Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sep 18, 2010

M. Rajoli meninggal dunia

ish, terkejut saya bila terbaca entry ini di salah sebuah blog kawan..
baru je kelmarin mama dan saya borak pasal M. Rajoli ni..

sumber : harian metro 17/9/10


KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.
"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.


Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.


Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.


Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.


Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.


Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama



mari kita sedekah Al - Fatihah buat Allahyarham M. Rajoli, semoga rohnya dicucuri rahmat.. AMIN..
.

Aug 21, 2010

bayi mati didera di perhentian bas

Mayat bayi lelaki dengan kesan lebam di badan ditinggalkan di perhentian bas Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – BERNAMA

korang semua dah baca tak surat khabar hari ini??
memang terkejut betol saya bila baca utusan malaysia hari ini..
ibu bapa mana yang tergamak mendera bayi mereka sampai mati nih?!
lepas tu tinggalkan mayat bayi mereka di sebuah perhentian bas!!
melampau betol! hey, binatang pun tak kan buat macam ni tahu tak!

bayi ini di percayai bayi lelaki berketurunan melayu!
orang islam babe! mana pergi kemanusiaan? mana pergi agama??

kamu, kamu, kamu dan kamu semua tak takut ke kalau suatu hari nanti tuhan turunkan bala kat kita akibat tindakan tak bertamadun segelintir masyarakat Islam sekarang???

baca cerita dengan lebih lanjut? picit sini.

p/s : huh~! apa nak jadi dengan manusia sekarang..
         seolah olah telah kembali ke zaman jahiliah!
.

Aug 16, 2010

tetak isteri sampai mati, tetak anak sampai putus jari

semalam, kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan seluruh rakyat malaysia..
seorang suami telah menetak isterinya berulang kali sampai mati dan menetak anak perempuannya sampai putus jari di teluk intan perak.

baca berita dengan lebih lanjut. picit sini


orang sekarang ramai yang hidup dalam tertekan, sampai boleh dapat mental disorder..
ada jugak yang menghidap penyakit ni akibat daripada keturunan..
walau apa pun punca penyakit ini, pihak keluarga dan masyarakat sekeliling perlu lebih peka!
ada surat khabar tulis yang si anak kata ayah mengamuk sebab ubat ayah habis..
mungkin mereka bukan daripada keluarga senang sehingga tidak mampu beli ubat baru..
bagi saya, pihak hospital perlu lebih peka terhadap pesakit pesakit menntal ini walaupun pesakit mereka tidak lagi tinggal kat hospital.. buat pemantauan ke, ape ke..

takziah buat keluarga Khairul Bariah Mohamat Aaripin.. semoga roh nya di cucuri rahmat..
.

tweet with me

 

This cute little bloggie is Designed by Cik Tiqa Template by Ipietoon Sponsored by Emocutez