Showing posts with label kek perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label kek perkahwinan. Show all posts

Jan 22, 2013

tutorial DIY kad kahwin sendiri






Hello hello peeps ! Hari ni Tiqa TER rajin nak kongsi dengan reader(s) semua macam mana nak design kad kahwin sendiri / DIY kad kahwin sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 . Sebenarnya boleh je buat guna Microsoft Office Word tapi tapi tapi ia terlalu simple dan Tiqa tak suka . hehe

 
Tutorial ini khas untuk mereka yang guna Adobe Photoshop CS3 . Actually yang guna CS4 , 5 dan seterusnya pon boleh tapi kedudukan butang tu maybe lain sikit . lain sikit je .

Senang je sebenarnya nak design kad kahwin sendiri . Yang paling penting korang kena kreatif dan banyak-banyak bersabar . Dan jangan lupa tanya pendapat orang sekeliling contohnye mak ke adik ke , okay tak guna bentuk ni , warna ni . Try explore sendiri Adobe Photoshop korang , lama-lama korang akan mahir dalam men design benda-benda macam ni .





 
Jom ce-ki-da-ut ~




STEP ONE



Pilih jenis dan size kad kahwen yang korang impikan . 




tips : better pergi tanya tempat korang nak print kad kahwen nanti , saiz kad yang macam mana yang dorang ada . Supaya tak la korang buat 2 kali kerja mendesign , bila dah siap design , nak hantar pergi print , tetibe dorang cakap dorang tak ada kad saiz tu , terpaksa la korang pergi edit balik . tak ke dua kali kerja tu .








Ini contoh saiz kad kahwin yang Tiqa jumpa kat internet . Korang boleh google-google cari kat mana korang nak print kad tu nanti .





tips : Cari kedai kad kahwin yang print sendiri kad yang customer dorang tempah , BUKAN kedai yang pergi hantar ke tempat lain untuk print . Buang karen korang je nanti .





Untuk tutorial ini , tiqa pilih kad ukuran 110mm x 91mm , 2 lipatan . sila rujuk gambar atas
Tiqa pilih saiz yang sedang-sedang sebab kebanyakan orang yang nak DIY sebab nak save budget kan . So makin kecik kad , makin murah harga untuk print .





STEP TWO


Buat pengiraan !

Kad tadi berlipat kan? So bila kad tu tertutup, saiz nya 110mm x 91mm , kalau terbuka, saiz nya ?






Orait , bila kad terbuka saiz nya 110mm x 182mm .






STEP THREE


Open Adobe Photoshop CS3 anda . Click File dan pilih New . Akan keluar satu box , sila isi box tu macam Tiqa isi . Bagi mereka yang nak saiz kad lain , boleh isi saiz kad anda .








Perasan tak saiz kad tu Tiqa lebihkan 1mm setiap bucu ; width dan height . Tiqa sengaja sebab kebanyakan tempat print dia akan suruh lebihkan 1mm sebab dia nak potong kad tu nanti . Better tanya dulu kedai ye tuan-tuan dan puan-puan .


Okay , dah siap tekan OK . 


STEP FOUR


Korang akan dapat macam ni . 











Lepas pilih Rulers , buat garisan tengah kad seperti gambar dibawah ini .






Ha , dah dapat garisan lipatan / tengah . Lepas tu , masukkan background kad kahwin anda seperti rajah dibawah . Ini bagi mereka yang nak kad ada background la .










Tips : Korang mestilah memilih background yang besar gedabak ye . Kalau tak bila print nanti pecah-pecah dan tak cantik . Dekat google image tu , lepas korang search gambar background tu , tekan search tool , tekan any size , pilih larger than 2MP / 4MP . Lepas tu google akan filter gambar besar gedabak je bagi korang tengok . SENANG . 








Okay , sambung balik tuto . Kad korang akan jadi macam ni . 






STEP FIVE


Mula kat sini , korang boleh lah menunjukkan bakat seni korang menDESIGN kad kahwin impian / berpatutan korang . Tiqa tukar background bunga-bunga ni . Tak cantik pulak rasa . hehe .  





Tiqa tunjuk macam mana nak letak bentuk dalam kad ni . 




Bila dah pilih shape , korang boleh lah melukis shape tu sesuka hati korang . 



Tips : Kalau korang tade shape macam Tiqa tu , korang boleh guna bulat ke bujur ke love ke . Suka hati lah . Kalau nak jugak shape macam Tiqa tu , boleh request tutorial macam mana nak download shape untuk Adobe Photoshop CS3 . Senang je . 









Sekarang Tiqa nak tunjuk macam mana korang nak cantikkan shape korang tu . 





Sila tekan gambar untuk tumbesarannya ye . Tak boleh letak gambar besar-besar nanti dia terHIDDEN T___T




tips : Kat sini korang boleh ber eksperimen sendiri macam mana korang nak hias shape tu . Benda ni jugak korang boleh guna untuk hias tulisan . Tekan , picit dan tick je mana yang patut , dan tengok perubahan shape korang . Bila dah puas hati tekan OK . 











Macam ini lah rupa shape Tiqa .












Lepas tu korang boleh lah zoom untuk tambah perkataan apa yang patut dekat kad tu . 










Lepas tu korang boleh lah tambah perkataan secara kreatif ye . 




Sila lah tekan gambar untuk besarkan dia . Sakit hati nengok gambar kecik macam ni T___T


Korang pandai-pandai lah meng kreatifkan diri ye . Tulis apa yang patut .



Tips : Korang boleh download kat internet tulisan caligraphy yang cantik-cantik sesuai untuk letak kat kad kahwin korang . Kalau tak reti , boleh request tutorial macam mana nak dowload tulisan lelawa untuk lappy korang . 




Okay , ini cara masuk kan bentuk love . Ala , sebijik cara nak masukkan shape tadi . 








Ini pulak cara nak ubah-ubah bentuk love .





Pandai-pandai lah korang transform bentuk tu sesuka hati . practice make perfect right ? Senang je pon . 






Jadi ini lah kad kahwin yang Tiqa dah siapkan bahagian depan sahaja . bahagian sebelah kiri iaitu belakang kad kahwin itu korang boleh letak peta . Korang boleh ulang step satu balik untuk buat bahagian dalam kad kahwin korang . Jadi bila korang hantar kedai untuk print , akan ada dua file , 

  1. muka surat 1 & 4 ( cover depan dan belakang )
  2. muka surat 2 & 3 ( bahagian dalam kad )


tips : Korang boleh google-google untuk cari inspirasi kad kahwin korang . Kalau boleh tetap kan tema , nak kad kahwin macam mana , modern ke kartun ke vintage ke . 




tips lagi : Perasan tak Tiqa guna 1 warna sahaja iaitu pink ? putih tak kira . Sebab kalau kad 1 warna , ia boleh menjimatkan kos print . Sesetengah kedai kad kahwin mengira harga kos print kad ikut berapa jenis color guna . Ada yang tak . Jadi perlu bijak memilih kedai kad untuk hantar print ye . Jangan terburu-buru . Ambil masa survey kedai kad kahwin yang ada kat Malaysia ni . 




Korang boleh tengok SINI , untuk lihat kad kahwin yang penah Tiqa buat . 

UPDATED

Boleh tengok sini untuk hasil kad kahwin DIY Tiqa :)


K lah . Penat . Dah pukul 5 pagi . Sebarang petanyaan , sila komen dibawah .


Bai . 


.

Jan 12, 2013

5 idea kek kahwin 2013

Okay, sekarang dah pening sangat-sangat kepala ni . Banyak sangat benda nak difikir dan dilaksanakan . Lagi 98 hari lagi ! Kadang-kadang Tiqa takut sangat nak buat apa-apa keputusan , takut menyesal ! Daripada pemilihan pelamin sampailah jenis doorgift . Takut silap pilih dan menyesal .

Okay , tamo fikir benda-benda macam ni dah . Jom ikut Tiqa berangan pasal kek kahwin !

Semua perempuan kat luar sana mesti punya pernah berangan pasal kek kahwin ni kan . Tiqa ni kaki berangan , banyak dah yang Tiqa fikir , tinggal nak realisasikan je !




Idea kek kahwin impian Tiqa ! 

jeng , jeng , jeng ~~






5. Kek Kerawang



Even kek jenis ni nombor 5 dalam list Tiqa , kek kerawang ni trend tau sekarang . Cantik kan , simple je ! Kek kat atas ni kerawang dia diperbuat daripada fondant , thats why nampak kemas . Tiqa suka ! Kalau rasa simple sangat boleh request letak bunga penuh atas kek tu , mesti nampak da bomb nanti !





Ini pulak kerawang dia piping guna tangan . Jadi tak lah sekemas guna fondant tapi still cantik dan simple . 





Ini pulak kerawang simple tapi penuh satu kek dihiasi dengan bunga dan pearl . Cantik kan ? Bunga penuh kat atas kek tu memang gojez dan sesuai !





Ini pulak kerawang sarat satu kek . Gojez gila okay ! Kerawang dia buat guna fondant . So dia agak terletak dan kemas .











4. Kek Renda




Cantik kan corak renda kat tepi kek ni ? Dia buat guna fondant sebab tu kemas terletak . Tak messy ! Corak bunga kat tengah kek tu pon memang superb gojez dan simple . Double wow okay ! Cantik sangat-sangat ! Nak nangis rasa . Eh tetiba !












3. Kek Bulat Petak 




Tiqa ni suka hati tau letak nama ! hehe . Maksud kek bulat petak ni ialah kek gabungan bulat dan empat segi . Macam kek kat atas ni . Cantik kan ? Kek ni pon adalah kek fondant . Kek jenis fondant ni memang sesuai untuk buat kek perkahwinan sebab dia sangat lah kemas !




Yang ni contoh untuk dua tingkat . Atas kek red velvet , bawah chocolate moist ! Daebak ! Dua-dua perisa kegemaran Tiqa . Kek ni pon cantik , cuma pencahayaan gambar je kurang . Kalau pencahayaan macam kek kat atas tu mesti meleTOP punya !









2. Kek dengan cup cake !


Atiqah , eh nama sama lah kita !
 

Memang trend sekarang ! Kebanyakan pengantin pilih kek dengan cupcake yang disusun bertingkat macam ni ! Cantik dan sesuai untuk majlis perkahwinan . Okay apa , nampak tinggi sikit kek tu kan . 







 


 Hamek kau , besar gedabak , tinggi melangit ! Meriah u'olls . Ini kalau pengantin banyak duit boleh lah . Tiqa yang bajet ciput ni boleh berangan je . hehe . tape , rezeki masing-masing kan :)








Dan kek nombor 1 ialah :

Jeng , jeng , jeng~~ 



Kek Bunga Merelet Di Tepi 
 apa punya nama daa T__T 




Let pictures do the talking first .

  





semua gambar diatas dari : checklistkawen  








Cantik kan kek kahwin yang macam ni ? Nampak simple but elegance . Tiqa suka sangat ! Kek kahwin Tiqa nanti Tiqa nak macam ni . Simple . Corak bunga kat tepi tu gojez sangat ! Actually design kek kahwin macam ni sangat popular kat barat . So ala - ala orang puteh la . Tapi sekarang ni , banyak bakers tempatan buat kek design simple macam ni , maybe sebab dah jadi trend kan . Dunia di hujung jari , nak idea google je sekarang . 


Okay dah penat . Lain kali kita story lagi , insyaAllah :)
.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez