Dec 4, 2012

Comel nya dia !

Salam,

mesti dengan title entry yang macam niramai ingat yang entry mesti ada banyak gambar macam ni :




atau pun gambar yang macam ni :





TETTTT ! Salah ! hehe..

Okay, teruskan membaca . Kalau nak tahu lah~



Orang kata,


Perempuan ni even dia kasar macam mana pon, dengan boyfriend / tunang / suami, mesti dia manja.


Betul ke? Kalau lelaki macam mana pulak?

Kalau orang tengok EF (Encik Fiance) kita, mesti orang cakap tak takut ke? , muka dia garang lah. Takut lah dengan askar! FYI, EF is an army, my army hehe. Even abah sendiri tanya "tak takut ke? Abah tengok dia banyak parut!" Dah banyak kali digasak dengan soalan ini. Tiqa cuma senyum je.


Gambar hiasan okayyy~


Tiba-tiba teringat masa kat Port Dickson tahun lepas. Tempat cinta berputik~ CEWAH!

Selepas Tiqa dan 4 orang lagi geng Tiqa (Kak Eca, Ekin, Fishah & Bella) dapat tahu yang kami semua dapat praktikal kat Hospital Port Dickson, semua macam teruja. Yelah, mana tak nya sebab dekat dengan pantai, semua dah berangan nak pergi pantai hari-hari, lagi-lagi Tiqa yang perasan photographer ni. Siap beli buku photographer teknik-teknik shoot kat pantai lagi ! Tapi hampeh ! Boleh kira dengan jari okay berapa kali kami pergi pantai. Semuanya sebab penat bekerja, baru tahu macam mana penat mak ayah kerja cari duit T___T



Okay, jauhnya menyimpang dari jalan cerita sebenar !

Sebelum pergi PD, Kak eca ada cakap yang makcik dia cakap mesti salah seorang dari kami sangkut dengan askar sebab PD kan Bandar Tentera. Infact, sebelah Hospital PD tu ada kem tentera. Tiqa dengan yakinnya cakap,



Bukan Tiqa okay, Tiqa tak suka tentera ! Takut lah ! Tentera kan banyak yg jahat !



Seriously, Tiqa memang takut dan tak suka dengan army. Apatah lagi, hari pertama nak daftar kat Hospital Port Dickson (HPD), masa nak lintas jalan, dah kena usik dengan army yang lalu kat jalan tu.
Dah lama rasanya tak kena usik dengan lelaki kat KL, almaklumlah sejak badan dah bagai belon di pam pam ni, tapi kat PD, lantak la kau menarik ke tak menarik ke mesti punya kena usik dengan army ! Kebanyakannya sama ada nakal gila ataupun peramah gila.

Okay, first Tiqa jumpa EF masa Kempen Derma Darah yang HPD buat kat 1 Golf Club apatah sebelah HPD, sebelah kem askar.

Kebetulan masa tu semua kena pergi kecuali kak eca. Kitorang yang bahagian makmal ni ditugaskan periksa jumlah HB dan jenis darah penderma sebelum mereka layak menderma.

check HB
Blood grouping : jenis darah



Entah kenapa masa on the way pergi tu Tiqa terdetik, "kalau jumpa bakal suami kat sini kan seronok! Aishh, apa aku mengarut ni!". =_="

Macam biasa, kalau mula-mula kempen start semuanya bertenaga, bila dah sampai tengahari, semua jadi penat, malas nak buat kerja dah sebab orang makin kurang. Tengahari Tiqa dah macam meronta-ronta nak balik, almaklumlah, hari tu hari ahad, rasa nak rehat je kat rumah.Tiqa minta Fishah pulak jaga tempat check HB, yg Tiqa pulak masuk dalam dewan tempat orang derma darah.  Dewan tu ada air cond, so boleh rehat-rehat kejap. So Tiqa pon meneruskan niat nak curi tulang tu.

Jeng jeng jeng~ kat sini lah takdir menemukan kami.

Tiqa masuk terus cari kerusi nak duduk. Kat situ ada TV, tengah siarkan cerita Melodi.

"Eh, Melodi dah start lah, nak tengok lah!"

Mata terus meliar cari kerusi dekat-dekat dengan TV tu, dan hanya 1 je yang kosong tapi Tiqa serba salah nak duduk kat situ sebab depan kerusi tu ada seorang lelaki duduk sambil fokus tengok Melodi. 

"Alamak, macam mana ni, tak kan nak duduk kat situ, malu lah! Tapi tak kan nak berdiri kat sini, penat lah! Ah, duduk je lah, buat muka selamber"

Tiqa terus pergi kat kerusi tu, dan terus duduk. Lelaki kat depan Tiqa tu macam terkejut. Tiqa buat tak tahu je. Padahal tengah menahan rasa malu yang membuak-buak.


Tiba-Tiba,


"Err,nurse ke?"
"tak lah, saya bahagian makmal"
"makmal? Ingatkan nurse je yang buat kerja derma darah ni"
"tak lah, bahagian makmal wat kerja kat luar tadi, check darah semua"
"Oh, ingatkan dokter tadi"
"tak lah"
"Orang mana? Asal mana?"
"Duduk KL, tapi lahir kat Kelantan"

dan BLA BLA BLA BLA.




Di sini perbualan kami bermula. Alah, typical malay boy punya ayat kan. Tiqa layankan aje, sebenarnya Tiqa rasa tak nak layan, tapi entah kenapa hati ni cakap "kalau kau terus menyombong dengan lelaki, bilanya kau nak jumpa calon suami?". Tiqa terus kaku kat situ dan layankan aje pertanyaan lelaki tu. Actually lepas putus ngan bubu dulu, Tiqa jadi malas nak kenal or layan lelaki, rasa macam hati ni jadi keras membatu gitu, tapi entah kenapa kali ni, hati ni macam terbuka dan mulut ni jadi ringan je berbual dengan lelaki tu. Tiqa bukan harap jadi girlfriend lelaki ni ke apa tapi Tiqa anggap ini langkah pertama Tiqa untuk buka ruang untuk diri Tiqa move on teruskan hidup dan lupakan bubu, dah setahun lebih kot! Kenapa lah susah sangat nak move on time tu !


Lepas beberapa minit,


"Okay lahsaya nak sambung kerja"
"Oh, bagi lah nombor telefon?" sambil keluarkan hp dia dari poket.
"Eh, kenapa pulak nak nombor telefon??"
"Alah, nak kawan aje"
"Okay, bak sini hp"

Lepas tu Tiqa terus keluar dari dewan tu. Entah kenapa hati ni berdebar-debar. Padahal muka lelaki tu pon Tiqa tak ingat sangat !

"Ahh ! Mungkin sebab dah lama tak macam ni kot"


Balik rumah, semua geng exciated bila dapat tahu ada orang minta nombor Tiqa tadi, Tiqa yang rasa biasa-biasa je terus jadi tersipu-sipu gitu bila tengok reaction diorang  =_=''
Tapi dalam hati masih menaruh prasangka buruk pasal lelaki ni. Al maklum lah, Tiqa kan takut pada ARMY.

Okay, then lepas beberapa hari / minggu , dia ajak jumpa lagi, Tiqa bukan main ligat fikir macam mana nak tolak ajakan dia, bukan sebab benci dia, tapi sebab takut kat dia. Yela, dia lelaki, badan dia boleh tahan tegap dan berketul-ketul gitu, even badan Tiqa ni bagai belon yang di pam-pam, Tiqa rasa tak larat kot nak lawan dia. Bila dah lama-lama, Tiqa dah tak boleh lari lagi

Dia datang dengan seorang kawan naik kereta myvi. Tiqa pulak bawa lagi dua orang bodyguard iaitu Fishah dengan Ekin. Tapi still rasa tak selamat lagi ! Kitorang bagai nak gila fikir nak bawa apa untuk protect diri kitorang if jadi apa-apa. Tiqa jumpa pisau kat dapur.

"Weh korang, pisau??"
"Kang tercucuk diri sendiri macam mana??"

Okay, tak jadi bawa pisau. Akhirnya, kitorang bawa serbuk lada hitam dengan pengepil kuku besar yang ada pencungkil tajam. Ekin pulak siap sedia dengan hp dia yang ada cukup topup untuk call polis.


Okay, bila ingat balik rasa nak gelak kuat-kuat sambil guling-guling !


But then, nothing bad happen to us. Infact kitorang rasa seronok sebab dia bawa kitorang pergi Muzium Tentera dan kebetulan ada Pameran Tentera kat tepi pantai time tu. Segala macam kenderaan, senjata, meriam, peluru berpandu dipamerkan. Lelaki tu Tiqa tengok seronok cerita macam-macam pasal Malaysian Army kat Tiqa. Yeahh~ I can see his passion, and he really love his job. Dia bukan jenis lelaki yang exciated cerita pasal kerja sebab nak berbangga-bangga, infact Tiqa rasa dia sangat merendah diri. Perempuan benci okay dengan lelaki berlagak.

Bila dah lama sikit kenal, Tiqa dapat rasa dia bukan jenis lelaki lain yang nak kenal dengan perempuan sebab nak main-main. He is really different. Tiqa yang dah sembilan kali bercinta ni, tak pernah jumpa lelaki yang macam dia. He looks tough but yet he gentle. One more thing, dia bukan lelaki panas baran yang cepat marah, dia sangat penyabar. Dia seorang yang sangat bertanggung jawab terhadap family dia terutama mak, adik, kakak dan anak-anak saudara dia. 

Tapi yang paling penting, bila dah hampir 8 bulan kami bertunang ni dia makin comel dari sehari ke sehari !
Bukan dari segi fizikal, tapi dari segi dia layan Tiqa. Comel sangat okayy~ I don't expect this from a tough army. Seriously ! sayang jangan comel sangat boleh tak, you make me melting like chocolate !









Okay, sengaja tepek gambar sendiri sebab, mana boleh gambar dia sorang je ada kan? MOTIF? +_+"






"Sayang, apa yang abang pandang kat Tiqa time mula-mula kita jumpa dulu??""Gigi Tiqa, jarang.""APA?? GIGI???""Tapi dalam hati abang cakap tape lah, bukan semua orang sempurna, abang pun ada kurangnya""Tapi kenapa gigi....... T____T "





p/s : segala perbualan mungkin berbeza sedikit dari yang asal kerana nonsence la kan Tiqa boleh ingat 100% perbualan tahun lepas, tapi Tiqa yakin, perbualan ini tak banyak lari dari yang asal :)
.





No comments:

Post a Comment

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D