Jul 28, 2010

trip to genting!


ohh.. ini kali kedua pergi genting dengan naja. hari jumaat malam dah siap tito umah naja sebab pagi sabtunya mahu gerak pergi genting.
kami pergi dua kereta! kami pergi 8 orang..
aunty nora (mama naja), naja, kak najwa (sis naja), prabu, shaley, tiben, rama dan saya!
memang teruja! sampai sana pergi check in kt apartment meranti di genting view resort.


lepas check in, terus letak barang semua dan terus pergi naik genting theme park! woohoo~

sempat saya snap dalam kereta! ;)

kami sampai genting theme park pukul 12 pm. terus masuk outdoor theme park! kami main ini dulu!


spinner! aduh, sakit jantung, melayang! macam nak terbang tahu! dah dua kali naik pon masih seram lagi!

lepas tu kami naik space shot! oopps! saya tak naik, trauma sudah!

sebelum naik, time tengah beratur. muka semua happy je. ;P
baru duduk, sedang bersiap sedia.. muka prabu da nampak lain! emmm.. bila tengok dalam gambar ni, muka prabu dengan naja nak dekat sama! ;P

jeng jeng jeng! space shot ni da mula naik dah! hohoho!

hahah~ happy sgt naja! naja memang tak takut langsung!

lepas tu kami naik byk permainan lagi.. oh ya, aunty nora belanja saya makan chestnut sebab terdengar saya tanya naja apa rasa chestnut tuh! hehehe.. tak pernah makan! kesian, dah 19 tahun hidup pun tak pernah makan! emm.. mahal lah, harganya RM12 tapi sikit je dapat! tapi sedappp~
kami main dari pukul 12 tengahari sampai pukul 10 malam! sampai tutup tuh! lepas tu kami pergi ke theme park bahagian indoor pulak.. aunty nora belanja kami makan malam kat sana. apa tah nama restaurant tu.. dah lupa! hehe ;D
lepas tu kami jalan jalan dalam tempat tu sampai lah pukul 1 pagi. 
penat sangat! tapi seronok giler lah!
pukul 1 pagi, kami bertolak balik ke apartment. dekat je apartment tu dengan genting. turun bawah sikit aje.. sampai apartment saya terus merebahkan badan dan terus tidur! penat! badan macam tak dapat bergerak walau seinci pon! tenaga da habis! hahahaha... naja kata, malam tu mereka tidur pukul 3 pagi! tak penat ke sayang oi??
esok paginya kami bangun pukul 9 pagi dan bersiap balik KL.. sedih nya.. tak puas lagi menghayati udara nyaman kat genting tu. ;(

pemandangan pagi di genting view resort.

ini apartment berhadapan dengan apartment yang kami sewa ;P
tak sempat snap pic apartment yang kami sewa.

dah nak bertolak balik dah! saat paling tak best! naja tengah letak barang.

seronok sangat dapat bercuti dengan family naja, my BFF dan kawan kawan kolej dia..  lepas tu kami jalan jalan kat pavillion KL, baru balik! petang pukul 6 baru sampai rumah!
memang penat lah! tapi seronok tak terkata dapat luangkan masa dengan naja selama dua hari dua malam dari jumaat malam sampailah ahad petang! ;D

terima kasih aunty nora sebab dah belanja tiqa chestnut dengan dinner yang sangat sedap malam tuh! terima kasih naja sebab layan sume karenah tiqa yang penakut sangat ni! terima kasih pada prabu, shaley, rama dan tiben sebab layan tiqa dengan mesra sangat! terima kasih semua! ;P

No comments:

Post a Comment

Sila ambil perhatian sebelum komen :)

1) komen dengan kata-kata yang comel ea ;)
2) Bad words are prohibited!
3) Thanks for willing to stop by and leave a comment :D