Sep 28, 2011

Jangan tarik aku ke neraka


Neraka. Tempat yang paling panas. Tempat yang tidak mahu dijejaki oleh sesiapa pun. Tiada manusia yang waras mahu jejak kaki kesana walau sesaat pon. Setahu mana kah kita tentang panasnya dan gambaran api neraka? Jom tiqa cerita sikit info yang tiqa dapat :
( ringkasan dari perbualan jibril dan Nabi Muhammad SAW)

  1. Panasnya api neraka itu diandaikan jika terbuka sebesar lubang jarum ( pintu neraka ) niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
  2. Diandaikan jika satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
  3. Diandaikan jika satu pergelangan dari rantai ( dari neraka ) yang disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
  4. Diandaikan jika seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur kerana sangat panasnya.
  5. Jahannam ( neraka ) itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
  6. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
  7. Pintu neraka selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali lipat.
  8. Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir’aun. Neraka Al-Hawiyah.
  9. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin. Neraka Jahim.
  10. Pintu ketiga tempat orang shobi’in. Neraka Saqar.
  11. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi. Neraka Ladha
  12. Pintu kelima orang yahudi. Neraka Huthomah.
  13. Pintu ke enam tempat orang nasara. Neraka Sa’eir.
  14. Pintu ke tujuh, untuk orang-orang yg berdosa besar dari ummat Nabi Muhammad SAW yg sampai mati belum sempat bertaubat.

Panas dan dahsyatnya gambaran neraka yang digambarkan oleh Malaikat Jibril kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nabi jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril. Betapa baginda sayang dan risau tentang kita.





 Bagi seseorang yang bernama muslim/lelaki, mereka menanggung tanggungjawab yang besar, bukan sekadar menjaga amalannya sahaja, tetapi perlu menjaga amalan isteri, adik dan anak anaknya.

Ada 4 golongan lelaki yang boleh ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
 Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 


Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!



sumber : gambaran neraka , FB
.

Sep 5, 2011

chesungamida~! kim hyun joong fans should read this!



Fuh fuh~ dah berhabuk bersawang blog tak seberapa Tiqa ni. Dah nak dekat berapa bulan kot tinggal. Chesungamida~ readers semua. Dah lama gila kot tak blogwalking. Maaf la pada comment comment yang tiqa tak reply tu. Tiqa baru je habis final exam untuk last semester sepatutnya la, tapi tahun depan ada lagi 1 subjek yang tiqa sengaja drop, subjek agama sebab nak focus kat subjek sains untuk last semester ni So agak busy time tu.




Sekarang Tiqa CUTI SEBULAN kuruskan badan sementara tunggu PRACTICAL TRAINING kat Hospital Port Dickson fuhh~ nasib baik tak dapat kat hospital kuantan, kalau tak mati aku T___T Bagi yang tak tau, Tiqa student medical laboratory technology, thats why practical kat hospital. bukan nurse tau, saya tak pandai cucuk orang T__T




Dalam pada sebuk buat persiapan nak dating dengan final exam haritu, Tiqa sempat lari pergi dating dengan KIM HYUN JOONG kat pavillion ngan times square ! Ha, terkejut dan tak percaya? Trust me cinggu !
Bagi peminat KHJ, mesti tau yang KHJ ada turun KL pada 22/8/2011 hari tu. Tiqa sempat tukar profession jadi paparazzi kejap kejar dia selama satu hari aipp~ saya bukan stalker ye, cuma Hard Die Fan dia je.
Hasil sesi kejar mengejar tu, Tiqa dan sorang lagi kawan Tiqa nama Fishah, dapat la amik gambar yang berkualiti KHJ oppa.. Nak tengok? 





JENG JENG JENG~~





Venue : The Faceshop, Paviliion KL


Geram betol, time ni dia tengah babai amoi kat atas tiqa (time ni tiqa kat atas eskeletor yang tengah bergerak), kalau la tiqa ada betol betol kat sebelah amoi tu, mesti dapat tangkap gambar dia tengah senyum kat kamera T____T







Tiqa paling sayang gambar ni. TANPA zoom okay ! Tiqa betol betol dekat dengan dia. Tiqa boleh capai kepala dia. Kalau Tiqa ni bepikir guna kepala lutut, dah lama pegang kepala dia. HAHA ;D









Tahun ni KHJ banyak senyum and lambai pada peminat dia. Tahun lepas kurang sikit. Tak saba saba nak tunggu dia tahun depan :)






Kalau rasa nak tengok tanda tangan dia secara LIVE depan mata, pergi la kedai THE FACESHOP kat Pavillion,KL. Ada lagi dia letak kat pintu kedai tu.





Smiling to FANS.



Venue : The Faceshop, Times Square KL


Ini gambar hasil Fishah jinjit kaki tinggi tinggi. Sumpah ramai gila orang, Tiqa terus give up and pass DSLR bagi Fishah yang snap.









Gambar ni Fishah snap time KHJ betol betol depan depan dia T__T Time ni Tiqa terseret ke belakang [terseret???]









Venue : Main entrance of Times Square


BB Cream dia mahal woo~ KHJ oppa, tunggu saya kaya baru saya beli okaayy~







Actually banyak lagi gambar KHJ yang kitorang snap, lebih 50 kot thanks to my DSLR sebab dah banyak berkhidmat untuk tuan dia Tapi tiqa bagi korang tengok gambar paling berkualiti + malas nak upload banyak banyak. hehe. Ada 2 lagi gambar yang Tiqa tak nak post kat internet, nak simpan untuk diri sendiri sebab gambar tu terlalu special + tersangat dekat dan kacak sebab Fishah minta bodyguard yang snap kan gambar. Ingat senang bodyguard nak tolong amik kan gambar, hampir impossible tau. Tiqa syak Fishah ngorat abang bodyguard tu la...
Okay lah, Bai.


agak agak sapa yang tak kenal KHJ tapi nak tahu betapa kacak nya dia, sila lihat video dibawah.









P/S : Chesungamida dalam bahasa jawa ialah "I'M SORRY"
.