Jan 19, 2011

When you be somebody's friends




Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.  
kene memahami kawan tu macam mana ..

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.  
biar kawan tu cerita sendiri, kalau dia tak cerita maknanya dia tak nak kita tahu, so okay la, jangan mendesak !

4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.  
buat apa nak tanya benda benda macam ni kan . macam kepoh sangat pulak !

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 
ini sangat penting.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 
nobody perfect la derr.. buruk buruk dia pon kawan kita. terima seadanya atau cuba nasihat dengan cara baik kalau melibatkan "perangai"..



7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 
time kawan serius, kita serius, time bergurau, kita bergurau.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
jangan jadi mat / minah kepoh !

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain. AGREED 100% semua orang ada masa dia bersendiri.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.  
tak payah nak bertekak sangat la. DIAM sudah memadai.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. 
once again, DIAM jee..

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t 
Nauzubillah, kalau dah sampai burukkan sahabat di depan orang lain, TAK LAYAK DIPANGGIL KAWAN.

creadit : Tok Wan thanks tok wan, selalu bagi nasihat..

No comments:

Post a Comment

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D