Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Dec 16, 2012

kain nikah , chiffon beaded

Okay , sebelum tu nak menangis puas-puas dulu T_______________T




Pencarian kain nikah kini berakhir . jadi lepas ni tak payah pening-pening kepala lagi fikir kain apa nak pakai untuk nikah nanti sebab dah rabak dah poket beli kain . 

Sebenarnya bajet keseluruhan baju nikah Tiqa HANYA RM500.00 sahaja termasuk upah jahit semua . Tetapi akibat ketidak-pandaian empunya diri dalam memilih kain murah dan di tambah pula dengan mata yang sudah rambang tengok kain-kain mahal yang gojes gila , jadi bajetnya sudah lari lintang pukang !

Encik Fiancee sebenarnya tak puas hati sebab tak tunggu dia datang pilih sekali dan bertambah-tambah tak puas hati bila diberitahu harga kain tersebut. Sorry sayang !




Okay jom Tiqa cerita kronologi kejadian dari mula sampai lah kain tersebut jadi hak milik Tiqa.

First sekali memang dalam kepala Tiqa fikir nak pakai kain chiffon beaded untuk baju , dan kain satin silk untuk kain , nak bajet punya pasal .

First kedai Tiqa pergi ialah ALINAZ terletak betul-betul depan sogo . Tiqa dah pernah beli kain satin kat sini untuk Encik Fiancee sebagai hantaran masa tunang dulu . Kedai ni memang kedai khas untuk pengantin . Bila Tiqa dengan mama masuk baru tahu yang dia tak jual chiffon beaded . Tapi kain lace dia memang banyak pilihan dan cantik-cantik ! Murah pulak tu ! Antara pakej yang Tiqa ingat ; 


  • RM 119.90 untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
  • RM 245.00 + untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
  • RM 300 ++ untuk 2.5 meter lace percuma 4 meter satin
Serius memang cantik-cantik kain lace dia . Tiqa memang betul-betul berkenan dengan kain lace yang harga RM245.00 tu . Memang cantik . Tapi memang over dan meriah yu'olls . Bila fikir-fikir balik , kena jugak beli kain chiffon beaded sebab simple dan mudah reuse balik . Kalau guna kain lace untuk nikah , macam bersanding pulak rasa dan mesti baju tu akan terperap dalam almari kan . Jadi untuk tidak membazir even kain chiffon beaded lagi mahal dari lace =_='' Tiqa ambil keputusan untuk pilih kain chiffon beaded !

Kedai kedua Tiqa masuk ialah kedai HARISONS . Kedai ni Tiqa tak pernah masuk sebab takut , macam kedai untuk orang kaya je =_='' . Tiqa dengan mama masuk je lah . Kedai ni pun sama , tak jual banyak pilihan chiffon beaded , yang banyak kain lace . Kain lace dia pun cantik-cantik dan banyak coraknya sama dengan kedai ALINAZ . Dari segi harga mungkin mahal sikit atau sama je dengan kedai ALINAZ tadi . tak ingat punya pasal . 

Kedai ketiga ialah MAYA SILK . Okay, sebelum ni Tiqa baca kat blog-blog lain cakap MAYA SILK murah tapi layanan terhadap customer kureng sikit . Okay, Tiqa admit , memang layanan dia kureng sangat-sangat . Seolah-olah macam dorang tak percaya yang Tiqa memang nak beli kain tu T______T . Antara pakej yang Tiqa ingat ;

  • RM399.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
  • RM499.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
  • RM599.90 untuk 2.5 meter chiffon beaded + 4 meter satin (lining) + 4 meter satin (baju melayu)
Okay sebenarnya Tiqa lupa lah , 2.5 meter ke 4 meter chiffon beaded tu . Serius LUPA ! Tapi apa-apa pun Tiqa jadi tak semangat nak beli kat situ sebab macam nak tak nak je dia layan Tiqa . Tiqa nampak miskin sangat kot T___T even Tiqa memang bukan orang kaya . Sepatutnya dia kena lah layan customer elok-elok kan lantak lah macam mana rupa customer dia kan , setuju tak ?

Kedai terakhir Tiqa pergi ialah GULATIS SILK HOUSE / EURO MODA . Diorang ni bergabung ke apa ke tak tahu lah . Alah , kedai ni kedai paling bising kat Jalan TAR tu , korang perasan tak ? Sebenarnya Tiqa nak pergi Jakel lepas tu , tapi akibat dah tak tahan Tiqa deman selsema masa ni , hidung pun dah berair sakan , memang tak selesa kan , tambahan pula terjumpa kain yang betul-betul menambat hati dan menikam kalbu , jadi Tiqa pun tamatkan pencarian di sini . 

Kat sini memang banyak sangat kain yang gojes gila tapi mahal ! First masuk terus pergi tingkat dua cari kain chiffon beaded terus . Masa ni mata terus terpaku dekat 1 kain chiffon yang corak beaded dia macam mutiara penuh kat kaki kain tu ! Tiqa terus , "Ma ! this is it ! Tiqa nak yang ni !" . Serius cantik ! Mama pun macam "CANTIKNYA!" . Tiba-Tiba orang tu datang menghancurkan angan-angan kami . "Emm, yang ini RM700 semeter" . Tiqa dengan mama macam "700 RATUS??!" dan kami terus berlalu pergi . 

Lelaki tu terus bawa kami kat 1 section penuh dengan kain chiffon beaded ! dan ada dua harga kat situ ;
  • RM138.00 semeter chiffon beaded liplap-liplap
  • RM100.00 semeter chiffon beaded tak liplap-liplap sangat
Ada harga pakej tapi Tiqa tak ingat sebab dia sekali dengan baju melayu , baju melayu Encik Fiancee dah beli dah masa tunang dulu . Jadi Tiqa dan mama ambil keputusan untuk beli kain chiffon ni tanpa pakej .

Tiqa memang berkenan gila dengan chiffon beaded liplap-liplap tu ! Batu dia memantulkan cahaya , dan jadi sangat cantik ! Sesuai bagi mereka yang nak guna kain satin kosong untuk kain baju kurung . Tapi oleh kerana saya sedar yang bajet tidak menyebelahi , Tiqa akur dengan chiffon beaded yang tak liplap-liplap sangat .

TAPI ! Mungkin sebab Allah nak balas kesabaran Tiqa , Tiqa terjumpa chiffon beaded yang liplap-liplap sikit dengan harga RM100 semeter ! WEEHOOO~~ Memang cantik beading dia , even batu dia bukan jenis yang memantul cahaya , Tiqa puas hati dengan harga dia . Bila dah puas hati semua , tiba-tiba datang ujian kedua , orang tu cakap kain ni tinggal 4 meter setengah sahaja ! Jadi dia tak boleh potong kain ni kepada 2 meter setengah sebab tiada orang akan beli baki kain 2 meter ! Tiqa nak beli 2 meter setengah je mengikut perancangan . OH , TIDAK ! ! ! Macam nak menangis dah Tiqa  . bukan main susah payah hati nak terbuka untuk cari kain , lepas dah jumpa dia paksa Tiqa tutup hati untuk kain tu ! 

Dia suruh Tiqa beli kain ni 4 meter setengah atau pilih kain lain . Dia bertungkus lumus carikan kain corak sama kat TIGA kedai GULATIS berdekatan tapi semua dah habis ! Dia carikan kain lain untuk Tiqa tapi semua Tiqa tolak . Tiqa tak nak yang lain , nak yang tu jugak . Tiqa macam "okay , tak apa , aku boleh cari kat kedai lain" dalam hati . Bila dia tengok Tiqa macam tak bersemangat dah , dia terus fikir dalam-dalam . Sambil mama pujuk dia suruh gunting kain tu . Lama-lama , dia ambil gunting , dan gunting kain tu ! 

YAHOO~~ dah dapat kain ni ! Kain baki 2 meter dia terus campak kat tepi . Macam marah je hihihi . 

Tiqa dapat :

  • 2.5 meter chiffon beaded (RM100 semeter) = RM250
  • 4 meter satin for lining + kain (RM25 semeter) = RM100
Kesemuanya ialah RM350 tapi dia bagi Tiqa RM310 =D
Jadi rabak lah poket Tiqa sebanyak RM310 T_________T 
Upah jahit bagi kain yang macam ni adalah dalam RM300 keatas T__________T 
Jadi basically bajet Tiqa untuk baju nikah dah lari lintang pukang dari bajet asal RM500 !

Nak bagi teaser sikit kain chiffon beaded yang liplap-liplap sikit yang Tiqa berjaya grab .





See , batu dia tak pantulkan cahaya pun , tapi nampak macam liplap-liplap sikit kan ? Yang RM138 per meter tu lagi liplap-liplap ! Siapa B2B yang ada bajet lebih sikit tu boleh lah pilih chiffon beaded yang liplap-liplap !


p/s : nak paksa adik Tiqa , ikin dan itom , kumpul duit banyak-banyak sebelum nikah sebab nak paksa dorang beli kain chiffon beaded pearl like gojes-gila yang harganya RM700++ per meter tu ! Tiqa tak dapat pakai , dapat tengok pun jadi lah !



p/s 2 : Kain Tiqa tu komot-komot sikit kan ? Mama kate nanti taylor tolong gosokkan cantik la =D

.

Apr 27, 2011

baru post 3 entry , dah ada 300 followers !

WALAAWEH~!!!!!
Terkesima Tiqa beberapa saat bila tengok satu blog ni !
Memang dahsyat !
Tengok entry post baru 3 [ T.I.G.A ] , dah ada 300++ FOLLOWER !!

cik Tiqa dah berblogging selama 2 tahun lebih , 300 follower pon tak sampai lagi !
HUWAA~!! rasa nak menangis , terus memencilkan diri dalam bilik . T_T
korang mesti tak percaya kan , nak tengok ! ini buktinya !






Sila tengok sampai terkeluar bijik mata ye kawan kawan !
Mungkin bagi otai otai blogger benda ni perkara biasa, tapi bagi blogger blogger yang macam saya ni, rasa nak menangis tengok T_T kempunan nak gelemer apa Tiqa ni ==''

Bila di telek telek headernya , eh , macam kenal je siapa ni ..
Lah ! ni BEN ASHAARI ! Lah ! Patut la pon ramai follower !
Rupa rupanya blog dahsyat itu ialah BLOG KEDUA kepada blogger femes aemes iaitu Ben Ashaari .
Memang betol entry baru tulis 3 , tapi follower macam berebut rebut nak follow !
TERERRER GILA LAH BEN ! wa caya sama lu~

Blog pertama Ben Ashaari ni , followernya dah cecah BELASAN RIBAN RIBU ! Bukan ribu ribu lagi , tapi belasan ribu okayy..




Jom ler sapa sapa yang belum follow incik BEN ni follow cepat ! Blog dia memang best tahap gaban punya ! Dah alang alang tu, follow la sekali Blog kedua dia okay ? TATA~
.

Sep 17, 2010

please open your eyes!

lihat di sekeliling kamu,
tidak kah kamu lihat satu keajaiban,
terbentang luas dihadapan kamu,
awan yang terapung apung,
langit yang membiru,
planet di dalam orbitnya,
bulan dan matahari sangat sempurna harmoninya,


mari mula persoalkan diri kita,
tidakkah semua bukti ini cukup bagi kita?
atau kita masih buta?
untuk tolak *semuanya ke tepi? (*bukti kebesaran Allah)


tidak!
kita cuma perlu bukak mata, hati dan fikiran!
jika kita lihat dengan terang untuk lihat semua petanda,
kita tak boleh terus menyorok dari kebenaran,
biarkan ia membawa kita dengan kejutan,
membawa kita dalam cara yang terbaik...
Allah..
memberi panduan pada kita setiap hari...
Allah..
biar kami dekat denganMu,
sehingga akhir waktu..


lihat dalam diri kamu sendiri,
betapa dalam keadaan sempurna,
menyorok dalam badan kamu,
berlari dalam salur darah kamu,
macam mana pula dengan marah,cinta,dan kesakitan?
dan semua tentang apa yang kamu rasa?
boleh ke kamu sentuh *ia dengan tangan kamu? (*apa yang kamu rasa)
jadi *semua itu betol ke wujud? (*apa yang kamu rasa)


bila bayi dilahirkan,
sangat lemah dan tidak bermaya,
dan kamu lihat dia membesar,
jadi kenapa menyangkal
apa yang berada dihadapan mata kamu?
keajaiban paling besar dalam kehidupan!


Allah, Kau menciptakan segalanya,
kami semua kepunyaan Kau,
Ya Rab, kami menadah tangan,
selamanya kami bersyukur...
alhamdulillah...

bait bait rangkap indah diatas adalah sebahagian daripada lirik lagu..
lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain yang bertajuk open your eyes..
saya memang betul betul tertarik dengan liriknya lalu mengambil keputusan untuk menterjemahkannya..


kalau ada salah dalam terjemahan, tegurlah ea..


okay, ini lagu dan lirik originalnya..
enjoy yourself!





.

Sep 8, 2010

my 1st award bebeh!

hahaha~!
gedik gile bangge kan title entry kali ni??
nak buat macam mana, memang saya sangat teruja bangga terharu sampai kembang kempis hidung ni!
its my first time dapat award sejak lebih kurang setahun saya berblogging! ~kesian kan?? huhu ;P

saya jumpa ini dekat blog moy!

 

DAN...
ini kat blog lassie!


wah wah wah!!
dapat dua tuuuuhh~!!
suka suka suka!
by the way, tengs ye moy sebab ingat kat aku and sudi bagi award ni.. kehkehkeh~
thanks lassie.. tak sangka lassie bagi saya award! huhu..



TADAA~!!
ini awardnye~









okay, ada 2 benda yang kene buat lepas dapat award ni, iaitu jawab soalan dan tag 5 orang :)

1. 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu bersahur/berbuka.
  • bihun sup
  • laksa
  • nasi ayam
  • kepak ayam madu yang dijual oleh sorang abang sebelah econsave depan rumah
  • nasi kerabu rm2 dekat gerai sentosa (murah dan sedap!)
  • jus tembikai yang segar
  • air cendol!
2. Tagging time! tag 5 orang je okay.
mesti ada orang pelik kenapa saya tak tag my BFF, 
bukan moy je ada masalah stalker, naja pon ada malah lagi dahsyat! 
sampai blog dia terpaksa di private kan! 
urrrgghh~! 
hate stalker!!

p/s : hoh? kamu rasa saya jakun dapat award? ahhh! pergi lah meninggal~
.

Aug 27, 2010

lihat saya sudah ada favicon!

hahaha~!
saya sangat seronok!
selama ni selalu iri hati dengan sifu sifu blogger sebab mereka ada favicon yang comel!
persoalan bagaimana mahu meletak benda alah tu selalu bermain dalam pale otak ni..

apa itu favicon?

favicon ialah ~~

JENG JENG JENG~~!!
ini dia favicon saya!
comel tak?

nampak tak yang dalam kotak tu?
kalau tak nampak tak tahu lah saya~
hehehe~

credit to : lassie my sifuu~ saya curik dari tuto dia..hikhikhik~!
.

Aug 19, 2010

smiley comel!

hari ni salah satu impian telah tercapai!! ceewah~~ hahhaha!

tadi jalan jalan kt blog moy, tetibe

eh, eh, moy da ade smiley baru yang comel kat chat box die lah! comel sangat! whoaaa~~ :O



da lama nak smiley mcm ni! tengok tengok moy post cara cara macam mana nak dapat smiley macam dia!
hehehe~ apalagi, terus try buat! and jadi! hehehe~~

TADAA~~!!
saya pilih smiley yang ini!
comel ke cute?? hehehe~~

korang try try lah guna makhluk comel ni ye.. hahaha~ paksa paksa pulak kn!

thanks moy!! i love you lahh~!!

creadit to moy.
.

Aug 15, 2010

saya mahu header baru please!

apa itu header?
tuu~ kat atas tuu.. yang ada tulis "ini belog tiqa" *malas nak printscreen.. hihihi~

header yang saya gunakan ini ialah header original dari template yang saya cilok kat blog ipietoon.
saya mahu header baru! buat la sendiri! memekak lak kat sini..
saya pernah try buat sendiri! tapi ta jadi! tade bakat lah tuh~ =.=''
saya tade photoshop.. itu lah masalah nye..
dapat buat dengan photoscape jee~
tak dapat nak kembangkan bakat dan ke kreatifan diri! eh eh~ ade bakat ke? kreatif ke saya?? +.+

ini lah hasil hasil yang tidak memuaskan!



huhu~~ jeles giler bile pergi blog blog blogger yang teror! 
santek giler header mereka!
memang berbakat lah!!

curi jap header mereka, tayang kat sini.. hihihi~

ini header blog akak huda! cool!
ini pulak kak liyana punye...comel sgt! suke!
ini kak lassie punye! sangat bergaya! suke!!
baru je jumpa blog ni hari ni.. die sangat pandai buat template! dan headernye sangat tak mengecewakan! kreatif!
ini blog moy si comel..hahhah! header die sgt simple dan cool! i likeee~~


rajin rajin, jalan jalan lah kat blog mereka! picit je kat caption kat bawah setiap gambar header mereka yang dah saya cilok tuh! hehehe~


p/s : akak akak dan moy...jangan marah eaa ;P

.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez