Jul 30, 2010

anugerah tuhan

meet naja!

meet koca!

terlalu awal sebenarnya untuk berbicara tentang hal ini.
saya cuma mahu kongsi tentang perasaan saya sekarang. ;)

hati ini terlalu senang bila kita dapat jadi diri kita sendiri bila berkawan.
terlalu senang bila kita tahu bahawa kawan kita kenal diri kita macam mana.

bila berada di sisi naja, aku gembira sangat. she accept me, the way i am.
naja tahu ape yang saya suka, dan perasaan saya.. kami tak perlukan persamaan yang banyak untuk terus rapat sebab perbezaan kami membuatkan kami saling lengkap melengkapi. ayat ni saya tak tiru dari mana mana okay. ea mmg terjadi! 
contohnya, kami pernah makan sama sama kat restoran asam pedas dekat The Curve dulu.. kami order asam pedas ikan pari untuk dua orang, naja tak suka makan sayur (terung) tapi suka makan ikan, saya makan sayur tapi kureng sikit makan ikan. 
akibat daripada perbezaan kami tuh, kami berjaya habiskan asam pedas itu! 
simple kan tapi bila pikir pikir balik, inilah yang dipanggil lengkap melengkapi!

bila lepak dengan koca, saya tak perlu berpura-pura atau menapis bicara saya untuk jaga hati dia. 
dia tahu sejauh mana keikhlasan saya dalam berkawan dengan dia.. kalau dengan naja, kami ade banyak perbezaan, dengan koca pulak kami banyak persamaan.. kami selalu memandang sesuatu itu dari sudut yang sama!


bila di pikirkan balik, saya memang sangat bertuah sebab punya dua rakan yang bole get along even terlalu banyak perbezaan dan persamaan. bukan senang nak maintain kan sebuah ikatan persahabatan tanpa perlu berpura pura baik atau cool atau what-so-ever. mereka memahami saya sedalam dalam nya.. mereka tahu siapa saya sebenarnya..


dulu pernah mahu bunuh diri sebab kecewa dalam berkawan, sekarang ini lah hikmahnya.. tuhan ambil beberapa kawan dari saya tapi Dia gantikan dengan yang lebih baik! semoga persahabatan ini tak kan pernah berakhir. Amin.

No comments:

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez