Nov 13, 2010

Conteng "babi" dalam Al - Quran

Astagfullah hal azim ~
beristigfar panjang..

Begini ceritanya, korang perasan tak entry tiqa sebelum ini tentang Surah surah berharga dalam Al - Quran kat bawah ni? Untuk melengkapkan entry tiqa tu, tiqa mau cari lah gambar Al - Quran kat google.
google punya google punya google punya google,
tiqa terjumpa lah gambar yang agak memeranjatkan ini!




terkejut macam nak keluar bijik mata ni tau tak!
tak sangka orang macam ni pun ada.
atau tiqa yang tak tahu?

okay, lepas tu tiqa cari benda ape lah yang jadi disebalik contengan ni..
tiqa jumpa ini ;


Seseorang mungkin terlalu geram dan kecewa terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.


"Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," 

sumber : forum

ni pulak gambar Al - Quran digunting.




maaflah kalau korang dah tahu pasal ni..
mungkin tiqa yang ketinggalan zaman tak tahu cerita ni..
but then benda ni tetap melampau kan..
bagi tiqa, kita kena sabar atas semua dugaan dan musibah yang Allah turunkan pada kita..
orang yang diturunkan musibah dan dugaan patut berbahagia..
nak tahu kenapa? tekan sini : kepada anda yang sedang sakit, berbahagia lah

.

3 comments:

nad said...

Astagfirullah alazeem...
mengapa perlu diconteng, dikoyak sebegitu rupa
kalau ia pun marah perlu ke bertindak macam tu sekali..Harap-harap si pelaku tu bertaubat dan insaf akan kesalahan dia sebelum terlambat...
Takut nanti tak terjawab dekat akhirat kelak bila Allah mempersoalkan tindakan dia tu..

Unknown said...

@Hamba Allah mmm.. saya pon terkejut dan sedih sangat bila tengok Al - Quran ni kene conteng sampai macam tu sekali.. :(

semoga si pelaku insaf dan memohon ampun sebelum terlambat.. amin..

Shah Alam Dude said...

Nauzubillah...bila terlalu mengikut perasaan dan kurangnya iman, beginilah jadinya

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez