Jan 24, 2013

segmen khas : islam itu indah



Segmen Ke-Dua saya join .







Salam sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah ni , Tiqa berkenan nak join segmen khas ni . Segmen ni bukan semata-mata nak tambah follower ke pageview ke . Syarat-syaratnya pon tak suruh kita follow siapa-siapa . Cuma kena share entri dia kat FB je . Tu yang berkenan sangat nak join tu .


Okay , ini dia soalan dan jawapannya . 




1. Senaraikan Rukun Islam

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
  • Berpuasa dibulan Ramadhan
  • Mengeluarkan zakat
  • Mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan

2. Senaraikan Rukun Iman

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Rasul dan Nabi
  • Beriman kepada kitab
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar
  • Beriman kepada Hari Kiamat

3. Bilakah Al - Quran di turunkan ? 

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw. 


Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan. 


Tiqa tak tahu , Tiqa copy paste dari SINI .




4. Berapakah ayat dalam Al - Quran ?


6236 . Google , tak tahu , sekarang dah tahu . 




5. Berapakah surah-surah dalam Al - Quran ? 


114 Surah . Ni pon google . 



6. Apakah surah paling teragung dalam Al - Quran ?



Surah Al - Fatihah . 


Nabi saw bersabda:



“Sungguh aku akan mengajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Qur’an.”  Sahabat bertanya; “Surah apa itu , wahai Rasulullah?” Rasulullah saw membaca; “Alhamdulillah hirrobbil ‘alamin….” sampai akhir surah.” – HR Bukhari, Muslim dan lainnya.
Ini Tiqa copy paste dari SINI .  







Ha , kan banyak ilmu baru dapat bila join segmen ni . Okay apa . 
Tiqa nak tag Syaza dan Acik .

Bai . 


.




5 comments:

  1. dari segmen yang sama . dah follow awak . follow blog saya ye :)

    http://www.cikfie.com/2013/01/segmen-khas-islam-itu-indah.html

    ReplyDelete
  2. welcome acik :)

    .................................

    cik fie , done following you :)


    .....................

    ReplyDelete
  3. dari segmen yg same
    http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/01/segmen-khas-islam-itu-indah.html

    ReplyDelete
  4. salam kisah diary , dah follow u dah.. thanks for coming ! :)

    ReplyDelete

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D