*
.

my google chrome and firefox browsers

dah dua hari try try macam orang gila nak bukak 
blogger dot com 
untuk update blog + edit blog apa lagi kan 
tapi tak boleh!
geram sangat!
dah try guna google chrome, fail!
try guna fire fox, fail!
tension sangat sangat!
asik keluar benda alah ni je!



okay, mula mula ingat ada masalah dengan connection internet,
sebab dulu penah jadi tapi lama lama boleh. 
tapi bila facebook yang agak berat pon berjalan dengan lancar,
maka timbul keraguan!
kenapa bila surf website lain okay je tapi nak bukak 
blogger dot com
tak boleh?!


okay, the truth is tiqa masih tak tahu apa masalah dia,
but, i have the solution!
tiqa try install browser lain which is 
Opera!
tiqa install kat badakAirGemok nih! hehe..
nak tengok boleh bukak tak kalau guna browser lain!
the good news is BOLEH!
haha~! kalau tak boleh, macam pulak aku boleh entry ini kan!


HAHA~!
see, sanggup install bagai untuk terus berBlogging.
thanks OPRAH, ehh ehh salah, OPERA lah.

.

iphone 4 in da houseee

Oh my Gucci!
gaya fazura dalam movie pisau cukur*


this brand new i phone 4 really make my heart pumping like crazeyh!
i want this big and thin gadget please!
please please!
someone who love me, buy this for me!
okay tiqa, berhenti merepek,
tak kan ada orang yang akan belikan kamu
this rm2500++ phone okay..
in your dream!


oh~!
suka sangat yang kaler putih!
and yang paling best,
it have two separate camera which
we can make video call!
ini yang saya cari!!


lihat ini!


okay tiqa stop! berhenti berangan..
.

Sep 26, 2010

malware?!

wahai bloggie bloggie semua, 
korang mesti dah pernah dengar pasal malware virus 
yang sedang mengganas dalam kalangan blog blog blogger seMalaya sekarang ni..
ada antara blogie yang saya follow 
sudah terjangkit 
oleh virus tak berhatijantungperutlimpa ini!
blog blog yang sah menghidapi virus ini 
tak boleh di "view" oleh orang ramai!
sangat menakutkan bukan?
tak boleh di "view" adalah mimpi ngeri bagi semua bloggie bloggie!
apa guna kita berbelog tetapi tak boleh di "view" oleh orang ramai!

okay, akibat ketakutan yang teramat sangat, 
tiqa pon check link blog tiqa ni ada virus ke tak kat link scan ni.
resultnya...


Alhamdulillah~
blog buruk tiqa ni selamat okay! 
buat masa sekarang laaa..
apa lagi kamu semua yang belum check, 
mari tekan ini link : link scan

creadit to : MOY
.

Sep 18, 2010

tak mahu kecewa dalam bercinta?

jika tak mahu kecewa dalam percintaan,
cintai lah Allah lebih daripada kita cinta kan pasangan kita.
Nescaya jika kita ditinggalkan pasangan kita, kita masih ada Allah di sisi kita.

tips ni gua terfikir sendiri,
gua tak culik dari ayat sapa sapa..
kadang kadang bila kita frust, 
kita rasa macam nak bunuh diri pon ada kan?
tapi kalu kita cinta kan Allah lebih dari kita cinta kan kekasih kita,
kita mesti boleh tersenyum lagi sebab kita tahu Allah sentiasa ada dengan kita..
ini pendapat gua, ini apa yang gua dapat rasa.
semoga kita tak alpa lagi.. 
amin..


p/s : cara gua cakap ni macam frust je kan? hahaha~!
         tak lah! gua dengan sayang gua okay je..
         gua je yang tetiba buang tebiat terpikir pasal benda ni.. ;P
         but then, benda ni betol kan?
         well, play this video.. best lagu ni :)




.

M. Rajoli meninggal dunia

ish, terkejut saya bila terbaca entry ini di salah sebuah blog kawan..
baru je kelmarin mama dan saya borak pasal M. Rajoli ni..

sumber : harian metro 17/9/10


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.


Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.


Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.


Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama



mari kita sedekah Al - Fatihah buat Allahyarham M. Rajoli, semoga rohnya dicucuri rahmat.. AMIN..
.

Sep 17, 2010

please open your eyes!

lihat di sekeliling kamu,
tidak kah kamu lihat satu keajaiban,
terbentang luas dihadapan kamu,
awan yang terapung apung,
langit yang membiru,
planet di dalam orbitnya,
bulan dan matahari sangat sempurna harmoninya,


mari mula persoalkan diri kita,
tidakkah semua bukti ini cukup bagi kita?
atau kita masih buta?
untuk tolak *semuanya ke tepi? (*bukti kebesaran Allah)


tidak!
kita cuma perlu bukak mata, hati dan fikiran!
jika kita lihat dengan terang untuk lihat semua petanda,
kita tak boleh terus menyorok dari kebenaran,
biarkan ia membawa kita dengan kejutan,
membawa kita dalam cara yang terbaik...
Allah..
memberi panduan pada kita setiap hari...
Allah..
biar kami dekat denganMu,
sehingga akhir waktu..


lihat dalam diri kamu sendiri,
betapa dalam keadaan sempurna,
menyorok dalam badan kamu,
berlari dalam salur darah kamu,
macam mana pula dengan marah,cinta,dan kesakitan?
dan semua tentang apa yang kamu rasa?
boleh ke kamu sentuh *ia dengan tangan kamu? (*apa yang kamu rasa)
jadi *semua itu betol ke wujud? (*apa yang kamu rasa)


bila bayi dilahirkan,
sangat lemah dan tidak bermaya,
dan kamu lihat dia membesar,
jadi kenapa menyangkal
apa yang berada dihadapan mata kamu?
keajaiban paling besar dalam kehidupan!


Allah, Kau menciptakan segalanya,
kami semua kepunyaan Kau,
Ya Rab, kami menadah tangan,
selamanya kami bersyukur...
alhamdulillah...

bait bait rangkap indah diatas adalah sebahagian daripada lirik lagu..
lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain yang bertajuk open your eyes..
saya memang betul betul tertarik dengan liriknya lalu mengambil keputusan untuk menterjemahkannya..


kalau ada salah dalam terjemahan, tegurlah ea..


okay, ini lagu dan lirik originalnya..
enjoy yourself!





.

Sep 10, 2010

more babies!



dua dua gedik!
mak dengan baby sama gedik!
hehehe~!




i don't like you mom, all the time!

.

two sets of twin!



comelnye!

ucapan raya saya


selamat hari raya aidilfitri!

maaf zahir dan batin!
maafkan segala salah dan silap tutur kata saya dalam blog ini ya!
semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadan tahun hadapan!
.

Sep 8, 2010

Maher Zain - For the rest of my life



please please please!
play this video!
saya janji yang video ni sekejap je loading!

p/s : saya tujukan "khas" untuk bubu saya. saya tujukan "am" untuk kamu semua!
.

damn!

 Arrgghhh~!!
aku kerinduan!
rindu gile babeng kat my bubu!
even baru lepas On The Phone dengan dia..
oh my~ cara dia buat aku makin sayang pada dia..
Grrr~ geram! hahah ;D

p/s : mesti korang bosan kan aku cerita pasal ni? tape lah bye.
.

my 1st award bebeh!

hahaha~!
gedik gile bangge kan title entry kali ni??
nak buat macam mana, memang saya sangat teruja bangga terharu sampai kembang kempis hidung ni!
its my first time dapat award sejak lebih kurang setahun saya berblogging! ~kesian kan?? huhu ;P

saya jumpa ini dekat blog moy!

 

DAN...
ini kat blog lassie!


wah wah wah!!
dapat dua tuuuuhh~!!
suka suka suka!
by the way, tengs ye moy sebab ingat kat aku and sudi bagi award ni.. kehkehkeh~
thanks lassie.. tak sangka lassie bagi saya award! huhu..



TADAA~!!
ini awardnye~









okay, ada 2 benda yang kene buat lepas dapat award ni, iaitu jawab soalan dan tag 5 orang :)

1. 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu bersahur/berbuka.
  • bihun sup
  • laksa
  • nasi ayam
  • kepak ayam madu yang dijual oleh sorang abang sebelah econsave depan rumah
  • nasi kerabu rm2 dekat gerai sentosa (murah dan sedap!)
  • jus tembikai yang segar
  • air cendol!
2. Tagging time! tag 5 orang je okay.
mesti ada orang pelik kenapa saya tak tag my BFF, 
bukan moy je ada masalah stalker, naja pon ada malah lagi dahsyat! 
sampai blog dia terpaksa di private kan! 
urrrgghh~! 
hate stalker!!

p/s : hoh? kamu rasa saya jakun dapat award? ahhh! pergi lah meninggal~
.

Sarang handa-myon ( If we are in love )

korang pasan tak blog ni dah tak mengeluarkan bunyi bunyian lagi? lagu la derr~~ 
saya dah buang sekejap untuk beri laluan pada post ini!!
korang ada rasa sesuatu tak bila dengar lagu dekat blog buruk saya ni dulu?? lagu korea?
rasa sedih sangat kan..?
mesti ada yang tertanya tanya 
  • ini lagu ape?
  • apa maksudnya?
  • lagu dari cerita apa?
  • dan macam macam lagi kn..?? kn..kn??
okay, ce korang lihat video nih..

 
paham ke tidak? 
nah, ini translatenye dalam bahasa inggeris ;P


If We Are in Love (Sarang handa-myon)


If you are in love
Please secretly be single
You can give me this responsibility
I already have another person in my heart
There is no way you can win
There is no where for you to live
Even in the corner of my heart
So here my advice to you:
Leave from me today
No matter how hard it may be
Don't love me like a fool 

*CHORUS*
Everyday I dream
Because my life is for sale
I want to have you
Always being out of sync is my destiny
Please go and get out of the way
The person whom I love
That person clearly is not you 

I know
I can see the sadness in this path
But I can't do it
I can't take that from you
.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez