Feb 5, 2011

tanda-tanda kematian

Tanda tanda kematian dalam Islam.


 Semua benda hidup akan mati juga akhirnya. Allah itu maha pengasih dan penyayang, Dia memberi kita tanda tanda supaya kita bertaubat dan lebih bersedia. Hanya takwa dan amalan kita saja dapat membezakan kepekaan kita terhadap tanda tanda ini. Hanya orang Islam sahaja yang diberikan tanda tanda ini. Bersyukurlah dan berdoalah supaya kita diberikan kepekaan bila sampai tanda tanda ini. Dengan kata lain, kita perasan la bila Allah bagi kita tanda tanda nak mati ni supaya memberi manfaat untuk kita lebih bersedia untuk masuk kubur nanti.


Tanda 100 hari sebelum kematian.




 Okay, ni tanda pertama yang Allah bagi kepada mereka yang dikhendaki.
Seluruh tubuh akan menggigil dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Akan berlaku selepas waktu Asar.
Contoh macam daging lembu yang baru di sembelih, ia akan bergetar getar, macam tu lah getarannya.
Bila orang perasan dan terdetik dalam hati yang ini tanda kematian, getaran itu akan berhenti,
tapi kalau orang tu lalai dengan keseronokan dunia, getaran itu akan hilang begitu sahaja tanpa memberi manfaat.


Tanda 40 hari sebelum kematian.




Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Tanda ni pon akan berlaku lepas Asar.
Time ni, nama kita yang tertulis kat atas daun akan gugur dari pokok yang ada kat atas Arash Allah SWT.
Malaikat Izrail a.k.a Malaikat maut akan ambil daun tu untuk bersiap sedia mencabut nyawa kita dan akan ikut kita sepanjang masa. Malaikat maut akan menunjukkan wajahnya sekilas dan jika ini berlaku, orang yang terpilih ni akan merasa bingung sekejap.


Tanda 7 hari sebelum kematian.


Ini tanda untuk mereka yang diuji dengan musibah sakit. Time ni dorang akan tiba tibaberselera nak makan padahal selama ni tak lalu nak makan.


Tanda 3 hari sebelum kematian.


Akan ada denyutan ditengah tengah dahi. Diantara dahi kanan dan kiri.
Kalau perasan tanda ni, mula berpuasalah supaya perut kita tak ada banyak najis dan menyenangkan proses mandi jenazah nanti.


Mata kita tak kan bersinar lagi, dan bagi mereka yang sakit, hidung akan nampak layu dan boleh perasan kalau tengok dari tepi.


Telinga juga akan layu dan masuk kedalam. Kalau berlunjur kaki, kaki akan layu kedepan dan sukar ditegak kan.


Tanda 1 hari sebelum kematian.


Akan ada denyutan di bahagian belakang iaitu ubun ubun sesudah waktu Asar. Ini menandakan yang kita tak sempat menemui waktu asar keesokan harinya.


Tanda akhir.

Kita akan berasa sejuk di bahagian pusat, turun ke pinggan dan naik ke halqum. Time ni, cepat cepat la mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menunggu Malaikat Maut datang untuk jemput kita kembali kepada Allah SWT.



Semua gambar adalah gambar hiasan.
p/s : Selalu terfikir macam mana cara aku mati nanti.. Semoga kita mati dengan cara baik. AMIN
.

No comments:

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez