Showing posts with label boy. Show all posts
Showing posts with label boy. Show all posts

Apr 27, 2011

baru post 3 entry , dah ada 300 followers !

WALAAWEH~!!!!!
Terkesima Tiqa beberapa saat bila tengok satu blog ni !
Memang dahsyat !
Tengok entry post baru 3 [ T.I.G.A ] , dah ada 300++ FOLLOWER !!

cik Tiqa dah berblogging selama 2 tahun lebih , 300 follower pon tak sampai lagi !
HUWAA~!! rasa nak menangis , terus memencilkan diri dalam bilik . T_T
korang mesti tak percaya kan , nak tengok ! ini buktinya !






Sila tengok sampai terkeluar bijik mata ye kawan kawan !
Mungkin bagi otai otai blogger benda ni perkara biasa, tapi bagi blogger blogger yang macam saya ni, rasa nak menangis tengok T_T kempunan nak gelemer apa Tiqa ni ==''

Bila di telek telek headernya , eh , macam kenal je siapa ni ..
Lah ! ni BEN ASHAARI ! Lah ! Patut la pon ramai follower !
Rupa rupanya blog dahsyat itu ialah BLOG KEDUA kepada blogger femes aemes iaitu Ben Ashaari .
Memang betol entry baru tulis 3 , tapi follower macam berebut rebut nak follow !
TERERRER GILA LAH BEN ! wa caya sama lu~

Blog pertama Ben Ashaari ni , followernya dah cecah BELASAN RIBAN RIBU ! Bukan ribu ribu lagi , tapi belasan ribu okayy..




Jom ler sapa sapa yang belum follow incik BEN ni follow cepat ! Blog dia memang best tahap gaban punya ! Dah alang alang tu, follow la sekali Blog kedua dia okay ? TATA~
.

Mar 26, 2011

10 lelaki "kacak" di hati saya

Salam readers semua !
Hari ni tergerak hati nak berbicara atau berkongsi ciri ciri lelaki kacak dihati saya !
Aiipp Aiipp, jangan pikir bukan bukan lagi ! Tengok dulu.
Macam jugak cantik, kacak juga subjektif ! Bagi Tiqa, kacak bukan sekadar rupa.
Ramai la lelaki ingat yang perempuan ni semua pandang rupa.
Bila kita tolak dia, dia cakap 



"ala, I tahu la I tak handsome"
"abang tau la abang tak hansome macam boyfriend Tiqa"
"takpe, kita sedar kita tak handsome, tak layak untuk dia"


Seriously, geram dengan lelaki yang cakap macam ni ! 
Geram rasa macam nak tembak dengan peluru berpandu atau baling dengan bom !
Please, lelaki sangat tak cool bila dia cakap macam ni. Be cool okay.
Okay, lupakan pasal tembak menembak dan bom mengebom ni, we continue . . .


Kacak pada Tiqa terletak pada gaya, skill, cara berfikir, cara bercakap, atau style lelaki tu.
Contoh macam style, Tiqa tak nafikan bagi lelaki yg berduit, dia boleh nampak kacak dengan bergaya. nak wat macam mana, tu kelebihan dia ye tak?
Tapi, bukan duit saja boleh nampak orang tu kacak, ada banyak lagi.
Okay, tiqa mulakan dengan nombor 10 hingga nombor 1 list lelaki kacak di hati Tiqa !


Jeng jeng jeng~!!



Nombor Sepuluh : Lelaki yang ada skill dengan alat muzik.


Tak dinafikan, tanpa muka yang kacak, mereka boleh nampak sangat cool dan kacak bila bermain dengan alat muzik. Seriously, hati perempuan senang cair dengan lelaki yang bermain alat muzik.
Contoh alat muziknya ialah gitar (ramai betul perempuan suka guitarist). 
Tapi bagi Tiqa, yang paling menarik hati ialah Drummer !
Suka bila mereka pukul pukul drum tu.













Nombor Sembilan : Lelaki yang pandai.
  
Pandai kat sini bukan hanya dalam pelajaran saja. Lelaki yang ada skill dalam apa jua jenis ilmu.
Lelaki yang pandai, amat memikat hati. Mereka nampak smart dan kacak. Ada dua jenis lelaki pandai ;
  • Lelaki pandai tapi sombong tahap gaban.
  • Lelaki pandai dan ramah berkongsi ilmu.
Lelaki yang kacak di mata perempuan ialah dari kategori kedua ; pandai dan ramah berkongsi ilmu. 
Contoh lelaki pandai, ce tengok dalam cerita CSI. Watak Greg Sanders yang dimainkan oleh  Eric Szmanda. Tak de la hansome sangat tapi bila dia buat kerja kerja makmal, nampak sangat kacak ! 










Nombor Lapan : Lelaki yang funny


Lelaki yang kelakar selalu buat kita senang dengan dia. Masalah semua hilang bila berborak dengan dia. 
Betol ! Tiqa ada seorang kawan, dulu waktu Tiqa tau boyfriend Tiqa curang, ada perempuan lain, dia boleh buat Tiqa ketawa lagi ! Bercakap dengan dia buat Tiqa berhenti menangis. 
Seriously, beruntung siapa yang dapat buah hati yang kelakar. 
Sense of humor ni jangan dibuat buat, biar spontan. Kalau tade sense of humor, nak wat cammana, terima jelah~




Nombor Tujuh : Lelaki yang comel


Aiiishhh.. comel dengan kacak mana boleh samakan ! Ish, kacak kat sini kacak yang subjektif ye, bukan rupa yang kacak. Maksud lelaki comel ni bukan cuma berdasarkan rupa yang comel semata mata, tapi kelakuan yang comel juga termasuk ! Acting cute omputih cakap.. Boleh mencairkan hati perempuan tau. 
Contoh macam riak muka, kelakuan comel, reaksi spontan yang comel dan macam macam lagi lah !











Nombor Enam : Lelaki yang bawa superbike.


Okay, lelaki yang jenis ni mesti la agak berduit sebab boleh beli superbike kan. bagi yang lost, superbike tu motor berkuasa tinggi ye. Serius bila nampak lelaki bawa superbike even tak nampak muka dia sebab topi keledar dia cermin hitam still nampak kacak sangat ! Eh, kita bukan mata duitan tapi dah memang betol lelaki naik superbike nampak kacak, nak buat macam mana kan.. 





pengakuan berani mati : Yang sebenarnya, dalam dok pikir nak google gambar superbike ni, tiba tiba terlintas nak taip nama Ell Zurkanain , boyfriend cik Moy Chem kita yang aku tahu pakai superbike. Tu dia ehh ! ada pulak gambar dia ngan motor besar dia dalam Google Image. So, jgn marah ye encik Ell yang kacak. Pinjam sat.
FYI, encik Ell ni ni seorang photographer sambilan [aku rasa la, aku rapat ngn moy je]
kalau nak intai blog dia, sila tekan sini :  The Ballad of sekeping gambar dan Soul dan Jiwa.










Nombor Lima : Lelaki yang bawa sport car.


Aiisshh ~ Ini lagi lah kaya sebab boleh beli sport car. Ini lah kelebihan orang kaya, boleh nampak kacak dengan beli sesuatu. Dah tu duit dia, nak wat macam mana. Orang lelaki suka cakap, 



"ni la perempuan, mudah terpikat dengan duit"
"perempuan  mata duitan"




Aiipp, aiipp, tak baik tau menuduh. Kita cakap je dia kacak tapi bukan bermakna kita memilih berdasarkan kualiti ni SEMATA MATA. 
Lelaki yang bawa kereta biasa pon kacak  bagi Tiqa. 
Lagi lagi bila dia handle stereng dengan satu tangan.
Suka bila tengok dia pulas stereng dengan dua tangan lepas tu lepas satu tangan.
tak paham? pandai pandai la imaging, tak tau nak cakap macam mana lagi ni.
Yang pasti, lelaki yang bawa kereta kacak. lagi lagi kalau dia putih, suka tengok tangan yang putih memegang stereng ! korang jangan ingat Tiqa gila pulak tengok ngintai tangan lelaki, for your information, perempuan suka tengok tangan lelaki, lagi lagi yang putih, lebar, bersih ! kuku mesti pendek ! boleh terpikat dengan tangan ! HAHA


Yang ini scene dalam cerita initial D. Even bawak kereta buruk, still nampak kacak apa?
Ni contoh memandu dengan satu tangan ! okay fine, tak dapat cari gmbar yg diingini ==''






Nombor Empat : Photographer !


Photographer disini bukanlah menjurus kepada budak budak remaja sekarang yang menggantung DSLR di leher semata mata kerana fashion atau style ye ! Tengok tengok tangkap gambar guna mode auto. ==''
Maksud tiqa mereka yang ada skill dalam photographing ! Serious kacak ! Suka lelaki yang pandang sesuatu benda dengan pandangan yang lain daripada orang biasa. Orang Seni. Suka dan kagum dengan orang macam ni. Even kita tak nampak dengan jelas muka dia, tapi time beraksi untuk shoot photo tu, mereka nampak sangat kacak !











See, even tak nampak dengan jelas muka macam mana tapi still nampak kacak kan? tak setuju? nama entry ni pon "10 lelaki kacak di hati saya" so of cos la ni dari pandangan Tiqa. hehe










Nombor Tiga : Lelaki yang tahan lasak.


Most of lelaki ialah lasak. Betol ke? Dengan zaman facebook macam ni, ramai ke lelaki yang bila weekends dia tinggalkan laptop, iPad or whatsoever pergi rock climbing or daki bukit or even paintball? Ramai ke? 
Entah lah, Tiqa pon tak pasti. 
Setakat ni tade lagi kawan lelaki yang minat GILA benda lasak ni.
Tapi kalau petang petang main football kira lasak la jugak kan. 
Lelaki yang lasak bermakna dia cergas, kebanyakan lelaki yang cergas adalah sihat !
Lelaki yang sihat adalah ciri ciri lelaki yang ideal untuk dijadikan calon suami. Betol tak kaum hawa sekalian?
Seriously guys, be healthy, don't smoke, and you will be at the top of the list !


















Nombor Dua : Lelaki yang pandai masak.


Tiqa suka gila lelaki yang pandai masak!!  
Perempuan lain pon suka lelaki yang pandai masak !
Bukan sebab kami ni nak lari dari tugas memasak, tapi sebab lelaki yang ada skill memasak nampak  sangat kacak ! Lelaki yang pandai masak biasanya pembersih ! Tangan dia mesti sentiasa bersih, kuku sentiasa pendek. tangan lagi? Obses dengan tangan ke cik Tiqa ni ==''
Lelaki yang pandai masak berkemungkinan romantis ! 
Suka tengok budak kulinari kat kolej, dorang nampak sangat kacak bersih dan kemas dalam uniform chef ! tapi yang tak kacak nye bila merokok ! mana boleh chef merokok ! ISHH, image pembersih dan kacak dah spoiled !








ce tengok ce tengok ! Dia nampak bersih kan, tangan dia, kuku dia. SUKA :)
Nampak kemas, nampak bersih. Nampak kacak bila kemas macam ni.










Finally, nombor satu !
Jeng jeng jeng~!!







Nombor Satu : Lelaki yang penuh ilmu agama di dada.


Ini lah kualiti yang dicari. BETOL ! 
Mereka ni mesti nampak kemas, muka pon bersih je, sopan tutur kata. Kacak sangat sangat ! 
Bila tengok rancangan Iman Muda kat Astro Oasis, rasa sejuk je hati.
Bila ustaz ustaz ni baca Al-Quran, lagi la terpikat ! Sedapnya suara, syahdu je. 
Mama pon selalu pesan ;


"Tiqa, kalau nak cari lelaki, cari la macam dorang ni, aman rumah tangga InsyaAllah, jangan cari yang panas baran, tak bahagia"


Jangan buta menilai lelaki dek kerana cinta ye adik adik. 
Lelaki yang panas baran, kita kene jauhi.
Korang ada tengok tak Drama Ustaz Amirul kat tv3 sekarang? kalau tak tahu google sendiri.
Kalau la dapat lelaki yang macam Ustaz Amirul tu, jadi bini no 1,2,3 atau 4 sekalipun tak kisah!
Mesti korang pelik, perempuan mana suka bermadu, tapi kalau dapat suami yang baik budi pekerti macam watak Ustaz Amirul tu, Tiqa rasa tak rugi bermadu. Kalau kita isteri pertama, dapat payung emas kat syurga nanti. IsnyaAllah :)









Gambar di atas adalah gambar Ustaz Azhar Idrus yang makin femes sekarang. Ustaz ni best, lawak sangat bila bagi ceramah. Yang best tu, dia jugak photograher ! cantik cantik gambarnya. Tekan la link ni kalau nak tengok hasil tangan ustaz , Ustaz Azhar Idrus page . Nak tanya pape pon boleh sebab page tu memang ustaz punya :)













Ustaz ustaz sentiasa TERKACAK dihati saya <3 








DAH HABIS DAH TULIS PASAL LELAKI. jangan ingat Tiqa perempuan gatal pulak. Ini adalah pandangan jujur seorang perempuan. Tu aje :)
salam :)
,

Nov 11, 2010

Tanggungan dosa seorang lelaki

 
okay, kali ni tiqa nak kongsi sesuatu yang penting dengan semua pembaca sekalian.
tiqa terjumpa artikel ini kat mukabuku seorang kawan . TEKAN SINI .
Artikel ini panjang tapi tiqa pendekkan demi keselesaan anda semua untuk memahami.
nanti akan ada sambungannya okay.
So, lets chekidawt .  


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
Dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. So sapa yang sayang ayah dia, beringat lah ye.

Lelaki berkahwin kena tanggung 

  • dosa sendiri, 
  • dosa isteri, 
  • dosa anak perempuan yang belum berkahwin. yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni
  • dosa anak lelaki yang belum baligh. 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. 
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. 
bayangkan mereka yang beristeri ramai, dan anak perempuan ramai.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. 

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.  Ingat tu! HARAM okay, even bertanya pon!

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.  
Ini orang lelaki kena la pandai pandai ambil tahu okay. 

.

Sep 18, 2010

tak mahu kecewa dalam bercinta?

jika tak mahu kecewa dalam percintaan,
cintai lah Allah lebih daripada kita cinta kan pasangan kita.
Nescaya jika kita ditinggalkan pasangan kita, kita masih ada Allah di sisi kita.

tips ni gua terfikir sendiri,
gua tak culik dari ayat sapa sapa..
kadang kadang bila kita frust, 
kita rasa macam nak bunuh diri pon ada kan?
tapi kalu kita cinta kan Allah lebih dari kita cinta kan kekasih kita,
kita mesti boleh tersenyum lagi sebab kita tahu Allah sentiasa ada dengan kita..
ini pendapat gua, ini apa yang gua dapat rasa.
semoga kita tak alpa lagi.. 
amin..


p/s : cara gua cakap ni macam frust je kan? hahaha~!
         tak lah! gua dengan sayang gua okay je..
         gua je yang tetiba buang tebiat terpikir pasal benda ni.. ;P
         but then, benda ni betol kan?
         well, play this video.. best lagu ni :)




.

Sep 8, 2010

damn!

 Arrgghhh~!!
aku kerinduan!
rindu gile babeng kat my bubu!
even baru lepas On The Phone dengan dia..
oh my~ cara dia buat aku makin sayang pada dia..
Grrr~ geram! hahah ;D

p/s : mesti korang bosan kan aku cerita pasal ni? tape lah bye.
.

Sarang handa-myon ( If we are in love )

korang pasan tak blog ni dah tak mengeluarkan bunyi bunyian lagi? lagu la derr~~ 
saya dah buang sekejap untuk beri laluan pada post ini!!
korang ada rasa sesuatu tak bila dengar lagu dekat blog buruk saya ni dulu?? lagu korea?
rasa sedih sangat kan..?
mesti ada yang tertanya tanya 
  • ini lagu ape?
  • apa maksudnya?
  • lagu dari cerita apa?
  • dan macam macam lagi kn..?? kn..kn??
okay, ce korang lihat video nih..

 
paham ke tidak? 
nah, ini translatenye dalam bahasa inggeris ;P


If We Are in Love (Sarang handa-myon)


If you are in love
Please secretly be single
You can give me this responsibility
I already have another person in my heart
There is no way you can win
There is no where for you to live
Even in the corner of my heart
So here my advice to you:
Leave from me today
No matter how hard it may be
Don't love me like a fool 

*CHORUS*
Everyday I dream
Because my life is for sale
I want to have you
Always being out of sync is my destiny
Please go and get out of the way
The person whom I love
That person clearly is not you 

I know
I can see the sadness in this path
But I can't do it
I can't take that from you
.

Aug 24, 2010

every girl , every boy


tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez