Hello peeps ! Oh My Allah ! Lagi 89 hari lagi . 1 persiapan pun tak siap 100% lagi . Baju nikah ? Kain dah beli tapi tak pergi jahit lagi . Pelamin ? Pelamin dah booking tapi baju tak fitting lagi . Doorgift ? Satu hapak pon tak buat lagi . Apa lagi ? Hantaran ? Hantaran dah beli tapi tak hantar lagi kat mama Naja untuk gubahkan . Kad kahwin ? Design kad dah 90% siap , insyaAllah esok plan nak ambil gambar sebab gambar kita je tade lagi untuk letak kat kad tu . Pening - pening . T______T
Oleh kerana Cik Tiqa ni cuma tanam anggur je kat rumah , jadi Tiqa ingat nak buat baaaaaaanyak project DIY . Buat sendiri lagi puas hati kan ? Tambahan pula nak jimat kos .
Okay , antara benda yang Tiqa nak DIY ialah :
1. Paper Bag for Doorgift
Sekarang tengah popular dikalangan B2B buat paper bag untuk doorgift sendiri . Mana-mana blog B2B yang Tiqa pergi mesti dorang akan mention nak buat benda ni . Mudah dan jimat cuma leceh sikit ler . Banyak inspirasi yang Tiqa dapat dalam duk google-google ni .
Contoh :
Nifhana |
Ini yang dibuat oleh Suhana . Senang je . Ringkas tapi cantik ! Dia cuma guna 3 barang je . Brown paper bag , paper clip dan thank you tag yang di reka dan print sendiri . Opps , paper bag tu dia print ye . Cantik kan ? Tiqa SUKA SANGAT ! PICIT SINI untuk ke blog dia .
Cik Tigger |
Yang ni pon lebih kurang sama macam yang kat atas , cuma dia guna Doily paper instead of paper clip . cantik jugak kan ? Oh , dia print jugak kat paper bag tu . PICIT SINI untuk step nak buat .
Qaseh |
Haaaa~ yang ni sejibik macam kat atas cuma bezanya dia tak print paper bag tu , dia cop guna rubberstamp ! Cantik , mudah dan ringkas . Kalau ada yang rasa terlalu simple , boleh tambah ribbon . PICIT PICIT !
Nini Mohd |
Okay , barang-barang yang Nini guna ialah white paper bag , Doily paper , Crepe paper , ribbon dan thankyou tag yang di design dan diprint sendiri . PICIT SINI kalau nak intai macam mana dia buat .
Tiqa plan nak buat salah satu yang di atas :) harap B2B lain pon dah dapat idea nak buat macam mana untuk paper bag untuk doorgift nanti .
NEXT~
2. Veil nikah dan sanding DIY
Percaya atau tak , Tiqa yang kali terakhir menjahit secara besar-besaran iaitu time tingkatan tiga buat skirt telah mengambil keputusan untuk menjahit veil sendiri . Takut jugak tapi kuat kan tekad demi menjaga duit poket .
Imah |
Cantik kan ? Cantik kan ? Ya Allah , Tiqa suka sangat-sangat veil dia . Buat sendiri je tau . Dia buat guna material chiffon , dan tersangat lah murah ! Tiqa kagum sangat-sangat dengan empunya diri ni . Dia rajin sangat buat DIY . Sila PICIT untuk mengskodeng hasil kerjanya .
Yuliana |
Yang ini pon guna material chiffon . Cantik sangat kan ? Ish , kenapa dorang ni pandai-pandai eh . Jeles secara sihat ni ! Jom intai cara-caranya ; PICIT
Nuha |
Ini veil yang Pn. Nuha buat . Baru 4 bulan kahwen u'olls ! Cantik kan veil dia . Tiqa rasa ini kali pertama dia buat Veil . Dia guna material chiffon jugak . Love it ! PICIT lah :)
Okay , Tiqa cadang nak buat veil berdasarkan salah satu inspirasi kat atas ni . Dan yang bestnye , Cik Ekin , iaitu bestfriend Tiqa yang bakal bertunang tak lama lagi pon nak join beli barang dan buat veil sama-sama ! Bestnya ! Ada kawan ! InsyaAllah , awal bulan 2 nanti kitorang pergi beli sama-sama . Yeayyyy~
Okay Next ~~
3. Hand Bouquet / Bunga Tangan DIY .
Actually memang terpikir nak buat bunga tangan sendiri . Beli bunga fresh , lepas tu tangkai dia gulung-gulung dengan ribbon . Siap ! Tapi selepas melihat bunga tangan bride-bride lain , Tiqa jadi macam teringin nak buat macam dorang punya .
Silakan melihat .
Nurul |
Cantik kan ? Ini dia buat guna felt paper yang berbulu-bulu tu . Picit nama tu eh untuk bukak link .
Qaseh |
Cantik kan yang ni ? Ini pon dia gunakan material felt . Cuma beza design bunga dia lain . Simple pon simple , cantik pon cantik . Picit nama bawah gambar tu ye kalau nak tau macam mana buat .
Nurun |
Bagi B2B yang busy tade masa nak gunting-gunting kain bagai tapi stil nak DIY bunga tangan , boleh try yang ni . Cantik kan . Macam bunga betul ! Tiqa suka ! Picit nama tu ye kalau nak terjah blog Nurun .
Tiqa dah memnag terfikir nak buat salah satu diatas . InsyaAllah , moga-moga segala perancangan Tiqa ni berjalan lancar . Amin .
K lah , dah nak pukul 4 pagi . Nantokk~
Bai.
.
kenapalaaaa dulu2 time kawen tak terfikir pon boleh buat macam ni :P
ReplyDeleteHehe, saya dulu time tunang langsung tak fikit nk buat mcm ni, beribu jugak la abis T___T kalau buat mcm ni jimat sgt !
ReplyDeleteall the best. Sya nk DIY memang xreti! huhu
ReplyDeleteBTW, Sya br foLLOw blog ni. free,visit/foLLow Sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com
Done following u sayang :) actually awk first B2B 2013 yg sy jumpa T___T
ReplyDeleteboleh tukar2 pendapat ! ;D
veil tu, ade manik atas kepala, cantik. or lace ke. buat kaler pastel, cair yang sweet2. cantik, masa nikah nnt. pendapat je ni.hehehe
ReplyDeleteThanks balqis ! kita mmg cadang nk wat mcm tu :) tampal lace sikit lepas tu jahit manik.. mmg kita nk beli warna cream pon.. hihihi.. nk padankan dgn kain nikah !
ReplyDelete.
Seronok diy barang kawen sendiri.. :)
ReplyDelete