Sep 30, 2010

Alert pada semua muslim!

baca sampai habis!!

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;

Barang siapa yang melalaikan dan meringan-ringankan sembahyang lima waktu, maka nescaya akan diseksa oleh Allah akan dia dengan 15 seksaan. Enam didunia, tiga azab ketika hendak mati, tiga azab didalam kubur dan tiga azab sewaktu berjumpa dengan Allah s.w.t. dihari kiamat nanti.


Enam seksa diatas muka bumi ialah ;
  • Dicabut berkat umurnya
  • Tanda orang soleh dihapuskan oleh wajahnya
  • Semua amalan yang dilakukan semasa hidupnya tidak diterima oleh Allah s.w.t dan tidak diberi pahala.
  • Doanya tidak dimakbulkan.
  • Tidak mendapat bahagian daripada doa orang orang yang soleh.
  • Keluar roh dalam keadaan tidak beriman kepada Allah s.w.t. 
Tiga seksaan ketika hendak mati ialah ;
  • Matinya sebagai mati yang sangat hina.
  • Mati didalam kelaparan.
  • Mati dalam keadaan yang sangat haus. Kalau dituang semua air yang berada didalam dunia ini ke mulutnya, maka tidak akan hilang hausnya. 
Tiga jenis seksaan didalam kubur ialah ;
  • Disempitkan kuburnya sehingga beradu tulang rusuk kiri dan yang kanan.
  • Dinyalakan api neraka didalam kuburnya siang dan malam.
  • Akan datang kepadanya Ular yang bernama "Syuja ulakrok" memagut dan menggigitnya hingga hari kiamat.
Tiga seksaan yang akan dihadapinya ketika bangkit dari kubur ialah ;
  • Dihisab dengan jangka masa yang lama.
  • Allah sangat murka dan tidak mahu melihat wajahnya.
  • Dimasukkan kedalam neraka.  
MasyaAllah, begitu berat seksaan keatas mereka yang meringan ringan kan solat. Saya ingin mengingatkan anda semua termasuk saya sekali, jangan lah kita melambat lambat menunaikan solat apatah lagi meninggalkannya dengan sengaja tanpa reason. Mungkin didunia kita tak terasa sangat seksaannya tapi boleh ke kita tahan seksaan ketika dalam kubur dan di akhirat nanti?? Semoga kita semua tidak lalai dan alpa dalam mengerjakan kewajiban kita sebagai seorang muslim.. Amin..


Sumber saya amik dari buku bertajuk "Rasulullah s.a.w bertanya, iblis menjawab" yang saya pinjam dari ikin (kawan). buku pinjam jeee.. hehee..

p/s : Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu hanis (kawan) yang baru meninggal dunia           petang tadi. ;'(
        Al-Fatihah.
.

2 comments:

  1. beb..
    thanx share info ni..
    hem....takot la :(
    kat dunia pun da dpt balasan rupanya.
    eh.takziah atas pemergian mak kawan anda.

    alfatihah

    ReplyDelete
  2. @iQaChumel
    mmm...yup...sangat takot.. semoga kita bukan termasuk dalam golongan lalai..amin...
    :)

    thanks atas ucapan takziah itu...

    ReplyDelete

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D