Jan 22, 2011

Takut kan fitnah Dajjal ? baca ni !

Well, semua orang takut and gerun pada hari kiamat kan.
tapi, sebelum kiamat muncul, Dajjal terlebih dahulu muncul
untuk memporak perandakan kita umat Islam khas nya.
Tiqa bukan nak tulis pasal bila Dajjal datang, or tanda tanda
kedatangannya mungkin satu hari nanti tiqa tulis, tapi nak kongsi dengan semua
macam mana kita boleh
selamatkan diri kita dari fitnah Dajjal.


Dulu pernah post pasal Surah surah berharga dalam Al Quran,
ni nak tambah lagi 1 surah. Surah Al - Kahfi.


Kelebihan Surah Al Kahfi



 nombor satu

Terhindar dari fitnah Dajjal.

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
 
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)



nombor dua


Diampunkan dosanya hingga hari jumaat ke hadapan.

"Siapa yang membacanya (surah Al-Kahfi), niscaya diampunkan dosanya hingga ke hari Jumaat yang hadapan dan dipancarkan cahaya dari tumitnya menjulang ke atas langit."


nombor tiga


memudahkan kita bangun awal pagi (dua pertiga malam), bagi mereka yang mahu bangun untuk beribadah tetapi susah untuk bangun, baca ayat 107 hingga ayat 110 dari surah Al Kahfi sebelum tidur. InsyaAllah dapat bangun pada waktu yang diingini.


nombor empat


Dihormati oleh orang lain tidak kira bangsa,umur,agama dan lain-lain lagi.
Bacalah ayat 19 Surah Al Kahfi bermula dari "walyatalattaf" sehingga akhir ayat,
tiga kali sebelum berjumpa dengan seseorang.


creadit : Pandangan Kasih [sumbernya drpd kitab Muntakhab Ahadith] dan Secret Garden


mungkin ada yang tertanya tanya,
"fitnah Dajjal tu apa?"
"Dajjal fitnah orang ke?"
okay, tiqa pon tak tahu sangat mula mula,
so tiqa cari dan jumpa..
panjang sebenarnya huraian tentang Fitnah Dajjal ni,
tapi tiqa bagi 1 contoh.

riwayat Ibnu Majah dari Abi Umamah Al-Bahili Radhiyallahu ‘anhu yang menyebutkan sabda Rasulullah saw mengenai Dajjal bahwa di antara fitnah Dajjal ialah ia berkata kepada orang-orang Arab kampung, “Bagaimana pendapatmu jika aku bangkitkan ayahmu dan ibumu? Apakah engkau mau bersaksi bahwa aku ada-lah tuhanmu?” Orang itu menjawab, “Ya.” Kemudian dua syaitan menyerupakan diri seperti ibu dan ayahnya, lalu keduanya berkata. “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dia adalah tuhanmu.”

nak tahu lagi apa itu fitnah Dajjal, tekan sini : wahabi , Konsultasi Syariah , iloveAllah.com .


mungkin ada segelintir yang kata,
alah, lambat lagi Dajjal nak datang,
alah, nanti nanti lah, entah entah kita dah mati sebelum Dajjal datang.

apalah salah kiranya kita beringat ingat dahulu,
menggunakan peluang yang kita ada semaksima mungkin
untuk keselamatan iman dan akidah kita
untuk kesenangan kita di akhirat kelak
selagi tubuh ini bernafas.
Hanya Allah saja yang tahu bila nyawa kita akan meninggalkan tubuh kita.
Semoga kita semua diberikan hidayah serta petunjukNya. Amin Amin Amin..


No comments:

Post a Comment

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D