Nov 21, 2012

Counting days~ bride-to-be


Salam semua :)

Ehem ehem~ Counting days? hehe~ senyum simpul malu~
Sebenarnya in shaa Allah, dalam 5 bulan lagi Tiqa akan naik pelamin. amin~ moga di permudahkan urusan..
Tiqa tak tahu Tiqa patut ke tak cerita tapi bila fikir fikir, benda baik tak baik sorok kan? eh, macam artis pulak!
Tiqa harap yang membaca boleh lah tolong doakan semoga segala urusan ni dipermudahkan oleh Allah SWT dan segalanya berjalan lancar..

Tiqa terjumpa checklist ni yang patut semua bride-to-be ada before majlis perkahwinan!
Ya Allah ! Baru Tiqa perasan banyaknya yang kena dan wajib settle kan !
So, jom kita tengok checklist ni!


EVENT DETAILS

1. Date/time: 
Nikah -19th April 2013, 9pm
Resepsi -20th April 2013, 11.00a.m - 3.30p.m (bersanding 2.00p.m)
Bertandang 

2. Venue: 
Nikah: Bride's kampung, Kelantan
ResepsiBride's kampung, Kelantan
Bertandang: Groom's residence, Pahang

3. Guest Count: 
Nikah: family members around 20(+-)
Resepsi: 300 (sikit sebab buat kat kampung)
Bertandang

4. Color Theme & concept:
Nikah: white
Resepsi: shades of maroon+white+baby pink
Bertandang

8 - 6 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
  2. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
  3. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu.
  4. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. 
  5. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. 
  6. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. belum cari lagi T___T
  7. Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
  8. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.
  9. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya). belom lagi T____T
Bagi pengantin lelaki:
  1. Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran. 

5 - 4 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
    Me
    Him
  2. Menempah videografi dan jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
    pre-wedding
    nikah & outdoor
    resepsi & outdoor
    bertandang & outdoor
  3. Membeli rantai tangan untuk acara batal air sembahyang. 
  4. Membeli cincin nikah untuk lelaki. tengah fikir nak beli ketak sebab time tunang dah bagi cincin.
  5. Tempah caterer & menu. 
    Nikah 
    Resepsi gotong royong sebab buat kat kampung kan. Jimat lagipun :)
    Bertandang 
  6. Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput.
  7. Tempah pelamin
    Nikah
    Resepsi 
    Bertandang 
  8. Tempah DJ & karaoke.
    Resepsi tak nak kareoke
    Bertandang 
  9. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang.
  10. Tempah kompang.

    Resepsi
    Bertandang
  11. Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
  12. Beli/tempah baju family.
    Nikah: perlu ke?? -pakai sedia ada       
    (pihak lelaki) for resepsi
    (pihak perempuan) for resepsi 
    (pihak lelaki) for bertandang
    (pihak perempuan) for bertandang
  13. Beli bunga telur/bunga pahar.
  14. Beli bunga manggar.
  15. Tempah kek 
  16. Beli/tempah doorgift.
    VIP doorgift (paper bag, bekas telur, 1 item)
    Adults doorgift (cake)
    Kids doorgift 
  17. Tempah henna/inai buat sendiri je~
  18. Sediakan aturcara majlis.
    Resepsi
    Bertandang
  19. Sediakan pembahagian tugas.
Bagi pengantin lelaki:
  1. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa
Bagi pengantin perempuan:
  1. Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.  
  2. Facial/body treatment:
    Facial treatment 
    Spa/body treatment
    Hair treatment
3 BULAN SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin. 
  2. Tempah banner/bunting. 
  3. Tempah signage.
  4. Tempah poster. 
  5. Mengesahkan tempahan di hotel/dewan/taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya. 
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan/HIV test di klinik atau hospital. 
  7. Hantar/sediakan legal documents:
    Kursus kahwin
    HIV Test
    Borang Kebenaran Nikah
  8. Pre-wedding photoshoot+save the date video 
Bagi pengantin lelaki:
  1. Maklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
  2. Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
  3. Facial/body treatment:
    Normal facial & spa Encik Zaiful nak buat ke benda ni? T___T
Bagi pengantin perempuan:
  1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. 
  2. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.
  3. Intensive facial/body treatment:
    Facial
    Spa/body treatment
     Hair treatment
  4. Tempah band??
  5. Buat I/C baru, tukar alamat
  6. Buat passport.
  7. Beli cadar bilik pengantin & deco.
  8. Beli button badge untuk family.
2 - 1 BULAN SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Membeli barang kemas.
  2. Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda. 
  3. Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput
  4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Tempah candy buffet untuk resepsi??
  2. Photobooth corner???
  3. Beli sexy lingerie.
3 MINGGU SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati. 
  2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. 
  3. Sediakan guestbook corner.
Bagi pengantin perempuan:
  1. Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda.
  2. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti.
2 MINGGU SEBELUM

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Normal facial
  2. Hias bilik tidur pengantin.
  3. Dental treatment
Bagi pengantin perempuan:
  1. Full face threading
  2. Brazillian waxing???
3 - 1 HARI SEBELUM


Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
  1. Pasang pelamin.
  2. Membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran 
  3. Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan. 
  4. Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon. 
  5. Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut. 
  6. Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal. 
  7. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan. 
  8. Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
  9. Pedicure/manicure.
  10. Pakai henna/inai
Bagi pengantin lelaki:
  1. Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan. 
Bagi pengantin perempuan:
  1. Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
  2. Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERKAHWINAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
 Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
 Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
 Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Bagi pengantin lelaki:
 Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
 Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
 Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.
TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN
 Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


CREDIT TO: http://alyasyaqiera.blogspot.com/