Apr 25, 2013

Sudah sah menjadi isteri

Alhamdulillah  



Assalamualaikum , hari ni genap 5 hari Tiqa sah menjadi isteri kepada suami Tiqa , Zaiful Khairul Nizab . Rasa macam tak percaya yang Tiqa dah kahwin ! Serious !












Nak cerita sikit pengalaman Tiqa .


First sekali , Tiqa tak rasa berdebar sangat , entah kenapa tak boleh nak feeling-feeling terharu ke apa time akad nikah ! Sedih , dah siap dah tisu kot kot lah air mata mengalir , sebab Tiqa ni kan jenis cengeng , sememeh , cepat touching .

Mula-mula bila dengar Tok Kadi cakap "aku nikahkan dikau bla bla bla" , Tiqa dah mula start rasa berdebar rasa tak tentu arah , Tiqa fokus kan pendengaran Tiqa pada suara Encik Suami .





Tok Kadi : Aku kahwinkan dan nikahkan akan dikau Zaiful Khairul Nizab bin Ibrahim dengan Nur Atiqah binti Abdul Kadir dengan mas kahwin RM*&*%* tunai .


Tiqa : Dup Dap Dup Dap Fokus nak dengar suara Encik Suami 


Encik Suami : krikk~ krikk~ krikk~ tak dengar apa-apa 


Tok Kadi : A'u'zubillahimisansyaitoirrajim~ start baca doa


Tiqa : hah ! dah sah ke ? Tak dengar pape pon~







Serious ! Sangat cepat ! tak sempat nak feel . Tok Kadi tu tak tanye pon saksi sah ke tak , terus baca doa . Terkejut tau . hehe . Mungkin Tok Kadi tu dah dengar dengan jelas dan nak cepat nak gi kahwinkan orang lain pulak kot . hehe


Nak tengok tak ? Cer play ni   Pause dulu lagu blog ni ye, scroll sampai bawah ye ! 













Second .Terlupa ambil kasut sanding ! Baju sanding Tiqa ada 3 , maroon , merah dan putih . Masing-masing ada kasut nya , tapi entah kenapa tertinggal , pekerja mak andam tu lupa nak bagi . Tiqa pon terlupa pasal kasut . 



Serious , bila rombongan lelaki dah sampai , Tiqa kelam kabut sebab tak siap lagi , lepas tu bila dah siap , laju je Tiqa keluar , tetiba mak andam tanya , "kasut mana?" , terkejut sangat time tu ! Kasut tade ! Terus sarung kasut nikah . Nasib baik kasut nikah Tiqa beli warna gold , masuk dengan semua jenis baju ! 









Dan yang paling syoknya , baju ketiga Tiqa , yang warna putih , tak sempat pakai pon !

Tiqa even tak sempat nak ambil gambar ! 





Even banyak benda yang berlaku , Tiqa tetap happy ! Semua yang berlaku sikit pon tak menjejaskan mood Tiqa . Tiqa bersyukur sangat sebab selamat jadi isteri kepada Zaiful Khairul Nizab , lelaki yang dapat menyempurnakan Tiqa yang banyak kekurangan ni . Tetiba rasa terharu~











Cubaan berikutnya : Baru 3 hari kahwin , Tiqa dah rasa macam mana takut dan risaunya hati seorang isteri jaga suami sakit .




YUP ! Encik Suami demam pada hari ketiga . Badan menggigil malam dan panas sangat ! Tiqa nak menangis tak tahu nak buat apa . Esok terus bawa dia pergi jumpa dokter and guess what , dokter cakap dia terkena jangkitan kuman kat throat ! Ya Allah , terkejut sangat .  


Lepas tu malam nya , dalam keadaan demam tak kebah lagi , Encik Suami naik bas balik kuantan Pahang untuk uruskan majlis belah sana Sabtu , 27 hb 4 ni . Dengan berat hati Tiqa lepaskan dia pergi even hati risau kesihatannya .



Sekarang alhamdulillah , tadi dia bagitahu Tiqa demam dia dah okay . Tiqa tak sabar nak jumpa dia Sabtu ni ! Rindu lah !


Ok lah . Nanti sambung cerita , insyaAllah . Bye ! 

 .

5 comments:

Cik Aida™ said...

wah, dah bergelar isteri ye kak tiqa, tahniah ^^
tunggu untuk bergelar ibu pulak, hihii ^^

shuhaida saad said...

tahniah sis! :)

tiqa tia said...

cik aida : TQ..insyaAllah.. doakan la ye tiqa cepat2 dpt baby :)


shuhaida : TQ dik :D

fiza nss said...

wah lame xjenguk sini...dah selamat jadi isteri org ye..tahniah...semoga kekal hingga akhir hayat...sy singgah sini seperti biasa isi tabung... :)

Nurul Amanina said...

tahniah kak! selamat pengantin baru :)

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez