Jan 20, 2011

polis buat aku gelabah

 

lunch time, around 1.30 pm

me : ma, ni masak apa ni? Sambil kacau kuah warna merah dalam periuk.
mom : ni asam rebus, kalau asam tumis orang panggil asam pedas. Sambil potong cili api nak buat sambal belacan
me : Ohh~ baru tahu. hehe..
mom : masukkan serbuk kunyit sikit.
me : hah ! kene masukkan kunyit? banyak mana? FES TIME MASAK NI NIH.
mom : masuk setengah sudu kecik dulu, pandai pandai lah agak. kalau masuk kunyit hidup lagi sedap.
me : Ohh~



tiba tiba



nee noo nee noo nee noo Bunyi siren kereta polis! Bukan ambulance okay.

me : hah ! bunyi apa tu?
mom : kereta polis ! cuba tengok kat tingkap ! entah entah ada budak masterskill bunuh diri lagi kot ! !
me : ish ! ma ni ! ada ke.. tak nampak pon apa apa kat tingkap.



tiba tiba



bla bla bla sila turun ke bawah sekarang !  
Bunyi pembesar suara macam suruh semua penghuni rumah pangsa turun bawah.


ketak ketuk ketak ketuk Bunyi budak masterskill berlari lari turun bawah guna tangga.



mom : eh ! polis suruh turun bawah lah ! rumah ni nak runtuh ke? ke terbakar! sambil masuk bilik.
me : terus capai tudung, pakai. 
mom : mana hp ma ? ha, ni. jom turun cepat !
me : alah ! kalau terbakar habis la laptop tiqa ! sambil keluar, pakai selipar.



tiba tiba



ketak ketuk ketak ketuk  
Bunyi budak masterskill naik tangga, ada yang guna lif, ada yang berkemban !



budak masterskill : alah ! budak kene tangkap basah lah ! 



me : LAH ! KENE TANGKAP BASAH PON NAK KENE GUNA PEMBESAR SUARA BAGAI ! 



p/s : rumah yang aku diami ini juga menjadi asrama budak budak masterskill !

No comments:

Post a Comment

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D