Hello hello peeps ! Hari ni Tiqa TER rajin nak kongsi dengan reader(s) semua macam mana nak design kad kahwin sendiri / DIY kad kahwin sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop CS3 . Sebenarnya boleh je buat guna Microsoft Office Word tapi tapi tapi ia terlalu simple dan Tiqa tak suka . hehe
Tutorial ini khas untuk mereka yang guna Adobe Photoshop CS3 . Actually yang guna CS4 , 5 dan seterusnya pon boleh tapi kedudukan butang tu maybe lain sikit . lain sikit je .
Senang je sebenarnya nak design kad kahwin sendiri . Yang paling penting korang kena kreatif dan banyak-banyak bersabar . Dan jangan lupa tanya pendapat orang sekeliling contohnye mak ke adik ke , okay tak guna bentuk ni , warna ni . Try explore sendiri Adobe Photoshop korang , lama-lama korang akan mahir dalam men design benda-benda macam ni .
Jom ce-ki-da-ut ~
STEP ONE
Pilih jenis dan size kad kahwen yang korang impikan .
tips : better pergi tanya tempat korang nak print kad kahwen nanti , saiz kad yang macam mana yang dorang ada . Supaya tak la korang buat 2 kali kerja mendesign , bila dah siap design , nak hantar pergi print , tetibe dorang cakap dorang tak ada kad saiz tu , terpaksa la korang pergi edit balik . tak ke dua kali kerja tu .
Ini contoh saiz kad kahwin yang Tiqa jumpa kat internet . Korang boleh google-google cari kat mana korang nak print kad tu nanti .
tips : Cari kedai kad kahwin yang print sendiri kad yang customer dorang tempah , BUKAN kedai yang pergi hantar ke tempat lain untuk print . Buang karen korang je nanti .
Untuk tutorial ini , tiqa pilih kad ukuran 110mm x 91mm , 2 lipatan . sila rujuk gambar atas .
Tiqa pilih saiz yang sedang-sedang sebab kebanyakan orang yang nak DIY sebab nak save budget kan . So makin kecik kad , makin murah harga untuk print .
STEP TWO
Buat pengiraan !
Kad tadi berlipat kan? So bila kad tu tertutup, saiz nya 110mm x 91mm , kalau terbuka, saiz nya ?
Orait , bila kad terbuka saiz nya 110mm x 182mm .
STEP THREE
Open Adobe Photoshop CS3 anda . Click File dan pilih New . Akan keluar satu box , sila isi box tu macam Tiqa isi . Bagi mereka yang nak saiz kad lain , boleh isi saiz kad anda .
Perasan tak saiz kad tu Tiqa lebihkan 1mm setiap bucu ; width dan height . Tiqa sengaja sebab kebanyakan tempat print dia akan suruh lebihkan 1mm sebab dia nak potong kad tu nanti . Better tanya dulu kedai ye tuan-tuan dan puan-puan .
Okay , dah siap tekan OK .
STEP FOUR
Korang akan dapat macam ni .
Lepas pilih Rulers , buat garisan tengah kad seperti gambar dibawah ini .
Ha , dah dapat garisan lipatan / tengah . Lepas tu , masukkan background kad kahwin anda seperti rajah dibawah . Ini bagi mereka yang nak kad ada background la .
Tips : Korang mestilah memilih background yang besar gedabak ye . Kalau tak bila print nanti pecah-pecah dan tak cantik . Dekat google image tu , lepas korang search gambar background tu , tekan search tool , tekan any size , pilih larger than 2MP / 4MP . Lepas tu google akan filter gambar besar gedabak je bagi korang tengok . SENANG .
Okay , sambung balik tuto . Kad korang akan jadi macam ni .
STEP FIVE
Mula kat sini , korang boleh lah menunjukkan bakat seni korang menDESIGN kad kahwin impian / berpatutan korang . Tiqa tukar background bunga-bunga ni . Tak cantik pulak rasa . hehe .
Tiqa tunjuk macam mana nak letak bentuk dalam kad ni .
Bila dah pilih shape , korang boleh lah melukis shape tu sesuka hati korang .
Tips : Kalau korang tade shape macam Tiqa tu , korang boleh guna bulat ke bujur ke love ke . Suka hati lah . Kalau nak jugak shape macam Tiqa tu , boleh request tutorial macam mana nak download shape untuk Adobe Photoshop CS3 . Senang je .
Sekarang Tiqa nak tunjuk macam mana korang nak cantikkan shape korang tu .
Sila tekan gambar untuk tumbesarannya ye . Tak boleh letak gambar besar-besar nanti dia terHIDDEN T___T
tips : Kat sini korang boleh ber eksperimen sendiri macam mana korang nak hias shape tu . Benda ni jugak korang boleh guna untuk hias tulisan . Tekan , picit dan tick je mana yang patut , dan tengok perubahan shape korang . Bila dah puas hati tekan OK .
Macam ini lah rupa shape Tiqa .
Lepas tu korang boleh lah zoom untuk tambah perkataan apa yang patut dekat kad tu .
Lepas tu korang boleh lah tambah perkataan secara kreatif ye .
Sila lah tekan gambar untuk besarkan dia . Sakit hati nengok gambar kecik macam ni T___T
Korang pandai-pandai lah meng kreatifkan diri ye . Tulis apa yang patut .
Tips : Korang boleh download kat internet tulisan caligraphy yang cantik-cantik sesuai untuk letak kat kad kahwin korang . Kalau tak reti , boleh request tutorial macam mana nak dowload tulisan lelawa untuk lappy korang .
Okay , ini cara masuk kan bentuk love . Ala , sebijik cara nak masukkan shape tadi .
Ini pulak cara nak ubah-ubah bentuk love .
Pandai-pandai lah korang transform bentuk tu sesuka hati . practice make perfect right ? Senang je pon .
Jadi ini lah kad kahwin yang Tiqa dah siapkan bahagian depan sahaja . bahagian sebelah kiri iaitu belakang kad kahwin itu korang boleh letak peta . Korang boleh ulang step satu balik untuk buat bahagian dalam kad kahwin korang . Jadi bila korang hantar kedai untuk print , akan ada dua file ,
- muka surat 1 & 4 ( cover depan dan belakang )
- muka surat 2 & 3 ( bahagian dalam kad )
tips : Korang boleh google-google untuk cari inspirasi kad kahwin korang . Kalau boleh tetap kan tema , nak kad kahwin macam mana , modern ke kartun ke vintage ke .
tips lagi : Perasan tak Tiqa guna 1 warna sahaja iaitu pink ? putih tak kira . Sebab kalau kad 1 warna , ia boleh menjimatkan kos print . Sesetengah kedai kad kahwin mengira harga kos print kad ikut berapa jenis color guna . Ada yang tak . Jadi perlu bijak memilih kedai kad untuk hantar print ye . Jangan terburu-buru . Ambil masa survey kedai kad kahwin yang ada kat Malaysia ni .
Korang boleh tengok SINI , untuk lihat kad kahwin yang penah Tiqa buat .
UPDATED
Boleh tengok sini untuk hasil kad kahwin DIY Tiqa :)
K lah . Penat . Dah pukul 5 pagi . Sebarang petanyaan , sila komen dibawah .
Bai .
.