Neraka. Tempat yang paling panas. Tempat yang tidak mahu dijejaki oleh sesiapa pun. Tiada manusia yang waras mahu jejak kaki kesana walau sesaat pon. Setahu mana kah kita tentang panasnya dan gambaran api neraka? Jom tiqa cerita sikit info yang tiqa dapat :
( ringkasan dari perbualan jibril dan Nabi Muhammad SAW)
- Panasnya api neraka itu diandaikan jika terbuka sebesar lubang jarum ( pintu neraka ) niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
- Diandaikan jika satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
- Diandaikan jika satu pergelangan dari rantai ( dari neraka ) yang disebut dalam Al-Qur’an itu
diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke
tujuh.
- Diandaikan jika seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur kerana sangat panasnya.
- Jahannam ( neraka ) itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
- Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
- Pintu neraka selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu
jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70
kali lipat.
- Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s.
serta keluarga Fir’aun. Neraka Al-Hawiyah.
- Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin. Neraka Jahim.
- Pintu ketiga tempat orang shobi’in. Neraka Saqar.
- Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi. Neraka Ladha
- Pintu kelima orang yahudi. Neraka Huthomah.
- Pintu ke enam tempat orang nasara. Neraka Sa’eir.
- Pintu ke tujuh, untuk orang-orang yg berdosa besar dari ummat Nabi Muhammad SAW yg sampai mati belum sempat bertaubat.
Panas dan dahsyatnya gambaran neraka yang digambarkan oleh Malaikat Jibril kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nabi jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril. Betapa baginda sayang dan risau tentang kita.
Bagi seseorang yang bernama muslim/lelaki, mereka menanggung tanggungjawab yang besar, bukan sekadar menjaga amalannya sahaja, tetapi perlu menjaga amalan isteri, adik dan anak anaknya.
Ada 4 golongan lelaki yang boleh ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &
saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya?
Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah
hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai
lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn
ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak
menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi
Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s;
Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr
melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah
S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api
neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
sumber : gambaran neraka , FB
.
dengar perkataan "neraka" pon aiman da takut....
ReplyDeletemoga kita digolongkan dalam golongan yg baik2 mudah2an..banyakkan aml ibadah...insya-allah syurga ganjarannya..^^
wahhh!minat kpop ye??sama2!haahaa..saya fanboy kpop...do follow u..n i always update about kpop n about my life..feel free to visit....
big bang's song!like it!