Hati Perempuan bergelar tunangan orang .
Salam reader(s) semua , kali ni Tiqa nak kongsi perasaan dengan reader(s) tentang dugaan bertunang . As you know , Tiqa ada lagi 72 hari je jadi tunangan orang . Lepas ni , insyaAllah Tiqa jadi isteri Encik Zaiful Khairul Nizab bin Ibrahim , insyaAllah aminn .
Dugaan tunang ni memang banyak . Tak pernah hubungan kami ni diduga seteruk macam ni . Mungkin sebab kami ni tak berapa nak bercinta sebelum bertunang , lepas tunang baru kami ni bercinta dan berkasih sayang . SILAP . Sepatutnya kami tak bercinta sebelum bernikah . Ini lah padahnya kalau dah sayang sangat-sangat sebelum nikah .
p/s: sebelum Tiqa teruskan , Tiqa nak tegaskan kat sini yang bercinta tu maksudnya bercinta lah ! Bukan buat benda lain ye !
Continue . . .
Sebelum tu , Tiqa nak korang tau yang Tiqa ni macam mana orangnya . Tiqa ni
- manja sangat(dengan orang tertentu),
- tapi keras kepala ,
- degil ,
- cepat naik angin ,
- emosi ,
- cepat terasa dan menangis .
- Teruk kan ? Ciri-ciri perempuan yang tak disukai lelaki . HAHA .
Tunang Tiqa ?
- Dia seorang ARMY .
- Muka dia garang tapi kacak , hehe ,
- dan suaranya kuat .
- TAPI dia seorang yang lembut ,
- hormat orang tua ,
- rajin gila tahap tak boleh nak duduk diam ,
- pandai berjimat ,
- pandai cari duit ,
- TAK EGO ,
- senang meminta maaf bila buat salah ,
- senang menerima nasihat orang ,
- seorang yang tenang ,
- penyabar ,
- penyabar dan
- seorang yang sangat PENYABAR !
Nampak tak kontra kat situ ? Perangai Tiqa dan perangai dia . Sangat berbeza kan . Dia mempunyai ciri-ciri menantu kesukaan makcik-makcik di kampung ! Ada makcik kat kampung dia offer anak dara dia untuk tunang Tiqa ni . T___T Nak menangis rasa . Serius abah Tiqa yang garang tu dan mama Tiqa suka sangat dengan En.Zaiful ni .
Kat celah mana masalah kami ni bila dia seorang lelaki yang baik ? Masalahnya datang dari Tiqa lah sapa lagi ! T____T sedih ! Tiqa takut Tiqa tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia , isteri yang taat dan tak derhaka , isteri yang berlembut dengan dia , dan yang paling penting isteri yang tak menjawab dan tak tinggi suara . Tiqa takut sangat .
Tiqa ada terbaca 1 Hadis Nabi Muhammad SAW . Hadis tu lebih kurang maksud ada seorang isteri yang bila dia bergaduh dengan suaminya dia akan cakap yang suaminya tak pernah buat baik kat dia , seolah-olah bila gaduh dia lupa segala kebaikan yang ada pada suami dia . Bila gaduh je cakap yang suami tak pernah amik berat dengan dia lah , tak pernah sayang dia lah apa lah . INI ADALAH PEMAHAMAN TIQA SENDIRI YE , TIQA MUNGKIN SALAH , KALAU SALAH TOLONG BETULKAN .
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
Sumber : http://www.rencanarakyat.net/ciri-ciri-isteri-derhaka/
Tiqa takut sangat jadi macam tu sebab sekarang ni Tiqa macam tengah develope perangai macam tu . Bila gaduh atau sakit hati , Tiqa mesti cakap yang dia tak sayang Tiqa , selalu marah Tiqa depan kawan-kawan dia dan macam-macam lagi .
Contoh :
Tiqa : Abang memang tak pernah sayang Tiqa !!! Abang selalu marah Tiqa depan kawan-kawan abang ! Abang sukakan malukan Tiqa ! Abang tak pernah tunjuk yang abang sayang Tiqa depan kawan - kawan abang!!
En. Zaiful : Bila masa pulak abang tak sayang Tiqa ? bla bla bla . . .
Padahal En . Zaiful selalu macam ni :
Kring~ Kring~ (Bunyi tepon)
Tiqa : (Angkat tepon) Hello sayang . .
En . Zaiful : Assalamualaikum sayang , I LOVE YOU~~~~
Tiqa : I love you more ~ Abang kat mana ni ?
En . Zaiful : Abang dalam kete ni , nak gi makan dengan kawan - kawan .
Baik Tiqa move on sebelum korang muntah ! hehe
Nampak tak ? Dia selalu je tepon Tiqa depan kawan - kawan dia . Dia tak pernah sorok yang dia sayang Tiqa depan kawan-kawan dia . Dia even tidur dengan PANDA yang Tiqa bagi kat dia . Sampai kawan-kawan dia panggil dia Mat Bunga la , Muka-Garang-Tapi-Hati-Ada-Taman la . Macam-macam kawan dia ejek dia . (Biasalah tentera kalau bergurau memang macam ni) TAPI TAPI TAPI kenapa setiap kali gaduh , Tiqa cakap macam tu kat dia ! (apasal Tiqa tanya korang , Tiqa patut tanya diri Tiqa T___T)
Bila bergaduh , seolah-olah Tiqa lupa segala kebaikan dia pada Tiqa , bila Tiqa sakit hati , Tiqa lupa kasih sayang dia pada Tiqa . I am a BAD FIANCE ! T___T Serius ini adalah masalah BESAR ! Tiqa patut stop berperangai macam ni ! Tapi setan ni lain macam je hasut Tiqa time bertunang ni . Makin kuat hasutan tu . Bila marah , seolah-olah dah tak ada jalan lain selain putus tunang ! Sampai macam tu sekali kuatnya hasutan setan time bertunang ni .
Ya Allah ! Kuat kan iman kami dalam melawan hasutan setan ni !
Pengajarannya : Korang , bersiap sedia dengan mental dan fizikal bila dah ambil keputusan untuk pergi jauh dalam hubungan . Kalau boleh , bercinta lah lepas nikah ! Itu jalan yang paling terbaik . Kenal hati budi , dah cukup , tunang dan kahwin , baru bercinta !
Tiqa SILAP BESAR ! Kan bagus kalau Tiqa teruskan perangai jual mahal , dingin , tak mesra Tiqa tu lepas tunang . Time bercinta dulu (tempoh 4 bulan) Tiqa memang tak mesra langsung dengan dia , saja nak bagi ada batas , tak nak lebih-lebih sayang kat dia sebab tiada apa-apa ikatan dengan dia , tapi lepas tunang , Tiqa rasa ikatan tu dah cukup kuat dan okay bagi Tiqa untuk tunjuk kasih sayang Tiqa kat dia dan TIQA SILAP . SILAP BESAR sebab bila dah sayang sangat , macam-macam boleh jadi !
p/s : kami pernah berangan nak bercinta lepas nikah . Tapi dah terlanjur mencintai time tunang ni . wuwu T__T
Harap cerita Tiqa ni bagi pengajaran kat korang semua . Tak payah lah nak bercinta sangat sebelum nikah , buat sakit hati , buat sakit mental je !
Dan semoga korang boleh ambil masa 10 saat kejap doakan hubungan kami berdua sampai ke jinjang pelamin dan kami tak jatuh akibat hasutan setan ! AMIN~
NASIHAT korang amatlah Tiqa hargai !
Bai .
.
4 comments:
cinta ni bukan satu perasaan yang boleh kita rancang..ia akan hadir bila kita dah mula menyayangi seseorang.
Puteri faham apa tiqa rasa...yang penting tiqa kena banyak bersabar dan bersyukur ada insan yang cintakan tiqa.
semoga happy dan berkekalan dengan pasangan sehingga ke akhir hayat ^_^
amin~ amin~ .
Terima kasih ye puteri atas nasihat dan doa tu . Betul cakap puteri , perasaan tu akan datang sendiri . susah nak sorok ..wuwu.. harap tiqa dapat bersabar dan tak ikut kepala tiqa je.. T___T
.
moga dipermudahkan semuanya untuk tiqa :)
.
thanks puteri :)
Tiqa hargai sangat2 :)
.
Post a Comment