Showing posts with label mesti baca. Show all posts
Showing posts with label mesti baca. Show all posts

Apr 12, 2011

PERHATIAN PEREMPUAN2 YANG BERTUDUNG, SILA BACA!!

 PERHATIAN : ini entry yang di copy dari Woot Woot bagi membantu beliau.

PENTING !!!



sigh…ana tengah marah..seb bek ade side bar sebelah ni..haha..

“the strong man is not one who wrestles well but the man is one who controls himself when he is in a fit of rage
-Prophet Muhammad -

ok ana malas cakap banyak lah..ana direct kasi explanation lah ok ? korang tahu kan zaman sekarang wanita bertudung pon same je,tak tutup aurat..pakai tudung,tapi pakai ketat,tudung singkat,nampak lengan ,pastu upload gambar dalam facebook,blog gambar gedik gedik..memang sah sah dieowg salah..
so itu tugas kite untuk tegur dieowg..tapi macam mana menegur tu ? maki ke ? or nasihat elok2 ?

hadis nabi s.a.w :
الدين النصيحة
“Agama itu nasihat”


yes semua maklum perkara ni kan ? tapi adekah dengan hadis itu sendiri kite boleh gunekan pelbagai cara untuk menasihat ? adekah mengaibkan serta memaki hamun itu dibenarkan dalam islam sebagai satu jalan nasihat ? boleh kee derr ?
Jika kita merujuk kepada kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah ada dinukilkan kata-kata Fudhail Bin I’yadh :

المؤمن ينصح ويستر والفاجر يهتك ويعير
“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”


Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

dann ini surah Thaha ayat 44yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

( p/s level firaun yang sesat pon Allah suruh berlembut lagi..ni kan kesalahan lain kan ? )

Allah da pesan..nak menegur dalam islam,kene berhemah..memang,ana dulu pon bodoh..tegor orang maki maki..ana tahu ana dulu macam mana..syok betol maki orang,kutuk orang..lagi syok kalau orang puji kutukan kite tu
tp cara ana dulu salah..mula2 niat nak nasihat,tapi lame lame ego take place..dari dapat pahala jadi dapat dosa..
ana tahu ana tak layak nak tegur orang,tapi nak buat macam mana..ana rasa terpanggil nak tegur..at least ana cuba..
kebelakngan ni muncul ramai kaki prihatin kan,konon sindir golongan melayu bertudung lah..di kumpulnya gambar2 wanita bertudung melayu dalam satu page..motif ? eh orang malaysia kan memang prihatin ? keh3
ape tujuan korang ? sindir muslimah bertudung tak sempurna ? gedik ? dah tu yang korang upload gambar2 dieowg dalam page dan blog tu what for ? rase diri tu SEMPURNA ke ?
pandai cakap soal PERANG BADAR..nabi gune senjata orang kafir tuk berperang..kau samekan dengan situasi page ko tu..eh same ke ? jangan ko beralasankan islam untuk menghalalkan perbuatan aib ko tu,please ?
page PENGUMPUL GAMBAR WANITA BERTUDUNG dan blog awek bertudung..wadde..dalam page and blog tu banyak gile gambar pompuan bertudung,sah sah la illegal gmbar2 tu sume..gmbar curik..tak malu amek gambar orang ? haha..men bace info page ni :

oh u see that BIOGRAPHY ? ‘ lu orang perempuan,jangan salahkan kami..lu orang tayang gambar merata rata..kami kumpul je ”
waaaa..acting like a god hah ? haha..tibe tibe cakap macam ko ade hak kat atas gambar gambar tu sume…pfftttt..konon korang nak SINDIR minah minah melayu la kan,tapi cara korang tegur ni MENGAIBKAN..
jangan cakap aku tak tegor korang..nah bukti..



see that ? depa cakap GUNE SENJATE KAPIR PERANGI KAPIR ? konon nak samekan dengan tindakan dieowg create page tu..
waaa hebat abang abang admin page ni..tahu sirah nabi..Alhamdulillah..tp abang abang admin..sedarlah,ur action is not right..jap,abang ke kakak ? haha..ana tak kenal mana2 admin..
ana bukan naik aibkan abang2 admin,lagipon ana cakap kat page,ana tak terjah personal admin admin pon kan ?
cube admin page pikir lah,enta buat perkara macam ni,kalau kene kat MAK dan KAKAK or ADIK2 enta sendiri macam mana ?
rase diri enta tu dah perfect sangat ke nak mengaibkan orang macam ni ? enta semua da cukup solat 5 waktu kat surau ? dah pastikan enta  tak merokok ? enta tak pakai short time men bola ? dah make sure sume dah ?
if ade miss mane2 kat atas tu better perbetolkan diri dulu lah ana rase..tak payah nak jadi HATERS sangat la..memang syok jadi haters
weih fun kot jadi haters..nak2 bile orang puji kutukan korang kan ? kah3..rase bannge plak..eh ana dulu pon rase camtu la..ana sebelum blog ni dicipta pon ana da ade blog lain la..ape blognye  ? itu ana punye rahsie la..
tp fun ke kalau Allah benci haters ? susah sebenarye hidup jadi haters ni..salu je sakit hati,kah3..kesian jugak ~.~
dah dah la tu admin page ngn blog AWEK BERTUDUNG ni..insap2 la..korang duk kumpul gambar gambar tak tutup aurat  tu,misal kate owner asal die dah bertaubat,SAPE NAK TANGGUNG DOSA GAMBAR TAK TUTUP AURAT tu ? si owner asal dah remove sume gmbar2 lame.tp gmbar die kat page die tu,she never know about it..contoh la kan..contoh..
tettttt…tak kan enta2 semua nak tanggung ? fuh lupe enta enta semua da hebat.rasenye boleh kot tanggung kan ? ^^
NAK CAPSS LOCK KEJAP..HAHA..KORANG PERNAH TAHU,YANG KALO KITE DI DUNIA INI BUKAK AIB ORANG,NANTI DI AKHIRAT ALLAH AKAN BUKAK AIB KITE ?
tetttt..lupe..admin admin page tu sume perfect kot ? haha >_<
so ape yang admin nak buat kalo rase nyesal ? SHUT DOWN THE PAGE AND BLOG..ok thank you..
sape yang sokong ana ? boleh copy paste direct je post ni…or tulis sket2 gune ayat korang..ikot korang la..ana tak kisah langsong pon kalo nak copy bulat bulat..
dalam islam,sebarkan kebenaran itu PERLU !

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

IF KORANG BUAT POST PASAL ISU NI,SILA TINGGALKAN LINK DEKAT KOMEN BOX EH ? MEKASIH :)
to anti post ni : oh haters ku marilah berdebat..sungguh ana langsung tidak takut akan kalian..rasa takut akan Allah lagi tinggi,lagi kuat dari perasaan dihina,di ejek oleh kalian..
sungguh,ana tidak semulia rasulullah,walau dihina,di baling batu tetap teguh,tapi ana cube jadi umatnya yang betol betol mengikut apa yang di ajarnya..

pssstt..ana rase if ana gune GUA mesti dah maki hamun dalam post ni..hhehe..indah betol bahasa arab..baru gune sikit pon effect die banyak :)

UPDATE : LINK PAGE AND BLOG ANA TERPAKSE BUANG..AKAK PESAN JANGAN SEBARKAN DOSA ^^
buat admin page,maybe this is TOO LONG,AND U DONT EVEN READ IT..takpe..tak kisah pon..itu urusan enta dengan Allah..tugasku sebagai saudara muslim ku harap dah selesai..
sumber rujukan :
:  http://dean-danial.blogspot.com/2010/02/tegur-menegur-dalam-jamaah.html
:  http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2805
.

TIQA : pelikkan? orang lelaki macam ni pon wujud di dunia ni. Kononnya nak tegak kan Islam tapi dengan cara mengaibkan orang lain. Tak masuk akal langsung cara dia ! KETERLALUAN !

.

Jan 29, 2011

tEn sickneSses of tHe heArt

Ten Sicknesses of the Heart...




1. You believe in the existance of Allah (SWT) but you do not fulfil His Commands.

2. You say you love the Prophet Mohammed (SAW) but you do not follow his Sunnah.

3. You read the Holy Qur'an but you do not put it into practice.


4. You enjoy all the benefits from Allah (SWT) but you are not grateful to Him.

5. You acknowledge Syaitan as your enemy but you do not go against him.

6. You want to enter Paradise but you do not work for it.

7. You do not want to be thrown into Hell-Fire but you do not try to run away from it.



8. You believe that every living-thing will face death but you do not prepare for it.

9. You gossip and find faults in others but you forget your own faults and habits.

10. You bury the Dead but you do not take a lesson from it.


sumber : jannah.org 

p/s: May Allah forgive all of our sins. May we always remember Him.
.

Jan 22, 2011

Takut kan fitnah Dajjal ? baca ni !

Well, semua orang takut and gerun pada hari kiamat kan.
tapi, sebelum kiamat muncul, Dajjal terlebih dahulu muncul
untuk memporak perandakan kita umat Islam khas nya.
Tiqa bukan nak tulis pasal bila Dajjal datang, or tanda tanda
kedatangannya mungkin satu hari nanti tiqa tulis, tapi nak kongsi dengan semua
macam mana kita boleh
selamatkan diri kita dari fitnah Dajjal.


Dulu pernah post pasal Surah surah berharga dalam Al Quran,
ni nak tambah lagi 1 surah. Surah Al - Kahfi.


Kelebihan Surah Al Kahfi



 nombor satu

Terhindar dari fitnah Dajjal.

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
 
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)



nombor dua


Diampunkan dosanya hingga hari jumaat ke hadapan.

"Siapa yang membacanya (surah Al-Kahfi), niscaya diampunkan dosanya hingga ke hari Jumaat yang hadapan dan dipancarkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit."


nombor tiga


memudahkan kita bangun awal pagi (dua pertiga malam), bagi mereka yang mahu bangun untuk beribadah tetapi susah untuk bangun, baca ayat 107 hingga ayat 110 dari surah Al Kahfi sebelum tidur. InsyaAllah dapat bangun pada waktu yang diingini.


nombor empat


Dihormati oleh orang lain tidak kira bangsa,umur,agama dan lain-lain lagi.
Bacalah ayat 19 Surah Al Kahfi bermula dari "walyatalattaf" sehingga akhir ayat,
tiga kali sebelum berjumpa dengan seseorang.


creadit : Pandangan Kasih [sumbernya drpd kitab Muntakhab Ahadith] dan Secret Garden


mungkin ada yang tertanya tanya,
"fitnah Dajjal tu apa?"
"Dajjal fitnah orang ke?"
okay, tiqa pon tak tahu sangat mula mula,
so tiqa cari dan jumpa..
panjang sebenarnya huraian tentang Fitnah Dajjal ni,
tapi tiqa bagi 1 contoh.

riwayat Ibnu Majah dari Abi Umamah Al-Bahili Radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan sabda Rasulullah saw mengenai Dajjal bahwa di antara fitnah Dajjal ialah ia berkata kepada orang-orang Arab kampung, “Bagaimana pendapatmu jika aku bangkitkan ayahmu dan ibumu? Apakah engkau mau bersaksi bahwa aku ada-lah tuhanmu?” Orang itu menjawab, “Ya.” Kemudian dua syaitan menyerupakan diri seperti ibu dan ayahnya, lalu keduanya berkata. “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu.”

nak tahu lagi apa itu fitnah Dajjal, tekan sini : wahabi , Konsultasi Syariah , iloveAllah.com .


mungkin ada segelintir yang kata,
alah, lambat lagi Dajjal nak datang,
alah, nanti nanti lah, entah entah kita dah mati sebelum Dajjal datang.

apalah salah kiranya kita beringat ingat dahulu,
menggunakan peluang yang kita ada semaksima mungkin
untuk keselamatan iman dan akidah kita
untuk kesenangan kita di akhirat kelak
selagi tubuh ini bernafas.
Hanya Allah saja yang tahu bila nyawa kita akan meninggalkan tubuh kita.
Semoga kita semua diberikan hidayah serta petunjukNya. Amin Amin Amin..


Jan 19, 2011

When you be somebody's friends




Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.  
kene memahami kawan tu macam mana ..

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.  
biar kawan tu cerita sendiri, kalau dia tak cerita maknanya dia tak nak kita tahu, so okay la, jangan mendesak !

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.  
buat apa nak tanya benda benda macam ni kan . macam kepoh sangat pulak !

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 
ini sangat penting.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 
nobody perfect la derr.. buruk buruk dia pon kawan kita. terima seadanya atau cuba nasihat dengan cara baik kalau melibatkan "perangai"..



7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 
time kawan serius, kita serius, time bergurau, kita bergurau.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
jangan jadi mat / minah kepoh !

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain. AGREED 100% semua orang ada masa dia bersendiri.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.  
tak payah nak bertekak sangat la. DIAM sudah memadai.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. 
once again, DIAM jee..

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t 
Nauzubillah, kalau dah sampai burukkan sahabat di depan orang lain, TAK LAYAK DIPANGGIL KAWAN.

creadit : Tok Wan thanks tok wan, selalu bagi nasihat..

Nov 17, 2010

ini TAK adil !






  


































Nov 13, 2010

Conteng "babi" dalam Al - Quran

Astagfullah hal azim ~
beristigfar panjang..

Begini ceritanya, korang perasan tak entry tiqa sebelum ini tentang Surah surah berharga dalam Al - Quran kat bawah ni? Untuk melengkapkan entry tiqa tu, tiqa mau cari lah gambar Al - Quran kat google.
google punya google punya google punya google,
tiqa terjumpa lah gambar yang agak memeranjatkan ini!




terkejut macam nak keluar bijik mata ni tau tak!
tak sangka orang macam ni pun ada.
atau tiqa yang tak tahu?

okay, lepas tu tiqa cari benda ape lah yang jadi disebalik contengan ni..
tiqa jumpa ini ;


Seseorang mungkin terlalu geram dan kecewa terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.


"Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," 

sumber : forum

ni pulak gambar Al - Quran digunting.




maaflah kalau korang dah tahu pasal ni..
mungkin tiqa yang ketinggalan zaman tak tahu cerita ni..
but then benda ni tetap melampau kan..
bagi tiqa, kita kena sabar atas semua dugaan dan musibah yang Allah turunkan pada kita..
orang yang diturunkan musibah dan dugaan patut berbahagia..
nak tahu kenapa? tekan sini : kepada anda yang sedang sakit, berbahagia lah

.

Nov 12, 2010

Mimpi bertemu Rasulullah S.A.W ( Baginda kirim salam pada kita )

MasyaAllah, bertuah nya seorang gadis bernama Syamimi yang telah bertemu Rasulullah dalam mimpi beliau..
Semua orang tahu kan yang syaitan tak bole menyerupai Rasulullah walau dalam mimpi sekalipun..
Tiqa terjumpa cerita ini dalam mukabuku : TEKAN SINI
Jom spend sikit time baca sekejap sebab Rasulluah S.A.W kirim salam pada kita, umatnya :'') 


Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM.


Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,  

Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..

 
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. 

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.


Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanAllah...indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan; 

"Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”
 

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. 
Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan: 


Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata; 


QalAllahuta’ ala; ”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; 


“Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.


Kemudian Nabi katakan lagi; 

Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” 
 

Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; 


“Ummati.. ummati..ummati. ..” 

dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. 
Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 
Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan 
“Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah… Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. 
Salah seorang daripadanya mengatakan; 
  
“Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakar, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” 

Para Sahabat mengatakan; 

“Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” 


Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

 

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
 

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

 

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. 
Saidina Abu Bakr mengatakan;

 
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

 

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.. Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

 
Beliau berpesan pada kami; 

“Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

 

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…

 

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Tiqa : Bertuahnya kita menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. Betapa sayangnya Rasulullah pada kita, umatnya. Selalu ingat dan kenal kita. Tapi ingatkah kita pada Rasulullah? Sedangkan syafaat Baginda lah yang akan kita kejar ketika diakhirat nanti, ketika kita derita kepanasan,ketika kita di padang masyar nanti. MasyaAllah.. Disini, saya menyeru pada kawan kawan dan diri saya sendiri, banyak kan selawat keatas Rasulullah S.A.W.. Sayangilah Rasulullah seperti Baginda sayangkan kita. Semoga kita tidak lalai lagi. AMIN.. :''(



.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez