Seriously , Tiqa tak pernah rasa tertekan macam ni , sampai menangis . Bila kita KENA buat decision sendiri yang melibatkan masa depan kita . Sangat STRESS okay !
Mungkin ada yang tahu dan banyak yang tak tahu yang Tiqa bekas student Diploma in Medical Laboratory Technology , tak grad lagi , cuma dah habis belajar . Tiqa tersepit antara nak sambung belajar (degree in science) ataupun kerja ataupun jadi suri rumah sepenuh masa . TERTEKAN ! MANA SATU ?
Tiqa dah nak kahwin dah . InsyaAllah . Tiqa tertekan sangat lepas kahwin nak buat apa ? Nak kerja ? Nak sambung belajar ? atau duduk rumah jaga suami .
Tiqa sebenarnya lebih prefer duduk rumah jaga makan minum suami . Jadi isteri terbaik untuk dia . Tiqa selalu berangan nak jadi mama yang didik anak dia sendiri . Tapi , Tiqa nak bantu suami . Tak kan Tiqa nak kuburkan impian Tiqa kerja kat makmal ? Siapa nak bayarkan PTPTN ? Tiqa tak nak bebankan suami .
Pasal sambung belajar , kawan Tiqa ajak Tiqa buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) USM , Degree in Science . Tempoh 4 tahun . Setiap sem kena bayar dalam RM1400 ++ . Permulaan kena bayar RM1700 ++ . Memang duit boleh cari , tapi masalah utama nya komitmen .
Boleh ke Tiqa jadi superwoman ? yang boleh komit dengan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu (paling penting) , sebagai seorang student dan pekerja ? ofkos la Tiqa kena kerja bila dah sambung belajar , kalau tak mana nak cekau bayar duit yuran .
Serious , Tiqa tak menyesal ambil keputusan kahwin muda . FYI Tiqa baru 22 tahun ye kawan-kawan . SERIOUS TIQA TAK MENYESAL LANGSUNG ! Ini yang terbaik untuk mengelakkan maksiat !
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:
يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن
“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”
SUM BER
Tiqa harap dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan Tiqa dan kehidupan Tiqa selepas berkahwin nanti kerana sesungguhnya Tiqa berkahwin kerana untuk mengelakkan maksiat . Tak senang bercinta lama-lama . Takut terjerumus !
Pandangan korang semua amatlah dihargai !
Bai .
.





.jpg)




