Assalamualaikum semua :)
Dah lama kan Tiqa tak update blog ni, padahal bukan busy sangat pun, duduk rumah je. Entah la.
Hemm. Sejak bertunang dengan Encik Fiancee (EF), banyak dugaannya. Betul lah orang kata bertunang ni banyak dugaannya. Sekarang Tiqa dah rasa semua tu. Kami dah sepakat, kami kene kuat. Benda kecil pon boleh jadi besar, biasanya Tiqa lah yang suka besar besar kan masalah hihi. Syukur Alhamdulillah, EF seorang yang sangat penyabar dan rasional. Dia tahu Tiqa sebenarnya macam mana. Dia tak lokek meminta maaf bila dah buat salah. Bersyukur sangat dipertemukan dengan lelaki yang macam tu.
Selama ni, Tiqa tak pernah sedar dan tahu betapa Tiqa sayangkan EF. Even lepas bertunang pon. Normal lah kita sayang tunang kita tapi Tiqa tak tahu sejauh mana sayang Tiqa pada dia. Sampai lah 1 kejadian telah berlaku kat Mid Valley. Jeng jeng jeng~~ , unsur suspen.
EF tak pernah pergi Mid Valley, dia kerja kat Melaka, kalau dia datang selangor pon mesti atas urusan kerja. So, bila dia kenal Tiqa, Tiqa lah yang jadi tourist guide dia, bawa dia jalan jalan sekitar Kuala Lumpur ni.
Pada suatu hari Tiqa bawa dia pergi Mid Valley, nak tengok wayang cerita Wrath of the Titan, tapi ramai sangat orang, semua cerita best semua penuh. So, kami tukar tengok cerita Cabin in the Woods. Macam best je tengok posternya.
Sebelum start wayangnya, kami pon pergilah jalan jalan dulu. Tengah jalan jalan tu entah macam mana Tiqa terasa dengan EF, entah kenapa Tiqa merajuk dengan dia. kenapa dengan Tiqa ni T.T . EF try pujuk Tiqa, Tiqa buat tak tahu je. Lama lama Tiqa okay sendiri. Tapi EF pulak yang tertanya tanya kenapa Tiqa merajuk. EF tanya Tiqa, Tiqa tak percayakan dia ke? Tiqa diam. Tiqa terus kata, jom lah wayang nak start dah. Tiqa terus jalan, Tiqa pandang belakang, EF tak bergerak seinci pon. Dalam hati Tiqa cakap, ahh, jap agi dia ikut la tu. Tiqa terus jalan dan naik escalator.
Sampai je atas tiqa pandang belakang, EF tade ! Rupanya EF tak ikut Tiqa naik escalator. Tiqa tak tahu nak buat apa. Dah lah ramai sangat orang. Nak turun balik, jauh pulak escalator yang untuk turun tu. So, Tiqa tunggu je, mungkin kejap lagi EF naik. Tiqa tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, EF tak naik naik. Tiqa mula risau. EF bukan biasa dengan tempat ni. Handfon EF pon Tiqa yang pegang, macam mana nak call kalau tak jumpa. T____T
Tiqa terus pusing pergi kat escalator turun, dari jauh Tiqa nampak EF berdiri sorang sorang termenung tempat Tiqa tinggalkan dia tadi. Fuh, lega sangat sangat hati ni. Tiqa pon terus jalan, pusing pergi balik kat EF. Time tu ramai sangat orang.
Sampai je tempat tu, Tiqa tengok EF dah tade. Terkejut sangat sangat. Hati terus berdebar, mana abang ni. Tiqa berpusing 360 darjah cari dia, serius macam nak nangis dah.
- Mana dia pergi T_T
- Dia dah balik ke??
- Kalau dia balik, macam mana nak tepon dia, handfon dia kat aku
- Dia tahu ke macam mana nak keluar dari tempat ni, aku pon kadang kadang sesat sebab jarang sangat datang sini T____T
- Abanggggggggggggggggggg~~~~
Tiqa terus jalan ke depan sikit, cari dia, Tiqa pusing ke kanan ke kiri. Tapi tade ! Dengan berderu orang kat sekeliling, Tiqa macam lost sorang sorang kat situ.
Lepas tu Tiqa pusing balik tengok kat tempat last Tiqa nampak EF tadi dan EF ada kat situ ! Oh, leganya bila nampak muka dia balik. Time tu terus berlari pergi kat dia, memang macam nak nangis dah. macam drama pulak hihi~
Tiqa : Abang pergi manaaaa~~ T_____T
EF : Sampai hati Tiqa tinggalkan abang. Abang ingat nak balik dah tadi.
Tiqa : Jangan lah balik T_____T
EF : Abang saja nak tengok Tiqa cari abang, abang masuk dalam kedai kamdar belakang ni. Abang nampak Tiqa bediri kat situ, bila abang pusing, Tiqa dah hilang, kelam kabut abang keluar. Lepas tu abang nampak Tiqa datang kat abang.
Tiqa : . . . T______________T
Sejak kejadian tu, Tiqa dah tau macam mana rasa kehilangan EF, even sekejap je dia hilang tapi macam nak gugur jantung cari dia. Okay, Tiqa dah tahu dah Tiqa sayang abang macam mana.
Jangan besar besarkan perkara yang kecil
Jangan cepat emotional dan melatah
Hargai orang yang tersayang sebelum kita kehilangan dia
oh, btw, cerita Cabin in the Woods tu memang mengarut !
oh, btw, cerita Cabin in the Woods tu memang mengarut !
.
No comments:
Post a Comment
Sila ambil perhatian sebelum komen :)
1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D