Salam dearest semua !
Ya Allah, lama gila kan Tiqa tak update blog ni ! Sorry la pada mereka yang keep on buka blog Tiqa , asyik tengok entry yang sama tak bergerak-gerak . Bukan busy sangat pon, tapi entah lah . Tak kan dah MALAS kot ?
Malas nak bla bla bla , kali ni Tiqa nak kongsi dengan korang honeymoon kitorang 2 minggu lepas . Tiqa pilih untuk honeymoon di Sun Beach Resort, Pulau Tioman . Sun Beach Resort ni terletak kat Kampung Genting, Pulau Tioman . Seriously , Awesome beybeh!
Serius Tiqa JAKUN sangat sebab seumur hidup Tiqa tak pernah pergi bercuti kat PULAU , kecuali dulu waktu darjah enam pergi rombongan sekolah kat Pulau Langkawi . Pulau Langkawi lain , ia lebih kepada jalan-jalan shopping daripada dekatkan diri kepada nature .
Tiqa seronok , excited sangat sangat sebab dapat pergi honeymoon kat Pulau Tioman ni . Tapi hubby cakap dia rasa tak excited pon nak pergi , sampai menangis Tiqa dalam feri sebab terasa dengan dia *oversensitive*. Dia tak excited sebab dia tak biasa pergi bercuti , dia sayang nak tinggal kampung sebab time tu musim sotong , nak buat macam mana , dah tu hobi dia . Tiqa jugak untung hari-hari dapat makan sotong yang hubby sendiri tangkap kan .
**dia pergi mencandat sotong 3 hari berturut-turut okay even kitorang baru 2 minggu kahwin *sebelum honeymoon .
Jom , sekarang nak cerita bersama-sama gambar pulak .
Tengok muka dia tu, serius je . **Muka hubby gelap sebab pergi mencandat sotong kat tengah2 laut .
Kitorang pagi-pagi dah bangun , bertolak pukul 7 dari Balok, Kuantan . Bajet nak sampai pukul 10 kat Jeti Mersing . Time tu redha je pergi tak tahu feri pukul berapa , kitorang bajet feri dalam pukul 11 / 12 macam tu .
Perjalanan pagi tu agak seram sikit . Nak tahu kenapa sebab kabus tebal yang amat ! Dah macam dalam movie dah tahu . Takutttt~
Tebal gila kan kabus pagi tu ?
Dalam pukul 10:07 pagi , kitorang sampai lah kat Jeti Mersing . *30 minit sebelum sampai Jeti Mersing , Kitorang lalu Jeti Tanjung Gemok dulu , jakun sekejap sebab tak pernah tengok Jeti dengan berlambak kapal .
Sampai je Jeti Mersing terus pergi pejabat Sun Beach Resort . Sampai je , dia cakap feri dah terlepas ! Tekejut gila time tu , dia kata next feri dari Jeti Mersing ni pukul 4 petang . Memang tak sanggup la kan nak tunggu sampai pukul 4 petang .
Dia cakap , kalau nak naik sekarang boleh pergi Tanjung Gemok, feri bertolak pukul 11 . Tengok jam , pukul 10:10 pagi macam tu . Sempat lagi nak patah balik . Apa lagi , cuung~ terus merempit bawa kereta patah balik ke Tanjung Gemok . Alhamdulillah, sampai sebelum feri datang .
tip bercuti: please check dengan pihak resort pukul berapa feri korang okay , kadang-kadang jadual feri boleh bertukar !
Eh , eh . Happy pulak muka hubby . *Padahal kena paksa senyum . hihi . Time ni tengah beratur nak amik boarding pass . Macam naik flight pulak . Tiqa time ni sangat excited !
Ini feri yang kami naik . Banyak gila pelancong asing yang nak gi Pulau Tioman ni . Feeling-feeling kat negara Omputeh jap bila di kelilingi Omputeh kat sini .
Perhatikan warna laut yang berubah bila semakin jauh feri meninggalkan jeti .
Nampak tak biru nya air laut bila ada kat tengah lautan . SubhanAllah~ cantik sangat !
Bila dah hampir 2 jam kami duduk dalam feri , tetiba dari jauh kami nampak Pulau Tioman ! Tapi , macam hujan je
Seriously , time ni memang hujan lebat la jugak kat luar feri tu . Tiqa macam "alamak hujan!" . Tapi bila makin dekat dengan feri , makin cerah pulak langit .
Alhamdulillah~ rupanya hujan kat tengah laut lagi . So, macam sempat la kitorang sampai Sun Beach Resort sebelum hujan turun kat Pulau Tioman .
Memang bawa 1 beg je untuk letak pakaian . Sumbat dalam 1 beg . Senang . Wajah hubby yang sangat happy lepas tengok ikan yang berenang-renang manja tepi jeti tu . Dengan tiba-tiba , dia menjadi sangat excited . Hubby tak boleh tengok ikan , dia mesti nak memancing , tu yang dia geram tengok ikan bayan dengan slumber-lumber berenang tepi jeti tu . Hubby cakap ikan tu mahal !
Ini ikan Bayan . Memang cantik . |
Ini ikan Bayan sebelum di goreng ! |
*Gambar ni Tiqa curi kat pakcik Google . Nanti Tiqa bagi tengok gambar yang Tiqa amik kat jeti pulak , teruskan membaca !
Gambar bilik kami *yang dalam bulatan tu* dari jeti . Front beach chalet with air-cond and water heater .
Dekat je Sun Beach Resort dengan Jeti Kampung Genting ni .
Muka "penat tidur" dalam feri 2 jam . Serious lenguh ,tapi bila tengok keindahan Pulau Tioman , terus hilang segala penat lenguh tu semua ! Eh , baju kami sama .
Anyway, kitorang sempat sampai Borak-Borak Cafe , minum welcome drink , lepas tu , buhf~ hujan turun . Terpaksa meredah hujan renyai nak gi bilik !
Tadaa~ Ini bilik kitorang . Bilik semua okay , tandas pon bersih . Cuma 1 je , tombol pintu tu , hanya hubby je pandai buka . Susah nak buka , kena ambil masa sikit . Sampai sempat Tiqa snap gambar sekeping .
Sampai bilik , letak beg semua terus pergi cari nasi kat kawasan jeti . Lapaq bak hangg~ Tiqa order Nasi goreng seafood *RM8.00 dengan air suam , hubby order nasi goreng ayam *RM LUPA maybe RM6 dengan air sirap . Serious sedap gila nasi goreng dia ! Hubby suka sangat ! Puas hati even bayar mahal sikit dari biasa .
Hanya air je sempat ambil gambar , makanan tak sempat , terus ngap ! Sebab lapar sangat !
Lepas makan kitorang jumpa Mok Teh . Siapa Mok Teh ? Mok Teh ni tokey kedai cenderahati , merangkap ibu kepada kawan baik hubby iaitu Tioman *nama dia ERY , hubby / geng army panggil dia Tioman sebab dia asal dari Pulau Tioman . Kebetulan , rupa-rupanya Tioman duduk kat Kampung Genting . Mok Teh dengan happy dan ramah berborak dengan kitorang bila tahu yang hubby ni kawan anak dia . Mok Teh baik sangat . Tiqa seronok berbual dengan Mok Teh ! Tiqa beli selipar dari Mok Teh , dapat diskaun !
Lepas tu kitorang balik bilik , mandi solat . Lepas Asar , kami keluar bagi makan ikan kat Jeti ! Beli roti dari kedai Mok Teh . Seronok sangat ! Cantik sangat ciptaan Allah SWT ni ! Dengan air membiru / hijau / jernih , ikan yang berwarna-warni , terumbu karang yang sangat cantik . Tenang jiwa kami !
Banyak sangat ikan kat jeti ni ! Ikan Todak *yang panjang , Ikan Bayan *yang warna warni , Ikan Belang-Belang *tak tahu nama . SubhanAllah~ Tiqa terpegun , terkesima dan terjakun sekejap . Tiqa mana pernah tengok semua ni kecuali dalam akuarium . Ni pertama kali tengok ikan secantik ni depan mata , hidup bebas di bumi Allah ni .
Air dah pasang . Nampak lebih cantik !
Lega bila tengok hubby happy datang Pulau Tioman ni . Mula-mula memang dia tak rasa excited , tapi bila dah jejak kaki kat sini , dia betul-betul terpikat dengan keindahan pulau ni . Tiqa pon seronok tengok dia seronok .
Ralit kitorang duduk jeti , sampai nak dekat pukul 7 malam . Kitorang terus bergegas pergi tempat makan Sun Beach Resort . Kitorang makan dinner secara buffet malam tu . Cantik sangat pemandangan daripada restoran tu . Makanan dia , PERGHH~ SEDAP BAK HANG~! Memang tak menyesal pilih Sun Beach Resort !
Sotong goreng tepung , Ayam masak kicap , Kari Ikan Tenggeri *kalau tak silap , kacang buncis . Sedap sangat ! . Hubby sangat puas hati . *Kalau hubby puji maknanya betul la tu sedap sebab dia pandai masak jadi dia cerewet sikit . Kalau ada yang kurang , dia dapat rasa ada yang kurang . Dia puji masakan kat Sun Beach Resort ni . Memang sedap . Tiqa pulak jenis bantai je makan . hehe .
Lepas tu dalam pukul 7:30 malam , terus cepat-cepat balik bilik , solat . Malam tu lepas Isyak , kitorang gi tempat Mok Teh , berbual . Sampai malam , kitorang supper kat Borak-Borak cafe , makan bubur pulut itam dengan air teh . Lepas tu balik bilik tidur . Nak siapkan diri untuk snorkeling esok ! Yeayy~!
To be continue . . .
.
seronoknya,nak pergi jugak ahaha T_T
ReplyDeletecantiknya p.tioman... teringin nk g jugak...hneymoon...huhu
ReplyDeletemnariknye entry ni ade emoticon2 ni.hehe
ReplyDeletecantik tempat ini
ReplyDeletesalam perkenalan...
ReplyDeletecantiknya pulau tioman... kena suggest kat hubby jugak la honeymoon kat sini... jemput2 la follow me back ye dear :)