Seriously , Tiqa tak pernah rasa tertekan macam ni , sampai menangis . Bila kita KENA buat decision sendiri yang melibatkan masa depan kita . Sangat STRESS okay !
Mungkin ada yang tahu dan banyak yang tak tahu yang Tiqa bekas student Diploma in Medical Laboratory Technology , tak grad lagi , cuma dah habis belajar . Tiqa tersepit antara nak sambung belajar (degree in science) ataupun kerja ataupun jadi suri rumah sepenuh masa . TERTEKAN ! MANA SATU ?
Tiqa dah nak kahwin dah . InsyaAllah . Tiqa tertekan sangat lepas kahwin nak buat apa ? Nak kerja ? Nak sambung belajar ? atau duduk rumah jaga suami .
Tiqa sebenarnya lebih prefer duduk rumah jaga makan minum suami . Jadi isteri terbaik untuk dia . Tiqa selalu berangan nak jadi mama yang didik anak dia sendiri . Tapi , Tiqa nak bantu suami . Tak kan Tiqa nak kuburkan impian Tiqa kerja kat makmal ? Siapa nak bayarkan PTPTN ? Tiqa tak nak bebankan suami .
Pasal sambung belajar , kawan Tiqa ajak Tiqa buat PJJ (Pengajian Jarak Jauh) USM , Degree in Science . Tempoh 4 tahun . Setiap sem kena bayar dalam RM1400 ++ . Permulaan kena bayar RM1700 ++ . Memang duit boleh cari , tapi masalah utama nya komitmen .
Boleh ke Tiqa jadi superwoman ? yang boleh komit dengan tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu (paling penting) , sebagai seorang student dan pekerja ? ofkos la Tiqa kena kerja bila dah sambung belajar , kalau tak mana nak cekau bayar duit yuran .
Serious , Tiqa tak menyesal ambil keputusan kahwin muda . FYI Tiqa baru 22 tahun ye kawan-kawan . SERIOUS TIQA TAK MENYESAL LANGSUNG ! Ini yang terbaik untuk mengelakkan maksiat !
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa Nabi saw bersabda kepadanya:
يَا عَلِيُّ ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا: الصَّلَاةُ إذَا آنَتْ، وَالجَنَازَةُ إذَا حَضَرَتْ، وَالأيِّمُ إذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْوا (غريب حسن
“Wahai Ali! Tiga perkara yang tidak patut engkau lewatkannya, Solat apabila telah masuk waktunya, Jenazah apabila telah dibawa dan orang bujang apabila kau telah temui yang sekufu dengannya.”
SUM BER
Tiqa harap dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan perkahwinan Tiqa dan kehidupan Tiqa selepas berkahwin nanti kerana sesungguhnya Tiqa berkahwin kerana untuk mengelakkan maksiat . Tak senang bercinta lama-lama . Takut terjerumus !
Pandangan korang semua amatlah dihargai !
Bai .
.
salam...maaf menggangu..tapi saya nak komen sikit..hehe
ReplyDeletesaya rasa baik akak mintak pendapat ibu bapa akak n future husband akak jugak...lepastu bincang face to face...sebab cerita akak ni mmg macam dlm cerita novel jerk XDD
lepastu jgn lupa buat solat istikharah utk mintk petujuk dri allah ^^
tu je kut..sori kalau mnde ni tk mmbantu T.T
tape.. memang akak dah bincang dengan mama, n mama ofkos suruh akak sambung belajar , dah tanye sepupu a.k.a abang akak, dia pon suruh sambung belajar . tanya bakal suami , dia lebih prefer akak duduk rumah , dia nk bayarkan ptptn akak, tp dia tak halang akak sambung belajar , yg penting akak tak abaikan family . TU YANG MAKIN TERSEPIT TU ! T____T
ReplyDeleteakak nk belajar , akak nk keje jugak, dan akak nk jaga anak sendiri ! mana satu ni !
akak solat istikharah. :)
ReplyDeleteInsyaAllah.. itu yang sebaik-baik keputusan kan :)
ReplyDeleteSalam tiqa,
ReplyDeleteSyukurlah tiqa dah ade yg sudi jadikan isteri. akak pun selalu fikir ape yg tiqa fikir. wpun akak dh kerja, tp kontrak. risau jugak kalau2 kontrak x sambung. akak nk keje ape? nk smbung blaja ke? kawen? xde yg nk masuk minang plak. wpun graduate oversea tp dh 2 thn x dpt keje tetap. dlu akak sgt stress. blk msia xdpt keje. rs mcm loser. single and jobless. akak rs awk masih bertuah ade yg syg. akak rs mgkin awk keje dlu lps kawen tp lps dpt anak terpulanglah. akak pn rs nk jd suri rumah, jg kluarga sdri kalau diizinkan. tp tgk keadaan jugaklah kan. ape2 pun akak doakan yg terbaik utk awk. selamat pengantin baru in advance! =)
...
ReplyDeleteIye, tiqa tau kat luar sana banyak lagi yg dalam keadaan tersepit macam tiqa malah lebih lagi tersepit dari tiqa. Betul ckp akak, tiqa kena bersyukur sbb ada org sudi amik tiqa jadi isteri. Tiqa dah pikir2 , Tiqa amik pandangan bakal suami, dia lebih SUKA tiqa duduk rumah jaga dia dari tiqa kerja..dia suruh tiqa bukak bisnes jgn makan gaji sbb kalu kita ada bisnes, insyaAllah kita lebih fleksibel urus dan susun masa kita sendiri :)
Alhamdulillah insyaAllah bakal suami boleh bg modal....
terima kasih ye kak sbb bg pandangan..tiqa amat hargai....
....
Salam tiqa,
ReplyDeletetahniah kerana bakal mendirikan rumah tangga.
masalah kita agak serupa cuma bezanya saya nak pilih further phd atau kerja.
Pada pendapat saya, kalau ada keinginan untuk belajar, teruskanlah sebab nanti bila dah ada anak, bertambah lagi komitmen.lagipun tiqa masih muda lagi, pasal anak tangguhkan dulu sehingga habis study. saya rasa amat rugi sebab tiqa masih muda. kalau nak spent masa dengan suami, tiqa boleh buat pjj tapi kalau suami tiqa selalu outstation, boleh buat full time, lg cepat habis. biasa ijazah 3 tahun jer.
idea nak buat bisnes pun ok jugak tapi bagi saya bukan mudah pada permulaan dan memerlukan masa yang banyak untuk majukan perniagaan. dan kadang2 menuntut komitmen yang lebih.tambahan lagi nak berbisnes perlukan pengalaman.
salam tiqa..
ReplyDeletemasalah ayu sama mcm kita..yg bezanya plan nk kwin thn dpn..huhu..tp ayu dpt offer pjj thn ni..mmg dilema sgt dgn bakal FH akan dpt kja jh dr ayu.pstu mna nk smubng bljr lg.pstu klu prgnant sorg2 kt tmpt org.aduhai stress pkr..
tiqa dh kwin ya..apa pn semoga bahagia ya..jd apa keputusan tiqa?huhu
Kita manusia biasanya memandang sesuatu yg belom berlaku dlm hidup tu nampak mudah dan indah..sebelum kawin pikir duk kt umh jg hubby n ank2..sgt indah n bahagia..sedangkn masih ade cabaran yg x terpikir dan perlu kekuatan emosi ,fizikal,mental n rohani yg tinggi..sama juga menjadi carier woman..so my opinion..hadapilah ape yg ade sekang..if tgh blaja..trruskn setinggi yg blh dcapai..insyaaAllah rezki lain akn menyusul sbb Allah x bebankn kita kalau x mampu..
ReplyDelete