Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Feb 7, 2013

hati perempuan bergelar tunangan orang!






Hati Perempuan bergelar tunangan orang .


Salam reader(s) semua , kali ni Tiqa nak kongsi perasaan dengan reader(s) tentang dugaan bertunang . As you know , Tiqa ada lagi 72 hari je jadi tunangan orang . Lepas ni , insyaAllah Tiqa jadi isteri Encik Zaiful Khairul Nizab bin Ibrahim , insyaAllah aminn .


Dugaan tunang ni memang banyak . Tak pernah hubungan kami ni diduga seteruk macam ni . Mungkin sebab kami ni tak berapa nak bercinta sebelum bertunang , lepas tunang baru kami ni bercinta dan berkasih sayang . SILAP . Sepatutnya kami tak bercinta sebelum bernikah . Ini lah padahnya kalau dah sayang sangat-sangat sebelum nikah .



p/s: sebelum Tiqa teruskan , Tiqa nak tegaskan kat sini yang bercinta tu maksudnya bercinta lah ! Bukan buat benda lain ye !



Continue . . .



Sebelum tu , Tiqa nak korang tau yang Tiqa ni macam mana orangnya . Tiqa ni 


  • manja sangat(dengan orang tertentu), 
  • tapi keras kepala , 
  • degil , 
  • cepat naik angin , 
  • emosi ,
  • cepat terasa dan menangis . 
  • Teruk kan ? Ciri-ciri perempuan yang tak disukai lelaki . HAHA .




Tunang Tiqa ? 


  • Dia seorang ARMY . 
  • Muka dia garang tapi kacak , hehe , 
  • dan suaranya kuat . 
  • TAPI dia seorang yang lembut , 
  • hormat orang tua , 
  • rajin gila tahap tak boleh nak duduk diam , 
  • pandai berjimat , 
  • pandai cari duit , 
  • TAK EGO , 
  • senang meminta maaf bila buat salah , 
  • senang menerima nasihat orang , 
  • seorang yang tenang , 
  • penyabar , 
  • penyabar dan 
  • seorang yang sangat PENYABAR !




Nampak tak kontra kat situ ? Perangai Tiqa dan perangai dia . Sangat berbeza kan . Dia mempunyai ciri-ciri menantu kesukaan makcik-makcik di kampung ! Ada makcik kat kampung dia offer anak dara dia untuk tunang Tiqa ni . T___T Nak menangis rasa . Serius abah Tiqa yang garang tu dan mama Tiqa suka sangat dengan En.Zaiful ni .




Kat celah mana masalah kami ni bila dia seorang lelaki yang baik ? Masalahnya datang dari Tiqa lah sapa lagi ! T____T sedih ! Tiqa takut Tiqa tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia , isteri yang taat dan tak derhaka , isteri yang berlembut dengan dia , dan yang paling penting isteri yang tak menjawab dan tak tinggi suara . Tiqa takut sangat .




Tiqa ada terbaca 1 Hadis Nabi Muhammad SAW . Hadis tu lebih kurang maksud ada seorang isteri yang bila dia bergaduh dengan suaminya dia akan cakap yang suaminya tak pernah buat baik kat dia , seolah-olah bila gaduh dia lupa segala kebaikan yang ada pada suami dia . Bila gaduh je cakap yang suami tak pernah amik berat dengan dia lah , tak pernah sayang dia lah apa lah . INI ADALAH PEMAHAMAN TIQA SENDIRI YE , TIQA MUNGKIN SALAH , KALAU SALAH TOLONG BETULKAN .




Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)




Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”




Sumber : http://www.rencanarakyat.net/ciri-ciri-isteri-derhaka/





Tiqa takut sangat jadi macam tu sebab sekarang ni Tiqa macam tengah develope perangai macam tu . Bila gaduh atau sakit hati , Tiqa mesti cakap yang dia tak sayang Tiqa , selalu marah Tiqa depan kawan-kawan dia dan macam-macam lagi .


Contoh :


Tiqa : Abang memang tak pernah sayang Tiqa !!! Abang selalu marah Tiqa depan kawan-kawan abang ! Abang sukakan malukan Tiqa ! Abang tak pernah tunjuk yang abang sayang Tiqa depan kawan - kawan abang!!

En. Zaiful : Bila masa pulak abang tak sayang Tiqa ? bla bla bla . . .



 


Padahal En . Zaiful selalu macam ni :




Kring~ Kring~ (Bunyi tepon)


Tiqa : (Angkat tepon) Hello sayang . .


En . Zaiful : Assalamualaikum sayang , I LOVE YOU~~~~


Tiqa : I love you more ~ Abang kat mana ni ?


En . Zaiful : Abang dalam kete ni , nak gi makan dengan kawan - kawan .




Baik Tiqa move on sebelum korang muntah ! hehe

 


Nampak tak ? Dia selalu je tepon Tiqa depan kawan - kawan dia . Dia tak pernah sorok yang dia sayang Tiqa depan kawan-kawan dia . Dia even tidur dengan PANDA yang Tiqa bagi kat dia . Sampai kawan-kawan dia panggil dia Mat Bunga la , Muka-Garang-Tapi-Hati-Ada-Taman la . Macam-macam kawan dia ejek dia . (Biasalah tentera kalau bergurau memang macam ni) TAPI TAPI TAPI kenapa setiap kali gaduh , Tiqa cakap macam tu kat dia ! (apasal Tiqa tanya korang , Tiqa patut tanya diri Tiqa T___T)



Bila bergaduh , seolah-olah Tiqa lupa segala kebaikan dia pada Tiqa , bila Tiqa sakit hati , Tiqa lupa kasih sayang dia pada Tiqa . I am a BAD FIANCE ! T___T Serius ini adalah masalah BESAR ! Tiqa patut stop berperangai macam ni ! Tapi setan ni lain macam je hasut Tiqa time bertunang ni . Makin kuat hasutan tu . Bila marah , seolah-olah dah tak ada jalan lain selain putus tunang ! Sampai macam tu sekali kuatnya hasutan setan time bertunang ni .




Ya Allah  ! Kuat kan iman kami dalam melawan hasutan setan ni !






Pengajarannya : Korang , bersiap sedia dengan mental dan fizikal bila dah ambil keputusan untuk pergi jauh dalam hubungan . Kalau boleh , bercinta lah lepas nikah ! Itu jalan yang paling terbaik . Kenal hati budi , dah cukup , tunang dan kahwin , baru bercinta !




Tiqa SILAP BESAR ! Kan bagus kalau Tiqa teruskan perangai jual mahal , dingin , tak mesra Tiqa tu lepas tunang . Time bercinta dulu (tempoh 4 bulan) Tiqa memang tak mesra langsung dengan dia , saja nak bagi ada batas , tak nak lebih-lebih sayang kat dia sebab tiada apa-apa ikatan dengan dia , tapi lepas tunang , Tiqa rasa ikatan tu dah cukup kuat dan okay bagi Tiqa untuk tunjuk kasih sayang Tiqa kat dia dan TIQA SILAP . SILAP BESAR sebab bila dah sayang sangat , macam-macam boleh jadi !




p/s : kami pernah berangan nak bercinta lepas nikah . Tapi dah terlanjur mencintai time tunang ni . wuwu T__T





Harap cerita Tiqa ni bagi pengajaran kat korang semua . Tak payah lah nak bercinta sangat sebelum nikah , buat sakit hati , buat sakit mental je !







 

Dan semoga korang boleh ambil masa 10 saat kejap doakan hubungan kami berdua sampai ke jinjang pelamin dan kami tak jatuh akibat hasutan setan ! AMIN~




NASIHAT korang amatlah Tiqa hargai !




Bai .



.

Feb 4, 2013

Jenis blog yang tiqa tak boleh BW !









Salam semua reader(s) and blogger(s) . Tiqa nak kongsi dengan korang semua pasal masalah Tiqa bila blog walking T___T rasa nak mengamuk dengan lappy ni !



Serius laptop Tiqa ni sengaja nak minta dia ditukar . Dia ada masalah besar . Ada sesetengah jenis blog yang Tiqa tak boleh masuk atau komen-komen kat sana T___T Kalau Tiqa masuk blog jenis ni , laptop Tiqa akan hang , tersekat-sekat dan tak boleh gerak mouse ! Bila ini terjadi , Tiqa kena tutup cepat-cepat blog tu dan biarkan 10 minit , bila dia dah cool down , baru okay . 


So that , bila Tiqa masuk je blog jenis macam ni , Tiqa cepat-cepat tekan pangkah ! sorry ! sedih sebab kadang-kadang Tiqa nak sangat baca entry kat blog tu T___T




Kasihani lah Tiqa yang tak dapat BW ni T__T





So , nak tahu tak blog jenis macam mana yang Tiqa tak boleh BlogWalking ni ? 




  1. Blog yang ada salji turun , atau love turun . Ala yang benda-benda kecik turun dari atas sampai bawah tu . 
  2. Blog yang ada lagu tapi tak boleh pause atau stop kan . Serius Tiqa tak boleh lama-lama kat blog ni , nanti laptop terus hang ! 
  3. Blog yang mouse dia ada benda ikut ; contoh macam nama atau bintik-bintik . Bila kita gerakkan mouse , benda tu muncul .  
  4. Blog yang ada widget kat tepi-tepi blog . Lagi-lagi kalau widget tu bergerak . Contoh gambar kartun comel yang ajak follow blog dia , atau benda macam daun / bintang / benda shiny kat tepi blog yang bergerak tu . 





Kesimpulannya , blog yang banyak sangat widget sampai blog tu jadi berat . Blog macam tu Tiqa tak boleh masuk T___T Sorry sangat ! Tiqa suka blogwalking tapi terpaksa pangkah bila jumpa blog macam ni . Kadang-kadang Tiqa cuba masuk banyak kali sebab nak sangat baca entry nya . Kadang-kadang Tiqa cuma sempat baca dan tak sempat nak komen sbb laptop hang dulu . 



So , please . Sapa-sapa yang rasa blog dia berat sangat , bawa-bawa lah buang widget yang takde-pon-takpe . Tiqa tahu bukan Tiqa sorang yang mengalami macam ni , ada blogger lain yang tak boleh masuk site-site yang berat . Dulu Tiqa pon suka tempek widget yang comel banyak-banyak , tapi bila dah lama berblogging , semua Tiqa buang !
















p/s : kalau ada yang rasa blog Tiqa ni berat , SILA INFORM TIQA YE !





Bai . 

.

bekerja, sambung belajar atau jadi suri rumah sepenuh masa ? mana satu ?









Seriously , Tiqa tak pernah rasa tertekan macam ni , sampai menangis . Bila kita KENA buat decision sendiri yang melibatkan masa depan kita . Sangat STRESS okay !









Mungkin ada yang tahu dan banyak yang tak tahu yang Tiqa bekas student Diploma in Medical Laboratory Technology , tak grad lagi , cuma dah habis belajar . Tiqa tersepit antara nak sambung belajar (degree in science) ataupun kerja ataupun jadi suri rumah sepenuh masa . TERTEKAN ! MANA SATU ? 






Tiqa dah nak kahwin dah . InsyaAllah . Tiqa tertekan sangat lepas kahwin nak buat apa ? Nak kerja ? Nak sambung belajar ? atau duduk rumah jaga suami . 

















Tiqa sebenarnya lebih prefer duduk rumah jaga makan minum suami . Jadi isteri terbaik untuk dia . Tiqa selalu berangan nak jadi mama yang didik anak dia sendiri . Tapi , Tiqa nak bantu suami . Tak kan Tiqa nak kuburkan impian Tiqa kerja kat makmal ? Siapa nak bayarkan PTPTN ? Tiqa tak nak bebankan suami . 




Pasal sambung belajar , kawan Tiqa ajak Tiqa buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) USM , Degree in Science . Tempoh 4 tahun . Setiap sem kena bayar dalam RM1400 ++ . Permulaan kena bayar RM1700 ++ . Memang duit boleh cari , tapi masalah utama nya komitmen . 






















Boleh ke Tiqa jadi superwoman ? yang boleh komit dengan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu (paling penting) , sebagai seorang student dan pekerja ? ofkos la Tiqa kena kerja bila dah sambung belajar , kalau tak mana nak cekau bayar duit yuran .









Serious , Tiqa tak menyesal ambil keputusan kahwin muda . FYI Tiqa baru 22 tahun ye kawan-kawan . SERIOUS TIQA TAK MENYESAL LANGSUNG ! Ini yang terbaik untuk mengelakkan maksiat ! 






“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.






 Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:

يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن


“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”



SUM BER




Tiqa harap dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan Tiqa dan kehidupan Tiqa selepas berkahwin nanti kerana sesungguhnya Tiqa berkahwin kerana untuk mengelakkan maksiat . Tak senang bercinta lama-lama . Takut terjerumus !










Pandangan korang semua amatlah dihargai !


Bai . 


.





Dec 13, 2012

nothing as sweet as you



Sayang tahu tak lagu ni ? Lagu ni slow je.


Lagu apa ? Tajuk lagu ?


Abang tak tahu tajuk , tapi abang nyanyi sikit .


Okayyy . 


~Kau yang bernama cinta~
~Kau yang memberi rasa~


Oh , lagu ni . Jap Tiqa cari . Okay , tajuk dia "Yang Terindah" , "Dakmie" nyanyi .


Okay , Tiqa dengar ni abang cakap . Dengar betul-betul .


Dengar la ni .


Okay , Tiqa download lagu ni . Tiqa buat video gambar kita , letak gambar kahwin kita nanti , guna lagu ni , okay ? Boleh ? Nanti abang nak lagu ni . 


Boleh ! dengan mata bersinar-sinar


Tu lah , Tiqa tak tahu abang sayang Tiqa macam mana . Abang sayang sangat Tiqa tau . 






okayyyyyyy~ I'm melting now~ =D

Oct 5, 2010

Change is GOOD and BETTER




saya mengaku saya sudah berubah.
saya tenang begini.
Fikiran lebih lapang.
Hati lebih cekal.
Hidup lebih teratur.
malam tidur, siang berjaga.
Jiwa lebih tenang.
insyaAllah.
Semoga perubahan ini BUKAN sementara tetapi berkekalan sehingga hujung nyawa.






lagu ini buat hati saya sebak.


p/s : Alhamdulillah..
. 

Sep 17, 2010

please open your eyes!

lihat di sekeliling kamu,
tidak kah kamu lihat satu keajaiban,
terbentang luas dihadapan kamu,
awan yang terapung apung,
langit yang membiru,
planet di dalam orbitnya,
bulan dan matahari sangat sempurna harmoninya,


mari mula persoalkan diri kita,
tidakkah semua bukti ini cukup bagi kita?
atau kita masih buta?
untuk tolak *semuanya ke tepi? (*bukti kebesaran Allah)


tidak!
kita cuma perlu bukak mata, hati dan fikiran!
jika kita lihat dengan terang untuk lihat semua petanda,
kita tak boleh terus menyorok dari kebenaran,
biarkan ia membawa kita dengan kejutan,
membawa kita dalam cara yang terbaik...
Allah..
memberi panduan pada kita setiap hari...
Allah..
biar kami dekat denganMu,
sehingga akhir waktu..


lihat dalam diri kamu sendiri,
betapa dalam keadaan sempurna,
menyorok dalam badan kamu,
berlari dalam salur darah kamu,
macam mana pula dengan marah,cinta,dan kesakitan?
dan semua tentang apa yang kamu rasa?
boleh ke kamu sentuh *ia dengan tangan kamu? (*apa yang kamu rasa)
jadi *semua itu betol ke wujud? (*apa yang kamu rasa)


bila bayi dilahirkan,
sangat lemah dan tidak bermaya,
dan kamu lihat dia membesar,
jadi kenapa menyangkal
apa yang berada dihadapan mata kamu?
keajaiban paling besar dalam kehidupan!


Allah, Kau menciptakan segalanya,
kami semua kepunyaan Kau,
Ya Rab, kami menadah tangan,
selamanya kami bersyukur...
alhamdulillah...

bait bait rangkap indah diatas adalah sebahagian daripada lirik lagu..
lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain yang bertajuk open your eyes..
saya memang betul betul tertarik dengan liriknya lalu mengambil keputusan untuk menterjemahkannya..


kalau ada salah dalam terjemahan, tegurlah ea..


okay, ini lagu dan lirik originalnya..
enjoy yourself!





.

Aug 22, 2010

i am a worrier




korang semua, tiqa nak tanya ni,
korang pernah dengar tak orang tua tua cakap kalau mata kanan gerak gerak tandanya ada orang rindu kita, tp kalau mata kiri kita gerak gerak tandanya kita nak menangis..??
korang percaya tak??

dulu masa kecik kecik, bila mengadu kat mama,

maa~ kenapa mata kiri ni gerak gerak??

mama mesti cakap,

haaa~ nak nangis la tuh!

dan tak lama kemudian, mesti ada benda yang berlaku yang buat saya menangis!
contohnya :
  • kene marah dengan abah 
  • kene rotan dengan abah
  • kene cubit dengan mama sebab kacau adik
  • dan sebagainya!
sekarang bila besar entah kenapa benda ni berlarutan!
kalau mata kiri ni gerak gerak mesti tak lama lepas tu saya menangis..
bila dah besar ni, sebab menangis tu dah lain lah, contohnya :
  • tengok cite hindustan
  • gaduh dengan kawan
  • gaduh dengan boyfren
  • gaduh dengan boyfren
  • gaduh dengan boyfren
bila mata kiri ni gerak gerak je, mesti saya jadi tak sedap hati,
semua benda benda pelik bermain dalam kepala otak!
macam macam pikir, teka apa yang akan terjadi sampai saya menangis kejap lagi..
contohnya :

alamak, kenapa ni, nanti bergaduh dengan bubu ke? *lepas tu cepat cepat call dia tanye dekat mana.

aduh! tadi keluar rumah aku kunci mangga tak ehh? lupa lah! alamak! kalau rumah kena rompak macam mana??

aiseyyhh~ kenapa mata kiri ni gerak gerak ni! mana mama ni tak balik lagi.. entah entah eksiden tak!!

haaa~~ teruk betol kan pemikiran saya! macam macam lagi lah benda pelik yang saya selalu pikir bila mata kiri ni gerak gerak.. 
tolong!! sapa yang pandai bagi tau saya..kaunseling saya ke..
rasa macam nak pergi jumpa psychiatrist jek! rasa macam diri ni terlalu paranoid!
kalau korang nak tahu, dah dua hari mata kiri ni gerak gerak..
sampai sekarang saya belum menangis lagi!
aduh~! resah, gelisah risau semua ada!
alah~!! apa lah yang akan terjadi nih! ;''(


p/s : bubu selalu marah sebab dia kata saya selalu pikir bukan bukan.. hehehe~
         sorry sayang!!
.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez